Entri di blog ini adalah 50% benar dan 50% tidak benar dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.

_______________________________________________




Thursday, January 31, 2013

Kisah suhu dan tidur

Bangun pagi-pagi, aku dengar kawan aku "sroott-sreett-srooot-sreeett" (bunyi orang selsema) kat ruang tamu rumah sewa kitorang. Dan dengan slumber aku bertindak sebagai manusia tipikal yang bertanyakan soalan lazim yang betul-betul tipikal kepada kawan aku tu ,"Kau selsema ke?".

"Aah", jawab kawanku dengan muka monday blues beliau. "Malam tadi kau tido tak sejuk ke, dill? Aku semalam menggigil-gigil", sambungnya sambil menggosok-gosokkan bahunya."Semalam? Ok je, lena je", jawab aku dengan riak muka bersistemkan immuniti badan yang kuat. 

"Semalam lepas balik futsal, aku mandi pastu tido. Tapi malam semalam bahang plak. Aku bukak kipas nombor 2. Dah lama pastu, tetiba badan aku rasa sejuk menggigil. malas nak tutup kipas, jauh." itulah kisah yang kawan aku ceritakan punca kenapa dia selsema.

Kalau korang nak tahu, suhu badan ketika tidur secara auto-biological-matic akan menurun. Sebab apa? Haaa. Sebab time tidur ni kan kita berehat. Sama la macam organ, tisu, otot, dan sel-sel dalam badan kita.
Mereka semua pun berehat. Kalau time kita sedar, buat aktiviti, contohnya bersukan: sel, otot, organ dalam badan kita pun "bersukan" Sebab tu la ada proses perkumuhan kat badan kita, Yes, kite berpeluh. 

So, pasal member aku ni. Dia baru lepas main futsal. Memang dia dah abes main, tapi sel, otot dan organ dalaman dia masih belum ditahap rehat "resting phase". Waktu tu dalam proses nak slow down kan meta-activity. Macam kereta gak, kalau dah bawak berjalan -sampai rumah - parking - tutup enjin : Enjin masih lagi panaskan? dan ambil masa untuk sejuk. Macam tu la sistem badan kita.

Tips untuk elak jadi macam kes member aku ni, lepas main futsal. Rehat sat 5-10 min. Bagi peluh kering. Pastu balik mandi. Lepas mandi, jangan terus tidur. Buat la senaman ringkas, atau bergerak-gerak pusing dlm bilik, takpun seelok-eloknya, buat solat sunat (kalau dah buat yang wajib la). Pastu baru tidur. Set kipas or aircond pada suhu yang biasa digunakan. 

Selamat malam.


ZzzzzzZZZzzzzzz.

Monday, October 29, 2012

Berakhirnya 2012

Assalamualaikum,

Dah lama aku tak update blog aku ni, bukannya takde idea pun. 
Tapi aku malas sebenarnya. Haha!
Tak sangka eh, tahu-tahu je dah dekat dah dengan 
penghujung tahun 2012. Fuhh!!
Syukur Alhamdulillah, kerana Allah masih panjangkan usia aku.

Macam-macam yang telah aku alami, rasai dan 
hadapi sepanjang 2012 ni.
Aku rasa kalau nak ceritakan kat blog ni
 memang tak larat aku nak menaip.
Suka duka, susah senang semuanya telah 
mewarnai hidup aku sepanjang tahun ni.

Kalau diingatkan balik, aku mampu tergelak je. haha! 
Biarlah, yang lepas tu biarkan la. 
Sekarang ni kita kena hadapi yang akan datang pulak.

Aku sebenarnya tak tahu nak merepek apa lagi dalam entri ni. 
Harap korang terhibur dengan entri kali ni.


Semoga Allah memanjangkan usia kita, InsyaAllah.

Tuesday, June 26, 2012

Malam Yang Mendebarkan

Pada suatu malam yang damai,
angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Sepasang suami isteri yang baru setahun berkahwin,
Ali dan Lina sedang syok tidur di bilik tidur mereka.

Tiba-tiba rumah mereka dimasuki Snuk si Banduan
yang telah terlepas dari penjara.
Dengan lengkap berpakaian banduan dan berbekalkan
sebilah parang tumpul, Snuk telah memeranjatkan
Ali dan Lina yang syok tido.

Snuk s Banduan terus menggertak pasangan tersebut dan bertanya
kepada Ali "Rumah korang ada pita pelekat tak?".
Ali membuka laci disebelah katil dan memberikan pita pelekat
kepada Snuk si Banduan.

Lalu Snuk si Banduan mengikat tangan dan kaki pasangan
dengan pita pelekat tersebut.

Kemudian Snuk si Banduan seperti menjilat-jilat pipi si Lina
dengan rakusnya. Ali tidak mampu membuat apa-apa dan cuma
berdoa agar dia dan isterinya tidak di bunuh.
Pada mulanya Lina menjerit ketakutan,
tiba-tiba terdiam terpaku seperti dipukau.

Seminit lepas itu, Snuk si Banduan terus masuk ke dalam toilet
seperti mencari sesuatu, mungkin barang-barang berharga.

Ali yang kelam kabut cuba berkomunikasi dengan isterinya,
walaupun dengan berbisik, tapi suaranya mampu didengari
isterinya yang terpisah 5 meter darinya.

"Sayang, Abang rasa penjahat ni seorang yang kejam.
Kalau la dia nak rogol sayang, sayang relakan je la.
takut kalau sayang melawan,
kita berdua kena bunuh pulak.
Abang tetap cintakan sayang
macamanapun" Kata Ali kepada isterinya.

Lina terus menjawab dengan wajah yang tenang,
"Abang, penjahat tadi tu bisik kat lina. Dia cakap dia gay.
Pastu dia kata abang hensem, bertuah lina jadi isteri abang.
Pastu dia tanya kat rumah ade Vaseline tak?"

Wajah Ali terus berubah, "Hah?!! Lina jawab apa?" tanya ali
terpinga-pinga.

"Lina cakap Vaseline kat toilet tu" Jawab Lina gaya dengan Slumber badak.

"Walau apa pun yang terjadi, Lina tetap sayangkan abang"
kata Lina kepada suaminya dengan mata yang penuh kasih sayang.




TAMMAT