Entri di blog ini adalah 50% benar dan 50% tidak benar dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.

_______________________________________________




Friday, October 30, 2009

Takde keje



Hari jumaat, hari yg sgt best. sbb esoknya tu hari sabtu. haha.

Selalunye, hari jumaat ni tak byk aktiviti yg kite boleh nk buat..sbb ditengah2 hari jumaat, kita gi sembahyang jumaat (org laki je la).



So, sepatutnya kerja2 atau aktiviti kena wat lepas sembahyang jumaat. Tapi dah menjadi tradisi org2 kita ni mmg pemalas.. aku pun jadi malas la..hahaha!!!!





blur la.takde keje nak wat...






(bukan takde keje..tapi mls nak wat keje sbnrnye)

maybe sbb fikirkan, ape kita nk wat esoknya..nak kuar ke? lepak ke?

shopping ke? gi gigs ke? gi cuci mata ke? on9 kat umah je ke?



erm....Aku saje belek2 folder kat dekstop pc dlm lab ni. tetibe aku ternampak folder "Aidil". aku rase tu folder aku kot. haha..dah nama aku, mesti la folder aku. Then aku open la folder tu, whoa..ade pic2 lama dari hp aku la.. hehe..gelak gak aku tgk sorg2..sbb byk crita dlm pic tu. maybe hanya aku & org dlm pic tu je yg tau kot..






haha..


















Fashion : from my view 1

Skinny jeans ke Seluar jeans yg ketat????


Skinny merupakan salah satu jenis seluar dimana scene skinny ni sbnrnya dah lama sejak zamam 80's lg. Dan skrg menjadi trend zaman muda-mudi skrg ni. Skinny ialah seluar yang dipakai mengikut bentuk dan size kaki seseorg..Mmg nampak ketat, tp sbnrnya tidak and si pemakai itu dlm keadaan yg selesa. Slalunye advatange kpd mereka yg mempunyai size peha+betis+pinggul yg "slim+sempurna+cantik" apabila mereka mengenakan skinny tersebut. Tapi ada segelintir mereka yg "berani mati" @ daring abes memakai skinny jeans yg tak kena dgn size kaki+peha+pinggul sendiri..kita sendiri yg tgk pun dah terseksa inikan pula org yg pakai tu..(kesian aku tgk, nak tgur takut terase). Aku pun bukan nak kutuk org yg mempunyai bentuk badan yg besar. Sbb fashion ni subjektif, ada fashion yg sesuai utk org yg kecil, ada yg sesuai utk org yg besar. Termasuk juga la utk org yg tinggi, org yg rendah.Kurus ke gemuk..masing2 ada hak nak mengena fashion masing2..tp yg penting kena la diri masing2.. Walaupun nama seluar itu ialah skinny, tak bermakna org yg "fatty" pakai akan jd skinny.


Ya,Orang lain mmg takde hak nk pertikaikan fashion kita, sbb itu adalah isu peribadi. SeElok2nya, lebih baik menerima teguran drpd kutukan. Yg penting jgn la asyik sbuk nak tgur org, tp diri sendiri pun tak siap lagi.. Aku ckp camni bukan point kat sesiapa..(kalo ada yg sedar bagus la), tp aku juga nk ckp utk diri sendiri & kawan2 semua... yeah!!!

Thursday, October 29, 2009

HUJAN

Hari ini, mmg aku penat gila..Agak pack gak la jadual aku. (mcm selalu la. haha)
Ada 2 workshop hari ni..kalo nk cite scene workshop tu mmg agak pjg la..
Igt nak balik awal hari ni....
Tapi............










Hujan lebat la plak!!!
sampai kul 9 baru stop..
huhuhuh....






nak wat camne..anugerah tuhan.
Amin..
=)

Wednesday, October 28, 2009

oh, sayangku!


Oh, sayangku!

Sudah lama kita tak ketemu. Bukan sengaja tidak mahu bertemu, malah tiada niat utk aku mengelakkan diri dari diri mu. Sesungguhnya, aku masih lagi menyayangi diri mu sejak hari pertama kita bertemu.


Mungkin sejak kebelakangan ini, jadual aku dipenuhi dgn aktiviti2 yg penting. Agak sesak nafas jugalah pada awalnya. Tapi aku dpt juga menyusun segala kerja2. Dan sempat juga aku dtg utk berjumpa dgn mu. Rindu.

Oh,sayang ku!

Aku tidak pernah menyesal dan rugi menghabiskan wang ku semata2 utk diri mu. Aku ikhlas, aku hanya mahu kegembiraan diri mu, aku hanya mahu keadaan mu sempurna tiada cacat
cela. Aku tidak mengharapkan apa2 dari mu, hanya dirimu yg sempurna yg mampu membuatkan aku gembira apabila bersama mu.

Oh,sayang ku!

Walaupun waktu pertemuan kita hanya seketika,hanya sementara, hanya beberapa jam. Tapi aku tetap menikmati setiap detik kita bersama. Aku tahu kita tidak jauh jaraknya, mungkin masa yang memisahkan kita. Aku faham, kita cuma bersama jika aku berkumpul2 dgn kawan2 ku. Ya, setiap kali kita keluar, kita mesti berjumpa dgn kawan2 ku. Masing2 membawa pasangan.Dan kita semua bergembira.



Dan apabila kita semua masuk ke suatu ruang berdinding merah, aku melayan dirimu, aku melepaskan rindu ku pada mu dengan skill2 baru aku. Ya, aku selalu berlatih dan mempelajari skill2 baru semata2 untuk memuaskan diri mu. Termasuk jugalah kawan2 ku bersama pasangan masing2. Malam yang indah itu, kita semua menghabiskan masa satu jam yg sgt bermakna.

Oh, sayang ku!

Ya, aku sedar kita sudah lama tidak bertemu. Dan aku perasan, hanya jika ada event atau gig pada hujung minggu, baru lah kita dapat bersama. Aku tgk org2 disekeliling kita ketika di mana2 event asyik perhatikan aku membawa diri mu ke hulu ke hilir. Aku tahu mereka cemburu dgn aku kerana memilik mu, ada juga yg tidak percaya yg aku memiliki diri mu. Dalam fikiran mereka, hanya berkata," mengapa org seperti aku memiliki diri mu?".


Ah, aku tidak peduli semua itu, tidak pernah terpampang pun bongkak pada wajah ku. Aku tau, aku patut berbangga memiliki diri mu, syg.


Oh, Fender Jaguar ku!

Tanpa kau, siapa la diri ku ini

-Luahan hati gitaris MELODISASTER-



Sunday, October 25, 2009

Animal Holding Room

Selalu kalo kita wat research ade 2 types la..samada in vitro or in vivo (paham2 sendiri la eh.haha). Kalo wat research in vivo kena la guna subjek yg hidup cthnye haiwan. Erm, haiwan yg slalu digunakan mcm arnab, tikus, mencit, babi, kambing. ikan dll. And research aku, aku selalu guna tikus. And tikus yg aku guna aku sendiri yg hasilkan (tuhan yg mencipta, tp aku yg manage kan breeding process). So, tempat breeding tu kitorg panggil ANimal Holding Room yg berada di level 6, Blok 5, Fakulti Farmasi, Uitm Shah alam. hehe..


Dalam AHR tu ade 2 jenis haiwan, tikus jenis Sprague-dawley dgn mencit jenis Balb-C..tak silap aku la..Dari proses mengkahwinkan baka, pastu partition off-spring, Food and water management, serta maintenance kitorg yg handle sendiri.



Rodent Holding rack, guna cage yg ade salur udara supaya bau tikus tak keluar




Rat offspring slps 3 hari


Offspring yg baru slps 1hari dilahirkan



Aku pegang salah seekor baka tikus, besar anak kucing kot
berat dlm 1kg (amaran:sila pakai labcoat dlm AHR, jgn ikut mcm aku.haha)



Friday, October 23, 2009

Gambar Pasport

Susah gak sbnrnye nk dptkan gambar pasport kita yg OK (kire hensem la pic tu).
kalo buruk, kite pun segan nak letak kan resume ke, lesen kete ke, kat pasport ke, student card ke..sbb bile kena dh guna pic tu, kite akan guna sampai bila2.. haha!! so, kalo dah tau pic itu akan digunakan dlm jangka masa yg pjg. So, kite mesti la nak dpt kat result pic kite yg paling perfect. betul kan? haha...

Ari tu aku nak wat gambar pasport, sbb aku dah lame guna gambar pasport aku yg bertahun2 lepas lamanya. So, kire aku nak ada latest pasport pic aku la.. Ini la hasil2 nya.. hahaha!!! agak susah gak nak posing depan kamera. Mmg mcm sial.










Korg rase..pic2 aku ni smua boleh pakai ke??
hahaha!!

Wednesday, October 21, 2009

Bosan

Aku tak tau ape aku nak cite kat dlm blog aku ni. Tp aku ttap gak nak post blog ni.
Sbb aku berada ditahap yg bosan gile babi punya...arghhh!!!




mcm2 benda aku fikir, masalah, masa depan, skrg. Mcm2 la.. kalo fikiran aku ni diupload kat computer...aku rase dah meletop kot RAM takpun processor pc tu...




Spt ade sesuatu yg perlu aku lakukan..sgt2 perlu. Maybe mmberi impak dan kesan dlm hidup aku ,samada baik atau tak aku dah bersedia menghadapinya.





maaf kalo aku agak emotional.






hanya luahan perasaan.





"dipendam mati mak, diluah mati bapak"

Saturday, October 17, 2009

WarMtheaven



17 october 2009, kitorg (Melodisaster) ada gig kat Jln Klang lama ptg tu. Nama event tu "WARMtHEAVENs GiG". Organizer ckp kitorg band ke 5,kire main dlm kul 3 ptg..setelah aku calculate time melayu+UK+chinese style..akhirnya kitorg decide gerak kul 2. Hari tu, kitorg tumpang kete raz (tp huluq duit minyak la..haha). Hizam & chris sampai tepat kul 2 kat umah aku. Raz plak lmbt sket dlm kul 2.15pm baru dia sampai...(itu dia time UK nye.haha!!)


Sampai kat tempat gig ke kul 3.15pm tak silap aku. Manager kitorg (Miela) dah sampai awal dgn shiro and hanna. Diorg semua dah naik atas dah, siap dah amik tag band masing2 (padahal tag tu utk kitorg..haha!!). Lepas tu parking la, ngam2 nak kuar kete je hujan lebat plak, mmg terbaik la! haha!

Pastu kelam-kabut masing2 kuarkan brg semua takut kena hujan, maklum la gitar mahal kot..
Kitorg naik atas, tgk crowd sikit je.maybe tak start lagi. lol!
Tetibe organizer suruh kitorg main dulu sbb byk band tak naik lagi. Sial! gila roxstar band lain..
Aku pun fikir, blasah je la main dlu..lagi pun dah dekat kul 4. Raz plak nak chow kul 5. Miela plak ade openhouse..So, kitorg pun terus naik stage and setup brg and tune gitar. Soundcheck song kitorg Tibai "Madman" lagu Silverchair. haha.. pastu aku prasan gak crowd dah penuh kat depan stage. mungkin diorg sangap lama sgt tggu. Tp majoriti band utk gig ari tu 78% ialah band hardcore, so no wonder la ramai crowd hardcore. Ade gak prasan beberape budak2 "Grunge" dgn dressup baju kotak2 diorg. Tersenyum gak aku, sambil berfikir, "ada gak crowd grunge...best!"

Pastu kitorg main lagu "Artificial Smiles" & "wasted waste". itu kire setlist yg mmg tetap la.
Tetibe next song, aku blur nak main lagu ape. aku tanye ijam, dia ckp kite main cover song la.
Aku set je. terus kitorg bwk lagu "Man in the box"-alice in chains. Mmg style sound gitar aku mase tu (DS2 + small clone) mmg sbijik cam concert AIC. haha! Abes je lagu tu..terus bantai lagi "Fertilization"...aku dah pancit dah..biase la, tak makan dari pagi kot + asyik isap rokok je. nasib baik sblum perform aku dah minum 100plus. Sambil lap peluh, aku terdgr suara dtg dari crowd. rupa2nya miela, dia suruh kitorg main lagu "Let go". Aku agak blur la. let go? lagu sape tu..Avril lavigne ke? Aku pndang blkg sambil tgk mulut chris terkumat-kamit nk bgtau something kat aku. Owh, miela nak lagu "Let me (go)" rupanye. hahah!!! blasah je. Abes je lagu tu, ade mamat mane ntah request lagu "Kurt cocaine"..blasah je...Mmg aritu kitorg main on request..then ade crowd mintak lagu2 kbykannye lagu nirvana. "Love buzz" la, "School" la..

Pastu ijam dtg kat aku, dia nak main lagu "Blew". so, aku ckp la kat crowd, kitorg nak cover lagu "Nirvana" dari album "Bleach" tu. Tp, aku tgk muka2 crowd yg tak jelas (sbb gelap, atas stage je ade lampu) diorg mcm tak pnah dgr je lagu tu. pergh? pelik...tapi bnar. haha! so kitorg main je la lagu tu. akhirnya last song, kitorg cover lagu "Tomorrow"-silverchair. lagu tu sbnrnye, aku mls nak main, tp chris cam dah semangat je dgn lagu tu..blasah je la...


Abes perform kitorg terus turun bwh smpan brg dlm kete. Then, bergambar2 and ade interview dgn organizer. Gi lepak minum kat maplay, lepak dgn bdak2 Maddame (grungeband) & Scoxbox(PD grunge band). Maddame perform dlm kul 7. aku tanye budak scoxbox, korg perform ke japgi? pastu gitarist dia ckp, "tak la, kitorg dtg nak tgk korg perform,nanti kite satu stage kat melaka nanti bulan 12 ni"..pergh terharu gak aku dgr, sanggup diorg turun kl dari PD smata2 nak tgk kitorg perform (or maybe diorg nak kaji kitorg ni? erm..curios2). Sblum gerak budak2 Scoxbox ajak bergambar skali. haha.then, borak2 sket terus gerak. dlm kul 6.30 tak silap aku. Sampai rumah aku terus terbaring..letih dowh..


Hizam Yusri on Bass


Chris Daniel on Drum


Dill Azahar on Guitar &Vocal










After perform

Wednesday, October 14, 2009

ELISA assay

Hari ini, 14 october 2009. Macam biasa la kat lab aku, Pharmacology Toxicology research Lab, UiTM. Hari ini igt aku nak wat ELISA assay utk determine IFN-gamma dalam sampel diabetes yg aku wat dulu.





Setelah hampir 5 jam aku wat menatang tu. akhirnya......






Aku tak dpt result dia. SHIT!




p/s; Takpe Prof, saya dah dpt result utk IL-2 & IL-4.

Tuesday, October 13, 2009

Melodisaster

"Perkataan" yg aku takkan lupa sampai bila2. "Perkataan" ni jugak la yg byk mencorakkan warna2 dah liku2 jln cerita khidupan aku. hehe.. sejak sblum perkataan ini wujud dari mulut aku, mmg aku dah rase kan ke"best"an perkataan ni sejak dari bangku skola.


Aku bersama bandmates aku, MLDSTR (dari kiri Chris, Hizam & Dill)

MeLoDisaster , itu la nama band aku. Mula ditubuhkan pada 2003, tapi masa tu bertukar2 drummer, 2nd gitar silih berganti. Yang tetap aku & Hizam Yusri. haha. Akhirnya, 2006 tak silap aku, Chris Daniel akhirnya secara official join MLDSTR. hoho. Pada asalnya, band aku ni lebih kepada Alternative/ modern rock la. lagu yg jambu2. haha.. Pastu berjinak dlm musik Alternative Punkrock. Tu yg nirvana gile babeng tu. haha! skrg kitorg cuba cari identiti sendiri supaya tak disama kan dgn nirvana. Secare tetiba, Hizam kuarkan satu perkataan yg agak best dan sesuai dgn musik kitorg. HYPERGRUNGE. Aku mmg suka dgn perkataan tu. mmg ngam soi la. haha!! So, kesimpulannye MELODISASTER is HYPER-GRUNGE.


Kitorg mula hasilkan material (recorded own song) pada tahun 2005 tak silap aku.
mase tu mmg tak tau apa2
psl recording. so kitorg just jumpe bro kat Soundcheck studio, tanya dia psl recording. then dia tanya, "korg nak murah ke mahal?"

Kitorg mase tu budak skolah lagi, mesti la mintak yg murah. hehe. Pastu, bro tu letak seketul microphone kat tgh2 studio, then suruh kitorg main lagu. Kitorg main la sampai lebam (1 jam je). 10 minit pastu, bro tu bg kaset. dia kate dalam tu semua yg td korg jamm td. total recording RM40. hahahah! Line up mase tu, AKu-gitarist & vox, Hizam-bassist and Epul Dedak-drummer.

Pastu kitorg blur. camne nak wat copy byk2 dlm cd, camne nak jual? camne nak wat ni? Tp, mase tu HIZAM yg paling byk idea and dia adalah BRAINator dlm MLDSTR ni. Dia ade cassette playback machine yg bleh connect guna USB port. Kire kitorg dubbing balik and jadikan lagu tu dlm bentuk wav.file. haha..DAN terhasil la copy2 dari 1st demo kitorg! yeah!!!

Cover depan 1st demo kitorg. "MELODISASTER: FIRST" 2005


Pastu Hizam upload lagu ni kat www.i-bands.net. Dimana kebykan band2 underground upload lagu diorg kat website ni. Website ni ade system overall Chart, Categorized Chart dan most voted band and song. So, slalunye kalo kat Chart "grunge" kitorg antara top 10 la. hehe.Mase tu jugak la kitorg berkawan dgn salah satu band grunge dari Kuala kubu Bharu. AFIQ (Criedbaby) & RONAN (DamagedB), mereka ni antara org penting dalam label, Vicerock Access. Kitorg dpt offer join bawah label tersebut and recording EP kitorg. So, kitorg terus terima offer tersebut dan terhasilnye 1st EP kitorg, "Nobody Knows We're New Wave". Mase tu kitorg guna khidmat Ronan sbg drummer utk EP tersebut.


Cover depan,"Nobody Knows We're New Wave" EP, 2006

Tak lama lepas tu, kitorg pun tarik diri dari Vicerock Access atas sbb2 yg tertentu. Then, kitorg dpt offer utk join sbuah label grunge dari melaka tp beroperasi di KL. Happy Community, dketuai oleh Aboy (Madhouse).
Mase tu, kitorg byk gak la kenal2 dgn band2 grunge yg lain. Tapi kitorg tak lama dgn diorg, and tarik diri sbb masalah yg tak dpt dielakkan. Maybe, kitorg selesa bergerak secara independent kot. Tak lama lepas tu, kitorg hasilkan 2nd DEMO, "2.0". Tapi bg aku 2.0 ni kurang mantap lagi la dari segi penulisan lirik dan riff nye. CUma yg aku perasaan Sound dalam 2.0 ni agak terbaik! bg kitorg, sound dlm 2.0 agak matang berbanding dgn sound2 material sblum ni. Kalo korg nak tau, HIZAM la yg jadi Sound engineering dalam 2.0 ni sepenuhnya dgn sedikit bantuan dari RONAN. 2.0 ni adalah home recording kitorg. Mase ni la permanent drummer kitorg beraksi, CHRIS DANIEL. Tak silap aku, kitorg just kuarkan 100 keping je utk 2.0. Alhamdulillah, Sold out.


Cover depan, "2.0". 2007

Setahun lepas tu, pada 2008 kitorg bercadang nak hasilkan album plak. MEmandang bajet utk wat recording album takde, terpakse la kitorg lek dlu. haha. Spjg perjalanan aku dgn MLDSTR, aku cuba memperbaiki skill riffing aku, aku cuba mencari idea yg lebih fresh dan lebih matang. Dan hasilnya, aku berjaya menulis sbuah lagu dimana tajuknya aku ambik dari tulisan dinding kat atas bumbung Tunestone Studio, Klang. Kat dinding tu, "this is where all the fuck begin!!", tapi agak carutan sket. aku tukar la kepada "This is where all the rocks begin!!". Kitorg kuarkan single ni sbb ramai sgt tanye, tak kuar demo baru ke? lagu baru ke? ape cite terbaru ke?. So, ini la jawapannye. Tujuan utama kitorg kuar single ni sbb nak carik duit, nak simpan utk recording label. so modal kasar wat single ni ialah RM150 termasuk la modal utk wat 300 copies + cover utk singles ni. Utk pengetahuan korg, Cover album ni 100% adalah hasil kerja aku dah proses men"copy" dah menjual gak. ehehe..Mula2 igt nak wat 50 copies je. Tp, dlm smggu dah abes plak. (Jual sendiri secare underground mmg la sket, aku bukan ade distributor pun). Akhirnya kitorg just larat wat 300 copies je. Alhamdulillah. Sold Out.


Cover depan single, " This is where all the rocks begin" 2008

2009, ialah tahun dimana MLDSTR byk "berehat". Tp kitorg tak rehat la, sbb masing2 study lagi kan..aku pun dah smbg wat master. MLDSTR bukan rehat2 kosong, mase tu la kitorg fokus kepada penghasilan Album kitorg..Thanks tu Mr.Botak sbb jadi investor dlm penghasilan album MLDSTR. Inginkan musik yg lebih matang? tunggu...hehe. tp kalo nak dgr preview je korg bleh dgr kat page MLDSTR (click here to listen to our preview song called, WASTED WASTE).


Melodisaster 2009

Friday, October 9, 2009

A1R Nikon Confocal Microscope

Pada 6 october 2009, Aku dgn teng kena gi HUKM level 9, Tissue engineering Lab, sbb ade workshop psl "Nikon Confocal Microscope A1R : Intro & application" lebih kurg camtu la title nye. Mula2 aku igt nk lepak kat kl mlm smlm pastu pagi terus gerak hukm, senang sket. Tp sbb sian plak kat teng sbb dia gerak sorg2. Aku bangun pun agak terlanjak gak la kul 7.45 am, kejutkan si teng (kitorg serumah but lain bilik) pastu terus mandi & siap2. gerak dari shah alam kul 8.15 sampai sane dlm kul 9.30. Nasib baik x start lagi, kalo x,segan la kitorg 1st day workshop dah dtg lmbt. hehe. Sampai sane je jumpe Alimukhti, dia suruh kitorg mkn. Breakfast mmg special la: Nasi lemak dgn sambal sotong, hidang ala bufet. Terbaik! So, presenter workshop tu ialah seorg hardware engineer yg berasal dari Jepun, Mr. Hishashi Okugawa. Org ckp dia ni "Mr. Confocal" sbb dia la yg cipta confocal microscop ni.. (kagum!) Tapi, bukan nak kutuk atau mengata lah, Kitorg x berapa nak fhm english dia sbb ade berbaur jepun sket. so faham sket2..nasib baik diorg ade pass note and pakai slide show, so faham la gak.


Mr. Okugawa

Lepas tu, ade hands-on session, so kitorg dpat la merasa menatang yg dorg ckp best tu. kalo korg nak tau harga satu set complete A1R Confocal Microscope + computer (super upgraded) + software = RM 1.6 million!!!

Gile babeng! agak cuak gak la nak pegang.

A1R Nikon confocal Microscope


yg ni bukan confocal tapi bleh capture live imaging cell (4fps).
harga dia lebih kurg
RM400K


Ni image sperms lembu, sampel si Iswady. style beb.


Mr. Okugawa bg demo sket



Sempat lagi bergambar haha!


Ali ckp, diorg wat workshop ni kat bilik bedah Jbtn Ortopedik. Katenye smlm hari sblum workshop ni,
diorg baru je wat bedah siasat. Tp setakat ni takde pun hantu yg ikut aku balik kecuali teng. wakaka!



pic ni sempat dicapture oleh teng.

Mula2 aku cam xcaya dgn apa yg ali ckp, tp bila aku tgk sekiling tu nampak gak la tulang2 orang, sendi2 siap ade cebisan daging lagi. Kebykan nye tulang2 la sbb dah kat lab Ortopedik (study psl tulang). Workshop ni berjalan selama 3 hari, start pada 6 hgga 8 October 2009. Mmg berbaloi kot gi workshop tu sbb kitorg adalah group yg terawal tgk Nikon A1R tu. Hanya ada satu je kat malaysia ni (setakat ni). Korg setakat pegang Nikon DSLR harga rm3-4ribu takyah nak bangga la..aku, dah pegang Nikon A1R Rm 1.6 million ko tau tak! hahahah!!!. Tapi one thing yg mmg watkan aku nk gi workshop tu ialah..................................


Makanan yg disediakan la!! pergh terbaik weyh.. tapi kitorg smpat amik satu pic je la (lihat di atas). mmg terbaik, sehari 3 kali mkn. Aku dgn teng mmg melantak abes la..Pagi Nasi lemak sotong, tghari Nasi briyani, ptg mee soto. 3 hari tu menu lain2 la tapi mmg terbaik!! mggu tu aku naik 3 kg. (SHIT)

Last day tu mcm biasa, bergambar! Tp tak ramai sbb kbykan dh balik awal (nk elak jamm katenye, ye la kot). So, tggl la beberape kerat yg ada. Takpe yg penting dpt bersalaman dgn Dr. Angie (comel wey, Dr muda tu).
hehhe!!





Dari kiri: Mr.Okugawa, Dr.anonymous, Aku, Ali & teng. kak Nina kat depan



Dill Azahar, Nikon A1R Confocal Microscope Workshop
Tissue Engineering Laboratory, Level 9
Hukm, Kuala Lumpur
8 oct 2009