Entri di blog ini adalah 50% benar dan 50% tidak benar dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.

_______________________________________________




Sunday, April 25, 2010

Happy birthday!


25 april 2010

Tarikh di mana aku dah plan sesuatu yg istimewa pada taun lepas. Tp bila tiba hari tersebut tiba2 aku rasa mcm kosong je. haha. biasa la. Setiap yg kita rancang tak semestinya jadi. siapa yg tahu, ni semua ketentuanNya.

anyway, I just want to wish her, "Happy Birthday, may god bless you" =)




Saturday, April 24, 2010

Aksi di dapur


Haha, dah dekat 5 tahun aku duk rumah bujang. (bukan nk bangge ke ape la-tp just nk bgtau je).
Byk benda aku blaja spjg aku duk rumah bujang dgn member2 lain. kalo duk rumah bujang hanya satu je dia punye PEGANGAN, iaitu : survive!

haha! so salah satu element yg kena ada iaitu skill memasak! haha! aku ni nk kate pandai memasak tu takde la. tp mungkin sbb terkena tempias bakat memasak mak aku tu kot. ko bg ke ape2 brg dpur pandai2 la aku pikir nk masak ape. HAHAHA!!!

tp biasa la. ilmu memasak tu pun bukan dtg dlm mimpi, msti la tanye mak aku. Mak aku tu, pantang tanye psl masakan - dia mesti jawab dgn relax je. haha!
"mak, mcmne nk masak kari ayam?
"mak, mcmne nk masak sayur campur goreng?"
"mak, mcmne nk masak sambal goreng ikan bilis?"
"mak, mcmne nk masak ni, masak tu?"

mak aku jwb dgn relax tp penuh excited. tak pernah pun dia ckp tak tau la. sbb tu mak aku la!!
aku syg mak aku! hehe.

Slalunye, kalo balik uitm je mestilah masing2 lapaq. aku skrg duk umah bujang dgn 2 lagi member lab aku, ijal & teng. Kitaorg ni jenis kalo sapa masak, mesti nak masak sorg2. nk potong bawang sorang2. sbb mungkin taknak org lain kaco keje and hasil masing2 kot. so, spt biasa mlm tu turn aku memasak lak. aku mmg tak tau nk masak ape. then tgk dlm peti ais, ade ayam. erm, ada sayur (mggu lepas beli kat pasar)-tp cam kecut2 skit, takpe bedal. ada kentang. bwg putih, bwg merah. serbuk kari pun ade! ah cukup ni nk masak mewah2 (ckp dlm hati). ahah!!

apa lagi terus la memotong semua brg2 dpur. kasi potong halus2 ayam, basuh2 sket. so menu aku ari itu ialah, Kari ayam + sayur campur goreng + telur dadar hancur! yeah!! mewahkan org bujang masak? haha!!



ni sayur campoq goreng + tlur dadar hancur
kicap and sos wajib, sbb budak rumah aku suka sgt dgn kicap


bahan2 dia : bwg putih, bwg merah, kentang, kacang buncis,
cili merah, cili padi, ayam 2 ketul.


ni plak kari ayam, pic ni je sempat aku snap. sbb lepas tu
abih kitorg blasah sampai aku lupa nk snap proper pic. haha!!
kari ayam ni tanpa santan, mmg kuahnye akan jd pekat,
so kena pandai bajet air byk mane, tak perlu letak byk garam pun,
sbb serbuk kari pun dah masin dah.


p/s: nak kongsi ilmu memasak just roger aku je la. tp reference utama aku ialah, mak aku sendiri! yeaah!
So, kepada gadis2 di luar sane yg nak aku masuk minang, blaja la memasak. sbb aku ni cerewet skit bab mkn2. sbb tu badan maintain kurus. haha!!




Friday, April 23, 2010

Maaf dari seorang Kawan.

kawan.

Dalam hidup kita ni, kawan mesti ade dalam list org2 yg paling penting disekeliling kita. Betul kan?
Tanpa kawan siapa la kita, mereka la teman dalam keadaan yg mmg family pun tak boleh nak tlg.
Ada masa kita gembira bersama, ada masa kita bergaduh bersama, ada masa kita suka bersama, ada masa kita cemburu bersama, ada masa kita gelak bersama, ada masa kita menangis bersama, ada masa kita susah bersama, ada masa kita senang bersama.

Aku masih lagi "keep in touch" dgn kawan2 lama sejak dari sekolah. kitorg still berkawan, bukan nak kata sombong, maybe aku rasa masing2 dah mula berkerjaya, masing2 ada yang berkeluarga, masing2 sibuk la. tp tak kisah yang penting ada masa kita jumpa-rezeki and peluang tu sentiasa ada.

ada lah seorg kawan ni. mmg la jarang jumpa jarang lepak sama. tp bila jumpa sama2 best la. mcm setahun tak jumpa. lepak sampai pagi2 buta sampai tak igt nk balik. nak kata rapat tu takde la rapat mana. tp kawan kan? bg aku kawan semua sama. aku bukan jenis label2 kawan rapat, kawan biasa, kawan karib, kawan time senang, kawan time susah. Aku anggap kawan tu smua sama-layanan semua sama. Bukan bermaksud aku ni tak menghargai "kawan" mmg la menghargai tp bukan meng"kategori"kan kawan.

Balik pada cite seorg kawan ni. masing2, ye la-manusia biasa, ada la wat salah. Kalo aku wat salah dgn dia-mmg aku terus mintak maaf ckp depan2. sbb aku tau, bila kita dah wat salah, kena cepat2 minta maaf. jgn tangguh nk minta maaf sbb makin lama makin melarat. Tp bila dia wat salah dgn aku-susah sgt dia nk mintak maaf dgn aku, nk dgr perkataan maaf dari mulut dia pun mmg tak pernah la. inikan pula kalo dia nk minta maaf dgn ikhlas.
Kalo just ckp, "sorry dil, tak sengaja" dgn raut wajah yg slumber tu aku boleh terima la jugak. ini takde. diam wat bodo je. Aku bukan nk sgt ko mintak maaf sgt dgn aku. tp kalo ko betul ikhlas nk minta maaf-sejuk skit hati member nk maafkan.

maybe dia ada cara lain nak minta maaf kot. or maybe EGO terlalu power gila sampai takde "Selera" or "tak perlu kot" nk mintak maaf kat aku. Yela, aku tau la aku sape, mmg la aku ni jenis kurg serius. tp bukan slalu aku main2. bile time2 sensitif aku pun sensitif. So, serius la.

Ada skali tu, mmg jelas gila salah dia. And kalo ikut keadaan mmg dia akan rasa bersalah dgn aku, kalo jumpe aku pun mesti patut ada raut wajah yg serba salah. Tp, dia cool je. mcm takde ape2. and dia just tggu kita maafkan dia je. Erm, maybe itu cara dia utk minta maaf kot? iaitu - just tggu org maafkan dia. Mentang2 la aku ni species yg berhati lembut. sampai ati. takpe la. Maafkan org tu kan amalan yg baik. Sedangkan Rasulullah pun ampunkan umat baginda-inikan pula kita org biasa.

Tapi takpe la, aku tak kisah pun. cuma aku risau dia akan wat prangai yg sama pada kawan2 lain. Kalo kena plak kawan yg hati keras punya, boleh jadi gado. Harap tak la. Aku harap kawan aku tu sihat sejahtera la. Kalo ko mmg jenis susah nk mintak maaf, ko jgn la wat salah dgn org lain (tips tu..haha!!). Tp biasa2 kan la diri utk meminta maaf. sbb mmg dah jadi amal ibadat kita-hari2 minta maaf minta ampun kat Allah atas dosa2 kita. Takkan itu pun ko ada EGO? mmg masuk neraka la ko. (wallahualam). Aku tak harap sgt pun kalo ko bace post aku ni. Tp kalo ko terbace bgus la. aku mmg jenis ckp direct, tp hal ni aku diamkan aje la. kalo ckp depan2 pun susah, nanti ko minta maaf kat org pun mcm terpakse je, tak ikhlas.
Lagi bagus kalo ko tau sendiri ttg hal tu, senang skit nk masuk hati tu. lagipun siapa la aku yg bg nasihat kat ko. Aku kan tak pernah serius-mcm budak2- ko yg kate la. tp aku terima.
Setiap kata2 dari kawan2 aku-aku terima sbg pujian. tak kisah la kalo kutuk2 aku. Cuma kesabaran org ada limitnya.



p/s: post kali ini agak "SERIUS" sket. sorry. next time aku post yg happy sket.

Thursday, April 22, 2010

Artist and musician

"Wah! artis la!!!"
"segan la nk kawan dgn artis"
"blanje la aku, ko kan artis byk show. mesti masyuk!"
"knp ko malu2? artis mane boleh malu2"
"mesti org kenal ko, ko kan artis"
"Wei, sombong la ko skrg. tau la artis"


Makin lame makin menyampah plak aku bile dgr semua ayat2 di atas. tu baru skit je aku letak. aku just letak ayat2 yg slalu org guna bile nk carik point dgn aku. Nasib baik korg member aku. mmg nasib baik. korg jgn igt yg korg rase ayat korg tu mcm lawak-ye, mmg aku terima dgn senyuman-gelak tawa. Tp hati panas je beb, rase mcm nak pukul org je. Nasib baik aku ni manusia yg waras. nasib baik.

Mmg org lain akan suka bile korg ckp mcm tu, tp bg aku-itu mcm satu sindiran. Ntah la, aku tak pernah anggap pun aku ni artist. And korg tau ke istilah artist tu? kalo masuk tv majalah dah kire artis ke?? **** betul la. harap blaja tggi masuk universiti tu pun tak dpt beza. Meh sini aku sekolah kan korg eh. bg korg pham.
Ape itu artist and ape itu musician.

musician ni. dah terang2 kat situ MUSICian. dah tentulah ahli musik. mstilah blaja musik. msti la main alat musik. msti la wat lagu. same la mcm physician-dah tentulah ahli fizik. blaja fizik. wat eksperimen.

Artist ni skop dia agak luas. tp yg penting focus pada hiburan-lakonan and music (cth yg korg tau). skrg aku focus kat bhgian music eh. Artist yg main music ni. mmg la diorg main music. same je mcm musician. tp yg bezanye. artist ni ada lah tmbh few points kat sini, iaitu - popularity, publicity, and money.

Diorg main music mmg la sbb diorg minat music,wat music. tp diorg pun ade gak target lain. iaitu publicity and popularity. masuk tv kuar tv masuk mahkamah kuar mahkamah, masuk jel kuar jel. eh melalut lak plak.
Diorg nak jual lagu dorg, nk jadikan bakat dia satu punca rezeki. kalo nk jual lagu kenalah popular, kalo tak popular mesti la org tak tau lagu dia camne bunyinye. Lifestyle artist lain. ada socialisme sket. kalo tak social camne nak ade publicity. kalo artist, takde mase nak kuar lepak2 dgn korg ni. mesti nak kawan2 dgn artist2 lain. hahah!!! byk lagi beza antara artist dgn musician. Kalo korg nak tau, byk lagi selebriti2 musik ni malu nk bawak name "Artist" ni. sbb tanggapan masyarakat pada "artist" ni 89% negative dari yg positive. Selebriti musik skrg lebih suka di anggap sbg musician. Paham?!

Kalo aku nk jadi artist, dh lame aku jadi la. tp masalahnye aku main music sbb aku minat, bukan sbb aku nk jadi kaya. Susah beb nak kaye dlm industri musik malaysia ni. so, aku jadikan sbg hobi. Tp aku jalankan hobi aku dgn bersungguh2. bukan nye ala kadar. beli gitar, efx sume bagai. Tak salah pun takat main gigs sepam dua. tak kaye mane pun. Mcm korg gak kan? kalo hobi korg racing kete. mestila ko modify abes2 kan kete korg. bukan takkan beli kete duk jln2 pusing satu kg pastu cakap ko ni kaki race. mcm budak2 yg minat photographer. beli camera dslr la, lense sume bagai. tapi korg wat sungguh2 kan? silap2 hobi tu bleh jadi punca rezeki.

hina sgt ke aku main music? dengki sgt ke korg dgn aku main music? aku main music ade ke gnggu hidup korg? ape slhnye ko jumpe aku, layan aku sbg kawan mcm aku layan ko sbg seorg shbt. ade ke aku ckp ko ni artis ke, rockstar ke, datuk ke, org kaya, org dlm kerajaan ke, model ke, anjing ke? ade ke? ade ke takde?
****** tul la!!


Gambar ini tidak ada kena mengena dengan post di atas. Tidak ada kena
mengena dengan yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia.

Sunday, April 18, 2010

Helmet ke Topi keledar?

Hari tu aku Saje je belek2 helmet adik aku ni. Tp aku mcm pelik je dgn helmet ni.
Mmg sgt pelik. Korg nak tau tak kenapa? Mari kite terjah!



ni la helmetnye, ni side depan la


yg ni side tepi blah kanan


yg ni logo kat depan tu. tulis kat situ MOTORCYCLES


tp sticker kat blah tepi ni tulis
"NOT FOR MOTORCYCLIST USE"

So, ape motif diorg jual helmet ni? tak paham2... mmg pelik betul la.. erm.
renung2 kan
dan
selamat beramal!

Friday, April 16, 2010

Majlis Pertunangan.

04 04 10

Tarikh di mane berlangsungnye majlis pertunangan di rumah kedua family aku di bandar tasik puteri, rawang. Tp bukan aku yg bertunang la, aku mane mampu lg nk menyara anak org. Diri sendiri pun tak cukup mkn, ade hati nk menggatal. haha!!

Tp ni majlis pertunangan adik aku, si Miera tu. Hurm, suka ko eh dah bertunang. bgus la kalo nk kawin dulu dari aku pun ok. Bleh jadi pakcik awal sket. haha!

Walaupun majlis tu majlis family aku, tp aku rase aku dah jadi mcm kuli la plak. sbb sedare mare yg dtg just dtg, tido, mkn, chow. Mane kerjasama korg?? perangai mcm ****. Dulu mase anak korg kawin dlu, sape yg tertonggeng kat blkg rumah basuh pinggan mangkuk periuk. Tukang goreng ayam, susun kerusi semua? Bukan nk mengungkit, tp just nk korg sedar yg korg ni manusia ke ****.
Eh, aku rase mcm dah lari tajuk je? Hahaha!! *cough*emo sket*cough*.

Mlm sblum hari bertunang tu, biasa la letih lagi kot. dgn kenduri malam, pastu lepak sampai 6 pagi. layan bbq semua (rujuk post sblum ni : Mlm merisik khabar & bbq 030410). Mmg klaka la. sbb mase nk time aku dah lemau gile. aku baring la kat ruang tamu yg penuh dgn manusia bergelimpangan. (sedara mara ramai tido kat ruang tamu). Baru je nak masuk mimpi..............tiba2, mak aku kejut la.
Dia suruh tlg masak air. and prepare sarapan pagi utk tetamu nanti. APe mak?? "TETAMU??"
T-E-T-A-M-U? mak panggil diorg tetamu mak? diorg bukan tetamu la mak. diorg sedara mak la. diorg la yg patutnye bangun wat kan sarapan. kenapa diorg tak mcm kita mak. bila kat rumah org, kita kena la ringan kan tulang. nanti takde la segan dgn tuan rumah. Kalo berat tulang, takyah la dtg tido kat rmah wat semak samun je, dtg la time kenduri-mkan pastu terus chow. takde la aku nak sakit hati!!
opss.. terlari tajuk plak. sorry.

Nak tak nak aku kuatkan la diri aku ni yg smmgnye "GAGAH" bila tak tido sehari ni. Rase mcm nk isap ***** je nk bg bertenaga. haha!! pas tlg mak aku masak air, aku tlg dia goreng bihun. panaskan lauk smlm. Dalam kul 8 camtu, gas abes plak. Aku gak yg kena angkat tong gas, gi pekan. mmg terbaik.
Mmg aku terus tak bleh nk tido la. Terus sambung susun kerusi meja semua. Nasib baik ade adik aku and pakcik2 blah mak aku tlg. kalo tak, mmg aku dah mati dah sorg2.

Nak dipendekkan cerita (kalo nk cerita smua, mmg lama gila la kot. haha, nasib baik aku tgh malas ni).
Majlis akhirnye berlangsung la dgn jaya nye. aku kesian kat mak aku je. Penat dia. Kat mane2 ade je dia. Jap kat blkg. jap kat dapur. jap kat ruang tamu, jap kat luar. layan tetamu, sibuk psl lauk2. air.
Bapak aku takpe, dia Boss. sbb dia dah kuar duit byk sgt kot. BYK GILER kot!! takpe la, utk adik aku gak. Kalo adik aku tak bersyukur tak tau la. Mewah betul.

Aku just nk ucapkan jutaan terima kasih kat member2 aku yg dtg la. mmg lokasi rumah baru ni agak susah sket. nasib baik smpai. Aku agak terharu gak sbb kwan yg baru kenal. kenal tak kenal gak la. dtg gak. Kalo nk tunggu member2 yg dah dekat 10 tahun knal dtg. besok la bro. Kirim slm pun takde. ini baru kawan!!!!
********!!

terima kasih!




ni la family aku.
tp apidin takde plak.


ni plak parents aku. hihi



yg ni plak sibs aku.


yg ni bakal laki adik aku.
Bro, ko jaga adik aku elok2. ape2 jadi ko jaga la!



yg hantaran pertunangan


yg ni member2 lab aku



bestfren aku, tp sape kat sblh tu?
jeng jeng jeng
korg ni berangan lebih la. haha!!



hehehehe!!

p/s: aku terpakse tapis carutan aku, sbb aku baru prasan ramai gak yg bace blog aku ni. so aku taknak la menyinggung prasan sape2. ****!! haha!!

Monday, April 5, 2010

Bbq 030410


Heh. ni bukan secret code la. Bbq la.. barbeku? tak penah dgr ke? haha!!
Sbnrnye aktiviti ni berlaku pada mlm yg sama di mana aku makcik aku dirisik org.
(aku mls nak selitkan kat blog "mlm merisik khabar" tu. sbb mcm dah lari tajuk je.
hehe.

Sbnrnye, mase petang tu. aku kemas2 kan stor blkg umah. tetibe aku ternampak suatu benda yg sprti memanggil nama aku. hahaha!! Benda itu ialah!! jeng jeng jeng. Tempat bbq la.. haha!
tp kecik punye. wat2 panggang pulut nye size. ehehe.

Ah, ape ade hal. yg penting aku nk wat bbq gak!! hehe.. nasib baik ptg tu mak aku tak balik shopping barang dpur lg. Aku call dia suruh beli ayam and sotong, pastu serbuk lada hitam.

Tp, bila mak aku balik. Ayam and udang tu dah betul dah. tp dia just beli sos lada hitam. Sebotol lak. SEBOTOL ko tau tak? haha!! mane cukup! ayam dah 6 ekor. sotong lagi. haha!!
Nasib baik, pak lang aku ni slalu gi camping. so, dia leh watkan sos bbq yg baik punye. hehe.!
settle.


benda ni la yg aku cite ni.


abu abu! eh silap. bakar bakar ayam!


penyepit takde plak, so pakai garpu pun jadi.


Pakcik Man, sepupu mak aku. Nanti anak dia kahwin
mmg confirm aku tlg. Baik dgn family aku.


nasib baik aku sempat snap pic ni sblum ayam abes
di mkn org.


aku pelik betul la. knp bhgn ni ramai tak mkn.
penat tau kitorg panggang!


Aku suke aktiviti bbq ni, sbb aktiviti ni mengisi masa lapang org2 laki yg wat keje kat bahagian belakang tu. Sambil2 wat keje. bleh kunyah2 sket. tak salah kan. takkan nak basuh mangkuk periuk je. nk basuh sayur je, nak basuh daging. kan kan??

Enjoy!





Malam merisik khabar.

Haha. baca tajuk je dah mcm geli2 je kan? haha.. Tp malam merisik ni, bukan aku yg merisik atau dirisik. Tp makcik aku (adik kepada mak aku) yg dirisik. Ha, Peristiwa ini berlaku pada 3/4/10 di rumah bapak aku di Bandar Tasik Puteri pada pukul 9 mlm. So, sbb bf dia ckp dia nk bwk satu kaum kerabat dia turun. Nenek aku terus kelam kabut nk masak byk2. Haha. mmg petang tu, family aku smua busy gile termasuk la aku yg hampir gile wat keje. Tp seronok tau, sbb wat keje dgn family and sedara mara rapat. hehe.

Memandangkan esok (4/4/10) berlangsungnye gak majlis pertunangan adik aku (next post), alang2 tu bapak aku terus tempah khemah. mula2 dia ckp nk wat 3-4 khemah. pastu aku ckp la, "lek la ayah, ini bukan kenduri kahwin la". So, dia just mintak satu khemah.

Mak aku suruh aku pantau kerja semua bahagian. Dari bahagian khemah, meja, kerusi dan meja makanan. pastu bahagian blkg, tempat basuh periuk-mangkuk, dapur, kawah. And bahagian stok barang. Biasa la, anak sulung kena la take over kerja bapak aku. Sbb nk bagi bapak aku rehat2 je. Dia lebih kepada finance manager la. aahaha!!

Paling bestnye, time tu-semua org mcm takde jam je. Sbb mase tu dah kul 8.30 pm. tp mknan tak dihidangkan lagi kat khemah. Lepas bf makcik aku call dia dah nk deka sampai. baru la kitorg tetibe je rase nak beli jam dinding and gantung kat leher masing2. haha!! kelam kabut semua. Mak aku marah aku sbb aku tak handle betul2. padahal. td dia suruh aku gi pekan gi beli ais. sian aku. takpe. Mak aku kalo dah keadaan kelam kabut mmg dia stress.. nasib baik mak aku. hehe. syg mak..

Nasib baik semua dah settle seblum rombongan merisik sampai. So, relax... gi lepak isap rokok dgn sepupu2 and pakcik2 kat blkg. sambil2 tu basuh periuk2 and basuh sayur and potong daging utk kenduri esok plak.. hehe.



ni pas settle letak mknn.


wakil rombongon merisik


diorg bawak backup, takut ada gado2 ke. haha!


pas nego dah settle, so bakal mertua menyarungkan jersey, eh silap
cincin "booking" pada bakal menantu.



salam bodek rasenye. hehe


muka ada senyum.


pastu, diorg gi melantak la..



Tp......




raut wajah nenek aku (merangkap mak pada makcik aku la).
Tak tau nk describe, camne. Happy ke sedih ke, sayu ke, seronok ke.
Maybe dia sedih sbb arwah atok tak dpt tgk mak cik dpt family baru.
Aduh, sayu plak aku ayat aku ni.. huhuhuhu
Biar la dia, cara dia nk terima keluarga baru.
lek la nek. jgn sedih sgt nek.
sayang nenek. =)

Thursday, April 1, 2010

Ko rase ko ni gangster ke?



MGRC ialah satu pusat yg mengkaji genes di malaysia. Ape yg aku respect ialah study diorg lebih focus utk genes dlm rakyat2 malaysia.


Tak silap aku baru je kuar berita yg negara dah kuarkan data genes melayu. Mmg bangge la kot.
So, pasni, kalo ade virus2 yg serang malaysia- Insya'Allah, kita bleh carik vaksin dlm masa yg singkat. amin.
Aku dah register dlm MRGC ni. So, apa2 updated info aku antara yg terawal yg akan tahu. Hehe. Bangge kan?
Byk gak event2 yg diorg organize, aku just bleh gi area klang valley je la. Tapi sejak akhir2 ni mmg aku malas nk join. bukan sbb ape- tp bile aku join, aku rase aku je manusia yg tak layak join event dorg. sbb ntah la. semua skema2 je yg join. nak berkawan mcm segan plak. hahaha!!

Ok2. Sbnrnya aku nk bgtau korg yg diorg ada info baru!
Iaitu ada sejenis genes yg menjadikan ko seorg gangster?

korg blaja biologi kan mase skola? taukan pls "chromosome XYY".
Di mane ada lebih satu "Y" dlm Men's sex chromosomes. lebihan Y tu yg menyebabkan lelaki itu lebih ganas secara genetik. Atau lebih kurg sopan kita panggil sbg "mutant" yg ganas lebih cenderung kepada jenayah.--->masalahnya istilah ni mmg kurg masuk akal and agak jarang/ tak pernah ditemui sejak dari 10dekad yg lalu.

MAOA genes( monoamine oxidase A)
merupakan genes yg agak rare ditemui dlm manusia, hanya "insan2 terpilih" shj yg ada genes ni!!


sbb diorg dah wat study dekat2 DNA pada gangster2 di dunia. Antaranye al-capone, Jack the ripper, Ted bundy. Diorg ada satu persamaan. iaitu diorg ada MAOA genes yg ada pada chromosome X. mmg style.

Pada mulanya aku igt diorg ni ada genes sama, sbb maybe diorg sedara mara. Tp, masalahnye diorg takde kena mengena pun. (Tp still from Nabi Adam & Hawa la). So, kalo korg rase ko ni gangster or ber potensi utk jadi gangster. Korg bleh la check samada korg ada MAOA genes tak dlm chromosome korg. Jgn risau sbb genes ni bleh ada dlm lelaki and wanita sbb genes ini terletak dlm chromosome X. hahaah!!!


info lebih lanjut korg bleh gi ke
http://www.mgrc.com.my


Al Capone. Jack the Ripper. Ted Bundy. Three of many larger-than-life personalities infamous for their violent, and in some cases murderous, behaviour.