Entri di blog ini adalah 50% benar dan 50% tidak benar dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.

_______________________________________________




Sunday, May 30, 2010

Isu crocs dan penyelesaiannya.



Salam semua! dah lame gak aku tak post blog ni. biasalah bukan nye busy pun, sbb aku ni kan PEMALAS nak MAMPUS. haha!!
Sekarang ni mmg tgh hangat psl isu ISRAEL tu, psl GAZA. Mcm2 sekarang ni. Ape yg kita boleh buat hanya la berdoa pada Yang Maha Berkuasa. Amin.

Sekarang ni sibuk betul dgn cite psl CROCS ni. Dulu ade skali tak silap aku bulan april kot. CROCS ade wat wholesale kat the curve discount gile babeng! 70%-90% mmg terbaik la. Sampai ada org ckp knp diorg jual murah2?? Aku rase sbb dah byk crocs yg ciplak2 kat psr mlm kat uptown. So, CROCS terpakse la wat marketing strategy utk tarik balik costumer utk beli yg ori. erm.
Pastu aku dgr cite dari member aku, yg CROCS mmg wat jualan murah satu dunia sbb nk semua org pakai CROCS-hina tuhan, hina islam!?
Aku agak pelik betul dgn statement dia ni, bior betul? Pastu dia ade post gambar.




Aku agak terkejut gak la dgn pic yg dia bg, siap tak puas ati tu, aku terus check kat sandal crocs aku. Aku ade 2 sandal CROCS satu yg original and satu lagi yg ehem2..(uptown punye la). Mmg tak dinafikan sbb 2-2 pun cam lebih kurang even logo pada yg xOri tu ade mcm sket2 beza la, part mulut nganga lebih, lubang hidung. erm..

Tp, aku still tak percaya 100% sbb benda ni tak sahih lg. So, aku surf la internet. Pastu ade jumpe satu blog ni. Dia ada ckp yg logo tak ori yg tu yg ade kalimah Allah disebaliknya. Yg ori nye takde.


perbezaan gambar


kalau perhati betol2, gambar yg dakwa ada kalimah Allah tu dengan gambar yg ku tangkap ni, ada 3 perbezaan yang nyata.
kalau anda ada kasut crocs ni, boleh tengok sendiri dan compare, yang takde, masa nak beli boleh tengok.

  1. mulut buaya atas ternganga dan mulut yg bawah (ori) ni tak terbuka sangat.
  2. anak mata buaya atas tengok tengah padahal yang ori tengok ke bawah
  3. walaupun lucu nak cakap, kat atas ada lubang hidung dan yang kat bawah (ori) takde lubang hidung

Pastu ade seorg yg tak setuju dengan dia explaination dia, dan mamat tu ckp la.

i think i can spot photoshoppery where i see it! take a look again at that "crocs" logo with the pen written Allah on it. i notice that it is the inverse of the normal logo. as if: someone took the original crocs logo (which is convex), and pressed it into a mould (creating the concave version). as the mould hardened, it expands, so the lines become less defined. (therefore you see a "corrupt" version of the logo) i have attached my photoed version, i overlaid the REAL logo over the one in question. as you can see, the inscription of Allah still fits within the original logo itself, but is VERY hard to discern. just thought i wanted to point this out.


Betul gak ckp mamat omputih ni. Kalo local ke ori ke still ada nampak gak kalimah Allah tu. Erm. Pastu aku ade jumpe ada org pos psl isu CROCS ni.

Base on Hadith where Rasulullah and sahabat were walking and there was a dropped of water dropped on the Rasulullah's shirt from a roof , the sahabat asked Rasulullah should he checked either its a najis. But Rasulullah said it is not necessary., If we see it as a water drop then that what it is. moral of the hadith is: dont make islam difficult In the case of this croc logo, take it as what its appear to our eyes. Not to said crocs is HARAM, crocs is HALAL, im afraid we will be like Jewish, make most of halal thing becomes haram. This group is more hated by Him! But scientifically, human eyes have their own weaknesses which is Illution Optic and it is proven that a single image can be seen as different types of images. So there are always a probabilty that things impringe as Allah name or say other thing too. Like I'm watching clouds and suddenly it looks like horses but someone else could say it is not. may be u will say turtle? ;)


Semakin hangat gak isu ni. Mamat ni siap guna hadith lagi, mmg terbaik. Tp, aku rase aku mase kurang jelas dgn hadith yg dia guna utk correlate dgn isu CROCS ni. Sbb bile dah bab2 hadith ni aku terima je (biasalah, aku ni bukannye tau sgt psl2 hadith-bukan tak tau tp tak igt..hihi). Nasib baik la ade seorg hamba Allah yg pertikaikan psl hadith ni..

xbtol tu.. sbb air yg trun tu ciptaan Allah dan tiada keraguan disitu.. dan crocs tu dicipta oleh manusia yang sememangnya dari tgn org kafir.. dan kalau kita lihat secara terbalik mmg btol nmpk tulisan kalimah Allah.. jgn amik hadith secara literal sahaja.. cari alternatif lain untuk memahami maksud hadith itu..


Aku mmg mencari-cari nk tau gak psl isu ni, walaupun aku rase isu ni tak perlu la nk kita hebah2kan sbb ade isu2 lain yg lg penting (mcm psl Israel kacau convoy kapal bantuan ke GAZA tu.) erm. last2 ade seorg ustaz area umah aku yg tlg selesaikan apa yg tersimpul kat kepala otak aku ni. (bukan selesaikan masalah CROCS, tp masalah dlm otak aku ni) . Dia ckp," knp kita sibuk2 nak cari psl asal usul benih disbbkan buahnya tak manis? dalam ISLAM ni mudah. Tak perlu nk pening2 nak tau psl tu psl ni pastu pening2 sendiri. Tp bgus la kalo nak tau kena cari, tp ada limitnye. Psl CROCS ni senang je. Sbb CROCS pun dah jadi mcm satu keperluan manusia, memudahkan manusia, selesakan manusia. Jadi pakai je la CROCS tu. kalo masih ragu2 psl kalimah Allah tu, just bakar je la logo tu, lagi pun getah senang je nak hilangkan corak logo tu. Sama la mcm cebisan2 kertas dari kitab al-Quran, kita taknak dia bersepah2, nanti org pijak2 kat lantai, kat tepi jalan. Ada yg tak tau, just buang je dlm tong sampah-So, jalan yg terbaik ialah bakar la kertas tu. then abu nye buang la ke sungai ke laut ke, takpun tanam, Yang penting niat kamu pakai sliper tu. Mesti la niat kamu utk selesa, takut terpijak paku ke, senang nk ke surau, bukan niat utk hina Allah. Sbb wat mase ni takde pun kuar istilah HARAM pada CROCS, sbb persatuan ISLAM sedunia takpun JAKIM skrg ni kan update. Mesti dorg kuarkan kalo HARAM. " Kata ustaz tu.


So, Settle la. tak perlu la kita nk boikot sane boikot sini nak dengki sane dengki sini. Sbb itu bukan cara org ISLAM berfikir dan bertindak. itu care org tak beragama. Ish ish ish...

p/s: Aku hanya menyampaikan info2 yg aku dpt and cari. bukan aku reka2 sendiri2. So, kalo diorg yg diatas ni tpu, maka tipu la aku.
Wallahualam.


Friday, May 21, 2010

Shopping is a therapy?

Arghh!! salah satu aktiviti yg paling aku kurang minat ialah SHOPPING!! Aku ni jenis yg susah betul nk guna duit untuk shopping (except ciggarettes la! haha). Entah lah, aku hanye beli brg bile aku rase betul2 nak beli. Cthnye baju. Bile aku rase tshirt aku tu dah kecik atau lusuh, mmg kena beli baru la. Tp aku mmg malas betul nak gi beli.

Kalo aku dah pegi, nak pilih baju pun susah, biasa la aku ni jenis cerewet gak-tgk keadaan la. kadang2 aku main beli je. hahaah!! yg penting! aku tak suka shopping. Mungkin sbb aku bukannye byk duit kot and aku mmg jenis penjimat. Biasa la, aku tak biasa hidup2 mewah ni. Sesekali nk gak merasa. Erm, apa ada hal. pas blaja carik keje-simpan duit- pastu shopping la. haha!! Kalo byk duit mesti mcm2 nak beli kan?

Tp aku ada satu quote yg tetibe je terpancar pada neuron nerve aku ni.


"Shopping is a therapy for a girl, but shopping is a guy's nightmare"










Tuesday, May 18, 2010

Sepetang bersama MLDSTR



Pada hari yg sama aku dgn budak2 band aku tgk wayang same tu, kitorg bantai karoeke jamban pas layan movie. Video ni di ambik oleh chris guna hp murah aku. SOrry eH, video amatur je. hehe! layan!!

Movie : A Nightmare On Elm Street



Mase tu elaun aku baru masuk. So, kira masyuk gak la aku. ade rm2k dlm bank tp tak tau nk wat ape. haha! Pastu aku ajak2 budak2 band aku tgk wayang kat galaxy ampang pastu bantai karaoke jamban. Mula2 kitorg plan nk tgk citer "KICK ASS" tu. Tp cite dah takde plak. pastu aku igt nk tgk citer ROBINHOOD, tp terlepas lak. last2 kitorg tgk citer "A NIGHTMARE ON ELM STREET".

AKu igtkan cerita ni mcm seram nk terkencing. Tp sbnrnye tak seram tp agak thrill and ganas gak la citer dia. Aku mmg suka betul dgn cara dia bunuh org tu. mmg kejam abes!! Cuma jln citer agak cliche dgn citer2 thriller yg lain. Tp kire boleh tahan la, berbaloi gak kalo gi tgk.

Cuma yg tak bestnye, mase tgk citer tu, selang satu seat sblh kanan aku ada seorg mamat gemok ni. Dia ni suka bercakap lak dgn member sblh dia. kalo ckp slow tu takpe la. ni sampai org 3 baris depan dia pun dah tak selesa. Kita dlm wayang bro. tgk diam sudah. tak payah la ko nak cite apa yg ada depan mata sbb kitorg tau la dah ade depan mata. ko tgk and layan dah la. takyah la nk cerita balik mcm member ko tu bongok or buta or rabun. Geram betul aku.

Ijam ckp, mamat tu gaya mcm tau je jln cerita ni, pastu nk keco dgn member dia. Kalo kecoh, member dia sorg dgr je takpe la. ni satu panggung bleh dgr. MCM SIAL! haahah!!

Ah, apa ada hal,yg penting movie ni best. Tp part yg paling best ialah, lepas movie tu je kitorg terus bantai melalak kat karaoke jamban. dekat 20 lagu kitorg nyanyi. mmg best!!! haha! aku ade upload beberape video kitorg karok kat FACEBOOK, so rajin2 la singgah ke FB aku. thank!


chow!!

Tuesday, May 11, 2010

Animal handling workshop

11 may 2010

Hari ini, aku ade animal handling workshop kat animal house faculty of pharmacy UiTM. Tahun lepas aku jadi comitee, tahun ni aku jadi participant. cam pelik je? hahaah!!!

Biar la. ko dah power camne pun handle animal, lama2 lemau gak. so better masuk workshop ni. dpt sijil haha!!





walaupun aku jadi participant, kerja2 design tetap aku buat sbb aku slh seorg comitee dlm Pharmatox.
so ni la design name tag utk workshop tu. hahaah!!

aku mmg takde skill bab design2 ni. biasa la. aku ni pekerja buruh. haha!!
babis!

Friday, May 7, 2010

Selamat Hari Ibu


Pagi-pagi member aku bukak tv nk tgk HOT.fm@8TV. Pastu terdgr la coretan dj psl Hari ibu. Aku hanya tersenyum je.
Terus aku amik Hp murah aku and SMS mak aku, "Selamat hari ibu, along syg mak". Pastu aku terus gi mandi siap2 nk gi lab. ngam2 pas aku dah siap pakai baju semua bagai. Mak reply, "Tq along". Aku tau mak aku tak pandai nk type SMS. Tp terharu gak dia bg response. On the way aku nk ke UiTM, aku berfikir+mengelamun sepanjang perjalanan tu.

Knp Hari Ibu baru kita nk wish selamat hari ibu? Kenapa diorg declare ade satu hari special untuk ibu? Erm, bg aku kalo secara global, mmg diorg nk kena declare satu hari utk hari ibu-so diorg bleh celebrate secara besar2an and officially kot.
Betul gak tu. Tp aku ade teringat kata ustazah aku dulu. Setiap hari ialah hari istimewa untuk ibu bapa. Setiap hari ialah hari ibu. Mula2 aku tak berapa nak paham, tp bila aku fikirkan balik- betul gak kate ustazah.

Maksud ustazah, setiap hari ialah hari ibu bukan bermaksud hari2 ko jumpe mak ko ckp "selamat hari ibu" hari2. Mula2 mmg la mak ko suka, tp kalo dah hari2 hilang ke"ikhlasan" dlm ucapan "selamat" tu, mak kita pun bleh jemu bile ko ckp camtu hari2 kat dia kan. Tp dia takkan jemu kalo kita saluti ucapan tersebut dgn elemen rohani iaitu kasih syg dah hormat.

Zaman skrg ni, kita sendiri pun takde nk wat camtu pun. Itu pun kalo time hari ibu baru nk ucap selamat, baru nk sibuk2 beli kad bagai2. Bgus gak la kalo ko mmg tau hari ibu tu, tp kalo ko tau sbb dgr kat radio, tv , fb ke serupa tak payah (aku ckp pada diri sendiri tau, korg jgn terasa plak. ahaha).

Lbih kurang mcm hari raya la. Org2 kita fikir, hari raya la kita nk bermaaf2an. padahal hari2 lain pun bukannye takbleh nk bermaafan pun. Teori dari seorg ahli falsafah arab ada ckp yg, "manusia semakin hari semakin hilang ciri2 kemanusiaan lalu menyerupai robot ciptaannye sendiri, hanya bertindak mengikut jadual yg ditetapkan."

Agak panas statementnye tp bg aku mmg betul pun. Korg tak perasan ke?
Bila puasa baru la cukup sembahyang 5 waktu, siap bantai terawikh tu. kalo hari2 biasa, yg wajib pun punye la susah-yg sunat tu tak perlu cite la. silap2 niat smbhyg pun tak tau.
Bila hari raya baru nk bermaaf2an, bersalam-salaman. bgus gak la time tu hati semua org lembut-bleh maafkan org lain-bleh mintak maaf. Tp petang raya terus kutuk2 gado2 balik. ikhlas tu mane?
Bila hari bapa, baru la terigt ayah/bapak semua. baru la terhegeh2 nk balik kg jumpa ayah. baru tetibe nk rindu. yg tu kire ok la.

Kalo Valentines day yg takde kena mengena dgn kita ni. fuh! kite yg paling 1st wish. siap wat dinner lagi. Ko bodoh ke ape? ko tau tak sape yg cipta valentines day ni? ko tau tak sejarahnye?

New year. itu satu event yg paling penting setiap tahun. tak sah kalo tak sambut. wajib! Bgus jugak la kalo ko sambut dgn sederhana mcm wat kenduri doa selamat ke, sembahyang hajat moga dipjg kan rezeki. NI TAK! kul 10 mlm siap2 gi klcc, gi BB, gi Pavillion. lepak2 dgn member. tunggu countdown. ade yg kat club2. mabuk2. aduh.!! kesian betul!
Tp maal hijrah tak sambut plak? kalo tak sambut takpe, ni siap tak tau lagi bila. hambek ko! sia2 je ada PENDIDIKAN ISLAM kat sijil SPM tu. PALE JIBUS!


"OIT!" terkejut aku. Member aku sapa aku. sbb jauh sgt aku mengelamun (berfikir sbnrnye). Oh. dah sampai uitm rupenye. hahaah!!!

The END



Apa2 pun, aku ingin mengucapkan "SELAMAT HARI IBU kepada mak aku yg tersayang dan kepada semua Ibu2 di muka bumi ini termasuk yg bakal menjadi ibu-tahniah!". Aku harap ape yg aku mengelamun td tu bleh kite kongsi bersama. bukan nk kate aku baik. tp kita manusia tak lari dari ksilapan. And kita tahu kita bleh betulkan ksilapan tu. tp......


p/s: walaupun post ni mcm tak kena dgn tajuknye. tp, apa ada hal! suka hati aku la. haha!!!

ALONG SAYANG MAK SANGAT2..TERIMA KASIH DI ATAS SEGALA JASA & KASIH SAYANG MAK.



Wednesday, May 5, 2010

Movie: Iron Man 2




Hahah! akhirnya dpat gak aku bawak afi tgk wayang cerita aksi mengaksi ni. Sblum ni punye la susah nk bawak masuk dia. Sbb tak cukup umur. Mmg pelik betul la wayang gak galaxy ampang ni. Walaupun hari tu aku sgt letih-mana taknye mlm tu tdo kul 3 pagi. pastu kul 10 gi damasara curve gi usha brg gitar jap.
12 gi sentul, igt nk servis motor-tp kedai motor semua tutup. Gerak gi menara celcom kat Jln T.Razak- tutup gak! baru aku igt hari tu kan hari buruh-mmg la semua tutup! ngok betul! Pastu terus gi beli tket kat galaxy ampang (aku suke bwk afi tgk wyg kat situ sbb dekat dgn rumah aku). Balik2 je aku mandi. Pastu siap2 terus gerak teman ijam gi BB. Dia nk usha tali bass. Tp Bentley tutup la. lepak minum kat kitaro sat. gi Lowyatt sat. beli cable hp. pastu balik terus tggu afi siap2 and bwk dia gi tgk movie. PENAT!!

Tp bila start tgk movie, dpt la aku rehat sambil tgk Iron man 2 (IM2). Tp malangnye, IM2 kurang gempak compare dgn IM 1 la. Kurang aksi tp lebih byk drama and conflict dlm cite nye. Yela, superhero wujud ada yg suka ada yg tak. Cuba jadi betul kat kita, mmg kelam kabut kot kerajaan. nak2 kalo ade teknologi mcm IM tu. mmg bleh jadi thread pada negara. Aku cuma perasan je kat idea2 director2 skrg ni. diorg lebih byk buang masa nk dptkan watak jahat yg agak stylo dlm movie diorg. korg prasan tak? Tp, watak jahat yg balik style sampai bile2 yg aku suka adalah :JOKER from dark knight (batman) terbaik!!

Tp ape2 hal pun, IM 2 ade bg impact kat afi sbb, balik je tgk cite ni, dia terus berangan kat umah. mmg kelakar betul. terlompat sane terlompat sini. siap ade sound effect lagi. aku perhatikan dia gak sambil tgk tv. Pastu aku sempat tanye dia, "api berangan ape ari ni?". Dia jwb," iron man!" tp api jadi kawan dia tu." hahah!!..


Afi afi....





Tuesday, May 4, 2010

Sayang Ayah pada anak2

Bila cita psl birthday ke ape ke, hati aku selalu tersentuh. Bukan terkilan atau terharu tau. Mcm ada sesuatu yg betul2 menyentuh perasaan aku. huhu. Dah lama gak la aku tak sambut birthday aku. Bukan aku takde duit ke ape ke. Ntah la. Sbb aku dah biasa tak sambut "Hari" tu. Kalo dpt wish2 dari family and kawan2 tu ade la. Aku pun tak mintak ape2 pun kat diorg-just aku terharu diorg igt lagi birthday aku. Terima kasih semua.

Taun lepas ade gak family aku mcm nk sambut birthday aku. Tp mmg hari tu aku busy lak tak dpt nk balik. Erm, tp dah mmg niat aku taknk sambut birthday kot-tu yg tuhan bg aku busy ari tu. Sbnrnye, aku dah terbiasa tak sambut birthday aku ni. Biasa la. masa aku kecik2, family aku takde la sesenang skrg ni. Dulu, family aku susah. kais pagi mkn pagi. Nak berblanja pun jimat2.
Inikan lak nk wat birthday party.
Sbb aku tau family aku susah, takde la aku nk minta tu minta ni. Aku tak untung mcm korg kecik2. aku takde pun hadiah mahal2, aku takde pun lego ke, kereta control ke.

Cuma aku ade teringat masa kecik2 dlu, aku teringin sangat nak pistol bunyi2. haha! tp aku tak mintak pun. cuma,, mungkin cara aku mase tu wat kat makbapak aku beli kan. perangai anak kan, makbapak sendiri yg tau. Mase tu aku paling happy skali. best tau ade mainan sendiri. takde nak pinjam mainan pakcik aku (aku sebaya dgn pakcik aku sorg).

Mak aku ade ckp kat adik2 aku. anak yg paling cermat jaga barang ialah aku. Mana taknya, pistol yg bapak aku belikan tu bape tahun aku main elok lagi. haha! kalo adik aku si afi tu. petang baru beli. mlm dah jahanam. haha!

Hari yg paling bahagia penah aku rase ialah mase umor aku 7-8 tahun kot. Mase tu bapak aku keje bawak lori. So, ade la transport nk berjalan. Hari tu hari jadi aku. bapak aku blanje aku mkn kat A&W. SUka beb! 1st time mase tu aku dpt mkn kat kedai2 mcm tu. Pastu dia order waffle atas dia ade 2 scoop eskrem. Dia ckp, "ayah tak cukup duit nk beli kek, tp ayah beli ni eh?". Kalo di igtkan balik, menitis air mata aku wey, (serius tak tipu, aku syg bapak aku). Tu la hari yg paling bahagia penah aku alami. Skrg ni, bukan aku taknak sambut birthday aku- tp aku rase tak perlu la. Aku tak perlukan kek ke parti ke, aku perlukan org tersyg yg syg aku je.

Aku happy je bile makbapak aku sambut birthday adik2 aku. Skrg ni bapak aku pun dah senang sket. So, apa2 hal dia blanja anak2 dia dlu. Dia sygkan anak2 dia. Ape adik2 aku mintak-kereta, motor, handphone, dia bagi - tapi takde sesusah dulu. masa aku kecik2. Pistol mainan je. Aku dah cukup terharu.

Kadang2 kalo adik2 aku gado psl yg ni dpt lebih yg dpt kurang. Ayah syg ni lebih, syg tu kurang. Aku slalu igtkan adik2 aku. korg takyah gado2. ayah syg kita sama rata. Cuma korg syg dia mcmane? Syg bila dia bg ko duit ke? bila ko dpt hadiah baru nk syg? syg lepas dia marah2 ko sbb ko wat salah?

Kalo aku nk balas jasa makbapak aku mmg tak dpt kot. ko bg la RM 1 juta kan bapak ko, tak tersettle lagi kot jasa dia kat ko. Aku cuma mampu bg dia "impian dia" je -Nak aku blaja rajin2.


"Along cuba ni ayah. along cuba ni. Along just nk ayah doakan along je. Along tak minta kereta ke duit blanja, yah. Along nk ayah doa je"



p/s: aku cuma dpt cerita psl ayah je. ini pun dah meleleh air mata aku ni. kalo cite psl mak aku. mmg aku dah menangis 3hari. Syg Mak, Syg Ayah.

Happy birthday Adek!!

Hi.

Kali ni aku sambut birthday adik-adik aku si zarul and dylla. Patut la smggu sblum hari ahad tu, adik aku asyik call je aku tanye,"long balik kl tak mggu ni? balik la long." Rupanya dia nk blanja makan satu family.
Alhamdulillah. Ni la 1st time aku dpt mkn hasil gaji adik aku kerja. Semoga dimurahkan rezeki dik. Pasni takyah la nk pow rokok aku lagi. ko beli la sendiri. haha!!


So, diorg plan nk makan kat Garden, the curve tu. betul2 depan laundry bar. Tp mase tu masing2 lupa nk booking-so mmg takleh nk wat ape la. penoh kot! Last2 kitorg gi mkn kat restoran ape ntah kat level 1 the curve. Ala2 baba nyonya gak la hiasan kedai tu. Ah! peduli ape aku! janji dpt mkn free. aahaha!!

Tp sblum tu, mase diorg tgh sibuk2 nk booking table, mak aku ajak aku jln berdua. Dia ckp bwk dia gi Secret recipe. Aku tanye la knp. Dia ckp dia nk beli kek. =) So, aku bwk la dia gi kat secret recipe.




ni la keknya.


Tp mase nk tulis nama kat kek tu. Mak aku mention 3 nama. Zarul, Dylla and Azhar. Zarul tu mmg la birthday dia, pastu dylla birthday nye mggu lepas aku tau gak. Then Azhar? sape tu. rupe2nye Tunang adik aku la si miera, birthday tunang dia pun dekat2 gak dgn birthday aku. owh. ok!

So, masa aku bwk kek ni-nampak la muka-ada-sanyum si Zarul tu. happy la. mak aku belikan kek utk dia. hehe.
Memandangkan adik aku yg open table, ape lagi! kitorg order kaw2 punye la. hahaha!!! Sodap! Mkn pun konyang. hahah!! Yg penting acara memotong kek and bergambar. Yg paling best tu. Kitorg siap gi main bowling lagi tu. haha! kat bowling cineleisure. Yg paling excited skali, Pak Abu la. haha! bapak aku mcm happy plak main bowling. Boleh tahan gak org tua kidal ni main. hahaah!! Yg paling sengal skali
skali. aku la. aku mane la reti main bowling ni. main bola bleh la. haha!! apa ada hal. janji aku and family aku happy. yeah!!!














p/s: I love my family