Entri di blog ini adalah 50% benar dan 50% tidak benar dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.

_______________________________________________




Tuesday, September 28, 2010

Panggilan Hangit?

Pagi tu, tgh sibuk2 promote product kat
IDD conference 2010
Tiba-tiba aku dpt satu panggilan dari satu
private number (PN)


PN: Hello, selamat petang.
aku: selamat-selamat
PN: Saya dari Syarikat British American Tobacco di Malaysia
Aku: OK.

PN: Adakah nama Encik, Mohd Aidil Azahar?
Aku: Yup.
PN: Lahir pada 15 ogos 1986?
Aku: Yup

PN: Adakah encik seorg perokok?
Aku: yup!

PN: brand ape?
AKu: DUNHILL

PN: DUNHILL Merah?
Aku: Yup

PN: If encik tak jumpa stok dunhill merah,
rokok ape yang encik akan hisap?
Aku: Saya tetap carik Dunhill merah.

PN: OK, kami akan mengadakan beberapa event dan
aktiviti. Dan kami akan menghantar memo Jemputan
menjemput Encik Aidil hadir untuk memeriahkan event kami

AKu: Ok.
PN: OK, terima kasih, Anything I'll call you. bye


p/s: camne dia boleh tahu nama and tarikh lahir aku, tp dia tak tau yg aku merokok??
pelik!

Sedih tapi lega

korg igt tak pasal prof aku suruh wat product last minute tu.
AKu dah siapkan ari ahad, tp Prof suruh edit balik.
So, ari isnin tu dari 9 pagi sampai 4 pagi.
(paham kan mase yg digunakan)

Aku and kawan2 lain siapkan report, poster,
brochure, pemplate, template for packaging, product
serta hiasan utk booth. bukan 1 tapi 2 product yg berlainan
Kire keje2 aku tu didarabkan dua la.

Nasib baik IDD 2010 dah settle.
Sedih gak sbb tak menang,
Tp hati tetap lega la.
Lepas azab lagi satu..

Amin.

Sunday, September 26, 2010

Downgrade

Ramai yg kate aku bodo sbb aku downgrade kan menatang tu.
biar la. walaupun bodoh, tp aku tetap nk wat gak!
Aku downgrade ke upgrade ke, korg tetap jeles punye!


HAHAHAHAH!!!

Friday, September 24, 2010

kerja pecah kepala

Syok2 tgh analyze data di pagi khamis,
tiba2 aku dpt panggilan
dari seseorg yg smua org dlm lab cuba elakkan!
Supervisor aku! haha!

Dia suruh dtg office dia.
Aku gi je office dia.
Masuk je biliknye tu, terus dia cakap

"Aidil, saya ada idea dari project awak utk join
invention conference. Ada 2 product.
So tlg buat slide presentation, poster,
pemplate utk promote kedua-dua product ni"
(senafas !! *pinjam rosz punye! hihi)


Aku dgn gaya cool, angguk2 pastu tanye dia
"Bila conference tu prof? bulan depan ke?"

Dgn slumber dia ckp, "Tak, selasa depan,
boleh siapkan? esok nk sy nk check"
tak sempat aku nk bernafas..
lek je dia ckp camtu!!!

*keluar dari office, ade staf tegur aku.
"dik, otak adik tercicir tu..."

whoa! belum start wat kepala aku dah pecah dah?!
hahaha!!

Thursday, September 23, 2010

Aku hanya serangga

Korang mesti familiar dgr tajuk ni kan. Tajuk lagu la.
Tp tajuk ni mmg sesuai dgn aku mse
nk defense research proposal aritu.
Smua student akan diberi tarikh utk defense proposal,
walaupun dah separuh jalan project tu.
tp still kena present gak proposal nye.

22 september 2010 kul 830 pagi katanye
aku sampai kul 800 tp last2 start kul 10 kot!
Nak ikutkan dlm list tu, aku presenter yg ke-3
skali ntah macamne ntah dgn kelam kabutnye
staf2 uitm ni wat keje, nama aku di sebut
jadi pembuka cerita.

Terkujat aku! (perkataan member aku cipta) haha!
nak tak nak gi la present. walaupun dlm hall tu aircond dia
dah mcm dlm peti ais, tp aku rase dahi aku berpeluh2..
tgh2 setting slide kat laptop, pastu bile dongak ke depan
pergh, barisan prof2, Doctor, para lecturer dgn muka serius
masing2 standby nk tggu aku present.
("_ ) <--riak wajah konon cool, tp dlm gegar habes beb!
aku terase spt seekor semut berdiri depan giant2 otai! dlm istilah knowledge la.
Tapi alhamdulillah, slide pertama and kedua gagap2 gak la. pastu ok terus.
feel dia lebih kurang mcm aku perform kat gigs je. awal2 je goyang.
Nasib baik soalan2 yg diorg tuju berjaya aku tepis dgn bergaya
(mlm study kaw2 kot!!) hahaha!!
lepas salah satu azab.. mari tunggu azab seterus nye.

Wednesday, September 15, 2010

Suasana Hari Raya 5

Gambar Raya (edited)

Sbnrnye byk pic2 yg di Snap mase raya.
Tp ntah mane ntah file pic tu.
adik aku dah transfer ke blum ni?
geram plak aku!!

Tp serius dowh! Aku nak mengaku ni.
Secara ikhlas nye tanpa rasa plastic;
"Aku rindukan RAMADHAN, drpd
SYAWAL tahun ni!! sumpah!!"
(tunggu entri akan dtg eh, aku explain)

nah, mari tgk pic2 ni.
walaupun aku dah upload kat fb.
hihi!!

SELAMAT HARI RAYA!


Family aku.


Adik-adik aku


Pakcik and makcik + adik2


Adik2 + makcik2


Mak & ayah + Faiz (cousin baru aku)


Alam and kelli


Afie & Faiz + uncle Pit (bapak faiz)

Monday, September 13, 2010

Suasana Hari Raya 4

Salam.
Selamat Hari Raya kawan.
Tahun ni family aku telah pilih
warna purple (ungu)
sbg warna "rasmi" family aku
sempena hari raya tahun ni.

Warna ni, bapak aku yg pilih
Kalau tak, aku nk amik kaler maroon!
takpe la, nasib baik ko bapak aku.
haha!

Tahun ni,
warna purple telah jadi pilihan ramai
so, mmg tak bleh blah la.
mase sembahyang raya
masing2 pandang antara satu sama lain
tgk warna baju same je- lebih kurang je.
hahahaah!!


1st raya -2010 kat umah nenek aku.
korg jgn terkejut aku ade adik kecik baru
(mak aku tgh dukung tu) - tu cousin baru aku la
ni kire tahun pertama dia sambut raya.
comel kan dia?
nama dia Muhammad Faiz. hehehe.



Juadah di hari raya.
Masih sedap seperti biasa.



Byk lagi pic2 hari raya. Tp mcm tgh lemau2
raya lag ni. hahaha. Nak on FB pun mcm malas.


p/s: Nanti dah Rajin, aku upload la ni. hehe.


Pemberitahuan

(Nak bgtau korg ni)
kalo tajuknye "Suasana Hari Raya 4"
bukan bermaksud ia berlaku pada hari raya ke-4.
Tp ni kire cerita raya no.4.
Aku just guna tajuk yg sama.
Malas nk tuka. hehehe.

Suasana Hari Raya 3

Raya ke-2 kitorg gerak ke melaka.
raya-3 gi muar.
raya ke-4 balik kl.
Banyak benda nk cite ni. Tp mcm tak larat plak kan.
So, selamat hari raya.
Tahun ni raya paling pelik sekali
yang penah aku sambut.

hahaha!!

Friday, September 10, 2010

Suasana Hari Raya 2

10 sept 2010
Hari raya pertama selepas solat jumaat.


Along: mak! ni ice along letak dlm ice box ni..

Mak : Allahuakbar, kau nak meniaga ke, long?

Along: Senang sket stok sampai malam. haha!!

Nenek : eh, za! (nama manja mak aku).
Budak2 dah beli air batu ke?
Haus plak asyik minum teh o je.

Mak : dah, si aidil dah beli dah.
stok meniaga lagi.
(sambil tunjukkan plastic ice)

Nenek : Ya Allah, kau beli kat mane ni?
TESSO ke??

Mak : ..........................................................

Along : TESSO sgt pun tak bleh gak, nenek.

1 family : KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH



p/s: aku keliru nenek aku nk ckp TESCO ke atau ESSO.



Suasana Hari Raya

10 sept 2010
Di pagi hari raya pertama, selepas solat sunat aidil fitri

Mak : along, gi beli air batu.

Along: td, member ckp air batu kat
kedai dah abes la. dah tgk kat
esso dgn 7-E, dorg ckp kul 2
baru ade stok ice.

Ayah : ish, along gi kedai YE BENG,
td ayah nampak ramai org
beli ice kat situ. gi beli skrg.

Along : ...................................

Illa/adik/mira: ..............................

Mak : YE BENG tu bukan kedai kasut ke??


KAH KAH KAH KAH KAH KAH!!

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya

Memandangkan Tahun ni tahun 2010,
Kira dah mcm maju sgt la kan.
Terigt dlu2 mase kecik2
Antar kad raya guna sistem pos.
Pastu dpt kad byk2
gantung kat dinding or bunga.
kan kan kan?

Pastu dah besar sket
Dah maju la kan
Pakai SMS je. hehehe

Skrg lagi maju
Guna E-Card je
Lagi2 ade facebook.
senang je.

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN



p/s : prasan tak kat e-card tu? prasan tak? ahahahah!

Wednesday, September 8, 2010

Pening fikir Lepas raya

Haha. aku rase ramai yang pening
fikir psl nak raya ni kan.
Masalah Pertama ialah duit la kan?
Nak beli baju raye la, kasut la, spender la,
stokin la, langsir, cadar, kuih raya, carpet,
mcm2 lagi la.

Aku rase aku lagi pening fikir lepas raya
(walaupun bapak aku ckp hari kiamat
lg penting utk difikirkan-previous blog,
tp ni jangka masa pendek punye pening la)
haha.

Adoi! mcm2 kena wat pas raya ni.

1)Presentation- depan2 Panel2 farmasi.
Semua paling cibai pangkat Doctor je.
Kalo ade Professor mampus aku kena kitai.

2)kena wat writing thesis - Prof aku dah suruh start
dah, utk convert ke pHd.

3)Extraction - korg mesti tak paham kan? tp itu experiment
mengasingkan kompaun kimia dlm tumbuhan.
kerja paling leceh dlm lab!

4)flow cytometry - nk kena ajar student2 lain,
korg tak bleh blaja sendiri ke?
aku pun blaja sendiri kot!

5)kena wat lagu baru - Ijam dah suruh
aku siapkan satu lagu baru. itu paling susah!

6)Recording - kena siapkan recording utk
melodisaster, patut nye wat tahun lepas.
tp bz kan?

7)cari perempuan?
sangap sangap sangap.
(kah kah kah kah)
aku rase ni tak penting kot??
saje nk bg sampai no.7
hahaha!!!


Saturday, September 4, 2010

RM 1 yang akan buat kita berfikir.

05 September 2010
Kawan2 aku ajak sahur kat luar.
1st time aku sahur kat luar area KL
Port pilihan "Kg. Baru" la. hoho!

Makan2, pastu lepak borak2.
Tetibe member si Kang,
dia tunjuk benda pelik dekat RM1
bila aku tgk je..

"Pergh!! biar betul!!"

Aku mcm tak percaya la
kat dlm RM1 tu ada menatang
seakan-akan "All Seeing Eye"
Plus kat not RM1

Aku ade terigt gak kat 1 US Dollar pun
ada gak All Seeing Eye tu.
dekat not 1 gak..
erm, kebetulan atau disengajakan

THen aku try search info psl RM1 ni
Mmg ada. la..
hahah!

sila la rajin2 tgk link ni eh.


AKu Malas nk cerita2 lebih.
nanti tak pasal kena masuk jail
sbb cite info pelik2 kan..
Just nk kongsi bersama je.

p/s: nanti raya nanti, jgn terima duit raya not RM1, kalau boleh pow paling minimum RM5. haha!!

Jgn tido pas buka

04 September 2010,
Sabtu petang aku gerak dari puncak alam balik KL.
Sblum buka gi bazaar
beli Ayam golek, air tebu, air soya, Murtabak tembam & otak2

Pas bantai semua tu
++lauk mak aku masak
Asam rebus ikan parang (terbaik!)
AKu saje baring2 sbb aku mmg tak cukup tido.

Mak aku ckp, mandi and smbhyg maghrib dlu.
Maybe ade sekor setan terlepas kot.
Aku terlena (damn!)

mimpi punya mimpi
mcm mimpi2 gak dlm otak aku ni
Tp aku igt satu mimpi je. agak pelik


"kitorg satu family dlm kete otw ke satu tempat
(kampung la sbb nk dekat raya kan).
Tp, mak aku yg drive,aku duk sblh riba afie
& bapak aku duk kt blkg.
Adik2 yg lain maybe kete lagi satu kot.
Otw tu, aku nmpak bulan penuh,
kejap terang, kejap gerhana.
tuka2 dlm 3 seconds interval.

aku tanye bapak aku psl bulan tu
Sambil pegang al-Qur'an dia jawab,
DUNIA NAK KIAMAT.
Tp manusia masih risaukan psl HARI RAYA."

Aku terus tersentak dari mimpi tu.
Cuak beb, bile bapak aku ckp camtu.
(dalam mimpi tu la)
Terus aku mandi & solat terus.
(Tp solat Isya' la..huhuhuh ---> jujurkan?)

Cuak kan? AKu bukan nk takutkan korg
Tp mmg betul kita lebih risaukan ketibaan Hari Raya
Daripada Hari Kiamat


p/s: part lawak, mlm tu aku sengih2 pandang bapak aku
pastu dia ckp aku tak betul ke? haha! siot je. haha!





Thursday, September 2, 2010

Antara hati & jantung

Sbnrnye aku tgh pening ni.
Sbb setahu aku "heart" dlm bahasa melayu, jantung.
"Liver" tu hati.

Tp knp ade member aku ckp
heart tu hati?
ke sbb bunyi dan ejaan heart tu
dekat2 dgn hati??
HEARTY kot? ahahaha!

takpe la, maybe dia blaja tempat org pandai2 kot
aku blaja kat tempat org bodo. huhuh.

haha. sbnrnye, heart tu mmg jantung.
and liver tu mmg hati.

tp bila dlm sentences cintan2...

"I heart you" bila translate "Aku hati engkau"
tak caye try google translate. haha!



p/s: I liver you = AKu hati engkau gak? haha!

Wednesday, September 1, 2010

September 2010

Hi
Sebnrnye aku tak tau nk post ape.
Tp sbb dah masuk bulan september,
saje nk gatal2 post gak. hahaha!!

September,
erm, 10 september 2010 kita sambut raya!
yeah! selamat hari raya!!


bye..