Entri di blog ini adalah 50% benar dan 50% tidak benar dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.

_______________________________________________




Tuesday, November 30, 2010


Tahun ni band aku join gak masuk The Road to ROTTW Soundstage 2010. Aku just bleh ckp yg event ni dah mcm Malaysia's woodstock Music Festival la. Sbb band2 yg perform kat sini, kebykan band2 otai underground yg slalu sgt nama band diorg kat flyers gig kat malaysia ni. Aku cuma tak suka satu je psl soundstage ni, iaitu atmosphere dia sgt berbeza compare dgn gigs.

Sbb soundstage ni berkonsepkan battle of the band, cuma band yg main bukan band baru nk up, bukan band baru smlm ditubuhkan,
bukan band suka2 :: Tapi band2 underground yg tak kurang hebatnya. walaweyh!!!

MELODISASTER

pun ok gak band ni. hahaha! Ya! ini lah nama band aku. Sejak aku abes skola, sampai berbulu lebat ; inilah band aku.
Bangga juga la aku nk ckp yg band ni tiada conflict perebutan harta atau aweq. Semua clean and smooth. hahaha!!!
semoga keharmonian dalam band ni akan kekal. amin.

Tahun ni Soundstage2010 diadakan di muzium telekom, Kuala lumpur. betul2 kat blkg menara maybank kotaraya.

Jadual Soundstage korang bleh tgk kat entri sebelum ni. Ade 52 local band yang join Soundstage2010. Aku rasa sama macam tahun lepas, mase soundstage2009 kat melaka dlu. SKrg kat KL, so agak senang untuk aku ke sana. dekat dgn rumah. parking pun senang nak carik. Cuma port makan dia jauh skit la. ade je maplay kat situ, tp kurang best. Kalau nk best kena gi kotaraya atau pun Jln Tar.


HARI PERTAMA SOUNDSTAGE 2010

Band aku perform hari ahad, tp aku saje je singgah sane mase hari sabtu tu. Sbnrnye, aku nk gi bukit bintang nak beli tali guitar aku. Alang2 aku dgn Ijam, so kami pakat sama2 gi tgk event tu. (konon2 usha line la haha). Sampai sane, aku tgk stage dia dgn setting instrument dia agak tiptop compare dgn setup tahun lepas. Stage pun agak besar, dgn bumbung yg kukuh. sound pun terbaik sbb dikeliling dinding tapi open di bahagian atas. Character echo sound sgt best, melantun2 beb bunyi dia. geram je aku dgr. (musician paham kot feeling ni, haha).

Majoriti band yg perform, ialah band2 hardcore. aku tertarik dgn satu band ni. INCRIES. Tp bile cam balik aku tgk mcm ade lineup band BLACK TERRITORY je. Drummer dia pakai snare bapak tebal dah menghasilkan satu bunyi yg boleh membakar line drummer2 lain. Meletop beb! mantap gila bunyi dia. Bagi aku, band tu sgt terbaik and berpotensi utk jadi juara mungkin disbbkan kehandalan drummer mereka. nice!

Ada gak band2 yg ala2 bunkface, bittersweet. Nak gaya2 Slam skit. Walaupun music yg diorg main best, ade hook and catchy, tp music camni agak membosankan la. sbb dah slalu sgt org dgr kat radio and tv. So, diorg kurang BOLD kat soundstage. Lagi pun diorg kena tau yg
juri2 diorg bukan nye Azmin, bukannye Ajai, bukannye Simon cowell. Tp otaimer rock malaysia. huhu!

Aku stayback smpai kul 7 je, sbb dah maghrib kena la balik, sembahyang (konon!). Sbnrnye aku ada janji nk lepak dgn geng2 #amanah #tahi twitter #Twtup hari tu. So, kena la gi. kang nanti ape la diorg cakap kan? hahaha!!

p/s: Soundstage 2010 2nd day. nanti aku buat eh. sbb aku dah malas dah ni. huhu. okbai!

Schedule Road To ROTTW Soundstage 2010










Luahan hati seorang ______

Tajuk entri dah mcm tajuk novel kan? Hampeh. Tp peduli ape aku nk bubuh tajuk ape? huh!
Tp aku rase tenang and selesa bila luahkan perasaan and problem aku dgn dia. Walaupun kadang2 dia kurang
membantu dalam menyelesaikan problem aku, tp aku tetap berasa lega. =)

Sekarang susah nak cari tempat/org utk mengadu. Memang patut mengadu dgn family, tapi ade certain thing yg perlu
diluahkan selain family. kadang2 member baik pun tak bleh pakai. haha!

Kadang2 dia pun share gak problem dia dgn aku, aku tau aku ni tak reti sgt nk bg kate2 smgt. Tp aku cuba nk bagi dia
happy and positive. =)

yang penting kitorg dah lama kenal diri masing2.



p/s: sumpah aku tak tau nk describe mood entri ni ape. huhuhu..oktata!

Sunday, November 28, 2010

reaksi anda pliss

Salam,

Ok, aku tau yg aku ni tak byk follower kat blog ni, sbb aku tak mengharapkan pun orang luar bace penulisan bodo aku ni.
Tp setelah difikirkan, aku kena tau gak feedback dari kawan2 yg TERBACA blog ni. Mane tau entri aku bodo sgt ke? kurang menarik ke?
hampeh sgt ke? nak tau gak.

So, aku ada tambah reaction kat bawah entri tu. "NICE" - "HARAM JADAH" - "SIOT"
Bila dah abes bace, korang click la antara salah satu reaksi ni ok. Yang penting ikhlas.
Sbb keikhlasan korang ini la yg membantu penulisan entri aku akan datang. wah. (ayat penuh harapan)


Tp, kalau antara 3 reaction tu takde gak yg berkenan. korang bleh la komen2. Sbb, tujuan utk reaction button ni sbb
korang bace tapi taknak komen kan? just komen kat twitter dgn facebook je. siap ade yg sms lak tu. jgn bazir kredit.
comment je kat sini. bukannya aku tak reti nk check pun (tau la aku ni buta i.t kan? sampai hati!)

ok. thanks sbb sudi baca blog aku.


terima kasih!

Thursday, November 25, 2010

tiada idea

Hari ini aku takde idea la nak post entri ape. Ketandusan idea, maybe disbbkan kurang aktiviti kat dalam lab ni takpun asyik buat benda sama je. So bosannn. Member lab aku ckp," kalau takde idea, takyah la post entri. Senang cite. Tggu la dah ade idea baru post entri. Ape la."

Ah! biar la! blog aku bukan blog kau! kau jeles en?!

Sebenarnya, internet kat uitm dah banyak kena tapis, Facebook takleh bukak, Myspace takleh bukak, youtube, formspring, twitter, friendster, tagged, mykawan, myfriend'shotmom pun takleh gak. Ape ntah lagi nak bukak hentai. Bagus betul security internet kat uitm ni. Dgr cite, lepas kul 6 baru la boleh bukak semua kecuali myfriend'shotmom dgn hentai la. agak2 la uitm nak bg kau tgk kan? hampeh.

So, pagi2 ni yang boleh bukak (yg aku slalu bukak la). Gmail, yahoomail, beritaharian online dgn blog aku ni je la. So, mmg takde keje ni mesti nk carik keje kan? sbb tu aku nk post entri gak, walaupun takde idea.

Bukan ape, sejak member2 aku memperkenalkan blog2 orang lain, aku bace seronok plak! Ramai lagi yg tahi blogger. Blog lawak2, serius2, protes, kutuk, puji semua ada. Seronok plak. Tapi aku masih belum tahap ke"Tahi"an mereka. (tahi tu kire otai la, term dari twitter).
Mana taknye, follower diorg dekat beratus2 dah. Follower aku tak sampai 30 org. huhu. Tapi aku tetap bersyukur sbb ade juga org yg sudi follow aku, walaupun diorg tak bace pun blog ni. Terima kasih kawan2!

Argh, dah lame tak update status kat facebook aku. aku takut friends aku kat facebook igt aku dah mati plak. huhu..

Tiba2 Ijal menyampuk, "kau update la guna blekberi kau tu. kate ade internet". "A,ah la, tak guna pakai hp mahal2" tambah si saad sambil dia menggaru celah punggung dia lepas tu dia buat2 garu hidung, padahal gelagat dia dah tau dah jenis yg korek2 bau.

Pastu kak sarah ckp, "blekberi dill boleh main cafe world tak?", Ijal menyampuk,"takbleh, kalau boleh dah lame aku beli blekberi ni dill"
"I phone lagi best!" sampuk teng yg baru masuk bilik ni.

fuh makin ligat perbualan diorg.

Tp aku masih lagi perhatikan gelagat saad yg masih cium2 tangan beliau yg baru pas korek bontot tu.


Red Alert & kerajaan Melayu

Mesti korang igt aku nk cite sejarah kerajaan melayu kan? Mane ade la. Aku sejarah mase form 5 pun dapat 5C je.
Sumpah aku malas gila blaja sejarah, sbb aku tau format buku sejarah kita tu penipu. Sorry kerajaan. Tp ni hak masing2 kan.
hahaha!!

Aku ade terbace satu blog tu, mmg cerita pasal sejarah asal usul melayu sebelum zaman parameswara, sebelum zaman kerajaan sriwijaya.
kire awal2 la. aku bangga jadi manusia berbangsa melayu dah beragama islam. Tp aku bukan nk cite pasal ni. tapi nak cite pasal red alert.

kat dalam Lab aku, ade satu PC tu penuh dgn game2. takde la game yg latest, tp bleh la layan time2 boring or malas2. Aku main la game Red Alert 2, game oldskool. Layan gak. Aku takde la hebat mane main game ni, tp bila aku dah main, aku akan berusaha bersungguh2. Aku main tak penah ade strategi. Aku just wat kete kebal byk2 pastu gi serang. Serang. serang!

Pastu kete kebal aku semua hancur, computer terus serang tempat aku. Bukan satu je, tapi kalau ade 8 enemy, 8-8 attack aku. mmg kalah la kan? -___-"


Tiba2 aku terigt pasal camne kerajaan melayu dulu boleh survive walaupun banyak negara serang tanah melayu. Bukan satu negara tau! Byk! UK, Sepanyol, Thailand, Belanda, Jepun. aku main bubuh je. tapi betul la kan??

Raja melayu pandai, Dapat anak 4 org. suruh 4 orang anaknya pergi ke tempat lain bina kerajaan sendiri. So, dah ade 5 kerajaan tapi tetap dipanggil kerajaan melayu. Kalau kena serang, satu lagi 4 kerajaan dtg tolong. Tapi masalahnya bukannya ade 4 kerajaan. Tapi bnyak kot! Income byk, menpower ramai, maju. senjata upgrade.

So, dari situ, aku terus buat base bnyak2 mase main red alert. mmg style. Computer antar tentera ramai2 pun tak dapat nak kalahkan aku. Sbb aku ada byk backup base. mmg style la!!


Bangga kan jadi orang melayu?


ok bai!

kisah lif di uitm

Hari tu, aku jadi seorang yg sgt pemalas. Aku tak buat labwork atau report. Bila aku dah jadi malas, aku mesti lepak dgn geng staf
fakulti. Aku kamcing dgn budak2 staf fakulti sbb perangai diorg lagi gila-gila kalau compare dgn student2 kat sini. Satu hari aku lepak kat opis diorg. Opis diorg dah tak rupa macam opis, tp dah macam sarang pelacuran. Ok, aku tipu. Opis diorg dah mcm rumah bujang. kalau tolak meja dgn computer. Sofa dah jadi mcm katil. tgh2 diorg main carom, blkg ade yg main gitar sambil isap rokok. Pergh, bestnye dpt opis camni. haha!!

Disebabkan aku lepak dgn diorg, secara automatiknye aku join diorg gi lunch. masa nk gi lunch, kitorg menunjuk ke lif sambil berlari-lari, terlompat-lompat macam kanak2 riang. ok aku tipu lagi. Tp jalan kecoh2 gak la. semua nk di ketuknya. tong sampah yg tak kacau diorg pun, diorg ketuk mcm gendang. adoi. cepat la sampai lif.

Masa pintu lif terbuka, dalam lif tu ade seorg aweq bertudung, ayu orangnye pastu tunduk2 malu. Mmglah malu, diorg seorg je pompuan kitorg semua laki. Kalau aku jadi perempuan tu, aku dah lari keluar dari lif tu. Mana taknye, mane tau sekumpulan budak2 laki ni ada pasang niat nak rogol aku ke. Ish.. naya je.

Tp, kitorg mmg baik. Ade la sakat skit2 tanye nama sape, wat ape. Sambil gelak ramai2 dalam lif tu. tiba-tiba smua orang diam termasuk aku skali. Masing2 buat muka toya cam tempe berkulat.

"Siapa kentut ni? haram jadah bau cicak janda!"

masing2 tak mengaku. Aku pun tak ngaku la sbb bukan aku. Semua dah stok main sumpah2 janji2 tak ngaku kentut. Pastu kitorg pandang aweq yg mmg berdiri ngam2 pintu lif tu, Pintu lif tu buka je aweq tu terus keluar dari lif sambil jalan laju2. walaupun baru kat tingkat 1 padahal dia tekan kat G. Erm, so terjawab teka teki misteri punca bau kentut haram jadah bau cicak janda.

Terima kasih.

klcc

Bile bace tajuk entri ni je, mesti akan mengingatkan korang pada video budak yg comolot tu kan?
(hampeh, bukan nk igt sejarah pembangunan klcc, video comolot tu gak korg igt dulu kan?) hahah! mmg aku nk cite pasal tu.
Mesti ramai di antara korang yg dah tgk video tu kan? Aku tanye member2 aku, ape comment dorang pasal video tu.

"tak malu ke budak pompuan tu?"

"ee, nak muntah la!"

"bodo. mmg patut pompuan tu pilih klcc, laki tu muka mcm pakguard parking klcc je"

"knp la dorg comolot depan pavilion, kan ramai orang tu. segan la sikit"

"budak2 sekarang mmg tak senonoh"

"hoi. get a room, idiot!!"

byk lagi komen2 yg dilemparkan oleh member2 aku. smua stok protes. ade yg komen jeles dgn mamat tu sbb dpt comolot dgn aweq comel
tp aku saje tak letak kat comment list atas tu. nanti dia marah aku sambil baling tahi idung yg baru dia korek tadi.
Tak masuk lagi komen yg diorg post kat facebook. Mmg top la budak tu. bangga siapa yg kawan dgn dia. dah la dpt cium aweq comel, pastu popular plak tu. gila la. jeles nye. (eh, apsl korang rasa nk pijak aku ni? jgn la!)

Sbnrnye aku bukan nk cite psl komen2 tu. Tapi aku cuma nk tau satu je. Kalau diberi peluang jumpe budak laki dalam video comolot tu, aku nk tanye dia beberape soalan je.

"Kenapa kau bagi pilihan klcc? knp kau tak ckp antara I dgn Dill, mane you pilih? mesti confirm dia tak comolot kau lah!!
confirm!!!!



okbai!


p/s: aku takde idea nk post blog ape. huhu!


Monday, November 22, 2010

Entri raya haji mane?

Aku rasa aku dah siapkan dah entri utk raya haji. tp belum submit lagi. (bajet mcm assignment la konon!)
Tp sbb kurang pic la. skrg tgh kumpul2 pic dari hp adik2 sedara mara. sbb raya haji tahun ni
masing2 lupa nk bawak kamera. hampeh betul.. sabar eh kengkawan!

aku sendiri pun sabar je ni..


selamat raya haji.



=)

Melangok

Sedar tak sedar dah hujung tahun dah. patutnye aku dah kaya dah.
kalau diikutkan secara teori. tp nk wat camne. blaja pun tak abes lagi
camne nk ada income sendiri. hampeh!

So, azam tahun depan. nak kumpul2 duit byk2. pastu....
tunggu azam tahun lagi satu nk blanja duit yg aku kumpul.
ape yg aku merepek ni?


gile!



okbai!

Friday, November 12, 2010

12.11.10

Tarikh hari ini agak unik atau kita bleh panggil #Epic sbb susunan secara terbalik dlm system nombor.
12.11.10

ha..tarikh ni takde rumors ape2 ke? atau berita2 citer2 yg berkait dgn tarikh ni.

dulu 10.10.10 tragedi simpang ampat. pastu hari ritual org2 khurafat syiriki pale lan...cincau.

erm, harap2 12.11.10 merupakan hari jumaat yg diberkati-Nya.

Pagi2 hujan rahmat. senang hati aku kalo hujan pagi2.

bukan alasan masuk lab lambat. Tp best la kalau cuaca sejuk pagi2. aku suka!


p/s: hari jumaat 12.11.10 korg smbhyg jumaat tak???

tahi twitter

Sejak akhir2 ni aku berjangkit dgn satu syndrome yg aku rasa agak popular skrg.



syndrome TAHI TWITTER!!!



okthxbai!!




p/s: aku bkan malas nk type pjg2, tp sbb jangkitan tahi twitter ni mybbkan aku jadi malas. hahaha!

Tuesday, November 9, 2010

Cuti

Mcm best gak cuti lama. tp tak lama la. kan hari tu deepavali cuti hari jumaat.
tp aku dah ngelat dah. hari khamis dah cuti.
jumaat cuti. sabtu cuti. ahad cuti. pastu isnin menggeliat nk masuk lab.

kesimpulannye aku cuti 5 hari la.. kuang ajar nye aku ni. hhaah!
sorry prof! hehe!

Friday, November 5, 2010

aku _____ kau

aku _____ kau!
tak kisah la kau ni perempuan.
aku_____ kau!

kau igt kau ade mixed melayu-japan-korea kau dah bgus?..
aku _____ kau!

suka eh kau membahan aku?
aku _____ kau!

kau baru kenal aku tak sampai sbulan.
pastu kau igt kite ni kire jenis aku-tak-kisah-pun??
aku _____ kau!

aku tak kisah la kau nk bahan benda lain.
tp kau dah bahan sesuatu yg sgt sensitf
aku _____ kau!

tp terima kasih sbb kau dah berjaya buat aku tergelak
aku _____ kau!

takpe, bak kate org. kau buat org, kau kena lagi teruk
so, aku tggu je hari kau kena tu.
and aku harap time kau dah terkena tu
kau akan fikirkan balik org lain yg kau dah kenakan tu.
baru kau paham betapa _______ hati org yg kau buat. baru kau rase.
aku _____ kau!

aku _____ kau!


aku _____ kau!




p/s: psycho tak aku??? kan kan kan???
hahah!! mmg!! hahah!!

Lelaki idaman

aku bukan species lelaki yg suka dipuja2. aku jenis yg rimas.
aku tak suka org labelkan aku dalam kategori lelaki idaman.
sbb aku ni bukannye special mane pun. bukannye aku hensem ke,
comel ke, kacak ke. Kaya? aku bukan dari family yg kaya-raya. (tp aku ttp bersyukur)

aku mmg jenis peramah dgn orang, tak kisah la kawan lama atau kawan baru.
sbb kadang2 aku layan kawan2, terutamanya mcm kawan perempuan: aku suka
layan diorg mcm dia tu aweq aku la. tp takde la sampai tahap aweq. tp ntah la korg paham2 je la.

sbb aku mmg smulajadi peramah. ikut sifat blah mak aku yg jenis peramah dgn smua org
termasuk musuh2 dalam selimut. aku tak menyesal pun ade sifat mcm tu.
cuma aku sedih, keramahan aku ni jadi satu bahan jenaka, bahan mengutuk.

sbnrnya kalau dgn kawan2 aku agak peramah. tp kalau dgn sesorang yg istimewa (kire aku minat tangkap cintan la)
aku akan jadi seorang yg pemalu. kalo depan dia aku taknak tunjuk kesewelan aku. takut dia menyampah.
aku akan jadi pasif. hehe. ye la! sbb malu kot. mcm korg gak kan. takkan korg nk tergedik2 dgn org yg kau tangkap cintan kan?
tak tau la korg ni jenis tak tau malu or slumber badak. haha!!

haha! aku mmg seorg yg memilih. tp aku bukan memilih yg mcm org nk yg cantek2 lawa2.
cantek lawa tu kire bonus la. kalo bleh seseorg yg mmg sesuai utk aku. tu je...
aku suka perempuan yg jenis tak nak layan aku ikhlas, tp layan. (kire jual mahal la)
sbb aku rase kemahalan tu buatkan aku bersemangat nk memenangi hati si dia.
bergantung la pada dia, kalo dia jual mahal tp ade bg hint2 yg positif. kire aku akan teruskan usaha aku.
tp kalo dia mmg jual mahal jenis menyampah. so aku berundur diri. aku tak suka nk merimaskan org.
tp org slalu buatkan aku rimas.

aah! aku mmg pelik and psycho. tp bukan tahap membunuh org la. hohO!!

eh jap! aku rase aku mcm lari tajuk je...


dah la.. saje nk luahkan. harap2 dia bace la eh entri ni.. hihih..



okbai! (-__- ;)

Tuesday, November 2, 2010

Bola ke lucah?

smlm aku wat keje tampal2!!


tibe2 member aku ckp..

mari menampar!!

knp menampar?.. dia kate sbb aku ni pemain bola tampar amateur sekolah.
ok fine..


then, lagi sorg member meyampuk.
"Kalo pemain bola keranjang?"


dgn slumber aku reply," mari ke ranjang"


(._. |!) oktengsbai!!




bengang tak dgn Sejarah di malaysia??

Korg igt tak buku sejarah masa kita form 5 dlu. kan bab2 awal diorg cerita sejarah awal penempatan manusia kat malaysia ni.
Pastu ade explain pasal zaman paleolitik, mesolitik, neolitik. Dari zaman duk dalam gua.. pastu dah pandai bercucuk tanam. gi memburu.
cipta senjata api.

Masa kita blaja dlu mcm kagum la kan. revolusi manusia ni. pastu aku ade terbace buku revolusi kewujudan manusia.
Charles Darwin kate manusia berasal dari beruk. kemudian berevolusi menjadi manusia, mengikut zaman dan persekitaran.
Pastu ade buku lain yg bangkang apa yg C.Darwin kate, buku tu kate manusia wujud berjuta2 tahun dahulu sejak zaman dinosour.
kemudian berevolusi hingga maju skrg ni.

Dalam buku sejarah sekolah kita, dah cakap. 10 000 ribu tahun dahulu manusia duk dlm gua.


hahaha! pastu kita blaja bagai nak rak, percaya bulat2 sbb nak lulus periksa kan? haha!


Sbb aku mula confuse pasal sejarah kat malaysia ni. Antara sbb2nye ialah.

1) sejarah malaysia sgt sikit, buku teks dia pun nipis. compare dgn sejarah singapore yg bukunye tebal dan berbuku-buku
2) sape parameswara, asal dari mane? tau2 je dtg, bg nama melaka. haha!
3) knp ade cite psl org gua ni??

sbb aku dulu blaja skola agama, kat skola agama ade blaja sirah islam.
dalam al-qur'an dah hadith pun ade ckp. Adam adalah manusia pertama yg dicipta oleh Allah, dah Hawa di pasangkan untuk Adam.
Adam berkahwin dgn Hawa dgn mas kawinnya - selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W (walaupun Rasulullah belum wujud lagi).

korg tak pelik ke? Nabi Adam duk dalam gua ke? dgn rambut pjg selekeh mekeh, pakai cawat ckp bahasa beruk ke?? ke nabi adam berasal dari beruk kemudian berevolusi jadi manusia? (subhanallah) padahal mase tu Nabi Adam dah berselawat ke atas Nabi. Bercanggahkan? nak pecaya buku teks sejarah sekolah ke? atau percaya al-Qur'an?


mesti korg bengang dgn aku kan??


okbai!


p/s: sbnrnye byk lagi benda yg aku nk cite. aku igt aku sorg je yg prasan. tapi sbnrnye ramai yg dah tahu. cume tak tau camne nak share dgn org lain. aku sgt berminat dgn penulisan dari blog mistisfiles.blogspot.com
Boleh tahan. Tp ikut korg nk percaya atau tidak. Sharing is caring.
aku sendiri pun bukan nk percaya 100%, tp atleast akan membuatkan kite terfikir.

bengang x?

korang perasan tak sbnrnye kite dah lame kena tipu oleh, sistem servis kat malaysia ni.
tak kisah la servis perbankan ke, perkhidmatan telekomunikasi ke. ape2 je la..

kenapa kita sebagai pengguna/consumer kena penalised atau interest charges
sbb buat masalah mcm late payment atau disconnection services, nak upgrade ke.
Tp bila diorg yg buat masalah mcm, servise lembab ke ape ke. salah info ke. diorg just minta maaf
and kita tak bleh nk wat ape2 tindakan.

knp eh???


korg rase bengang tak??


tak eh??


okbai!

Selasa gile!

Hari selasa adalah hari touching aku.
aku pun tak tau kenapa bile ari selasa je angin aku tak baik.

haha!


aku selalu berfikiran negatif setiap ari selasa.
aku sgt sensitif pada hari selasa.
aku rase blues day aku pada hari selasa la.

haha! biarlah.

mintak2 hari selasa ni takde sape yg carik pasal dgn aku.
kang aku gila tak tentu pasal. haha!
cepat la hari selasa ni berlalu!


aku suka rabu! rabu! rabu! knp eh?
mungkin sbb ada "abu" dlm hari rabu kot?! haha!
mungkin sbb ada pasar malam setiap hari rabu kot?
mungkin sbb ada futsal setiap petang rabu kot?
mungkin sbb rabu ni mcm dah dekat je dgn ari sabtu kot?




hahaha!!!




selama hari rabu!


aku benci kau selasa! aku benci tweet hari selasa!
aku benci kau pada hari selasa. perangai kau mcm sial!


okbai!

p/s: aku dah gila. benci kau sial!!

Monday, November 1, 2010

Blur

..................................
-____-!

tak tau nk taip ape. blur la.. huhuhu..



p/s: dah membazir satu entri. mahal kau tau tak 1 entri ni. mahal!!!

1/11

Happy birthday Rosz!


p/s: ko kena blanje aku rosz! sbb aku wish kau guna entri aku ni. mahal tau 1 entri. hehe!