Entri di blog ini adalah 50% benar dan 50% tidak benar dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.

_______________________________________________




Thursday, December 29, 2011

Melodisaster : State of Denial (2012)

Salam!



As we promise you, here is the details on pricing, promotion and for the
first time the album cover artwork release.

WE PRESENT YOU MELODISASTER DEBUT ALBUM "STATE OF DENIAL"

Melodisaster - State Of Denial, near it's release day.
The exact date of lauching will be announce soon.
But, now you can book / make a pre-order.

All Pre-orders will purchase the album for ONLY RM15 (instead of retail price RM18)
+ special discount voucher for Melodisaster - State Of Denial t-shirts.

Why wait? Make your Pre-Order now! (No payment required for Pre-Order)

Send your Full Name & Mobile phone number to
mldstr@gmail.com or just text to 019-2207366.
Or you can just inbox www.facebook.com/hizamyusri

For more information, please contact above details.
All promotions above valid for pre-orders only

Wednesday, December 28, 2011

Fakta tersembunyi dalam 3 Abdul


Salam,


Memang tipu la kalau korang tak pernah tgk filem P.Ramlee kan?

Salah satu filem yang aku suka adalah "3 Abdul".

Walaupun filem nye orang buat bahan gelak, tapi ada moral yang

tersirat dalam filem tersebut. Dan mesej yang cuba di sampaikan

bukanlah tahap pendidikan moral tahun 6.

Tapi adalah secara umum dan global.


Filem "3 Abdul" sebenarnya adalah cara P Ramlee mengutuk 'wahhabism'.

Fahaman wahhabism yg diasaskan oleh Muhammad ibn Abd al-Wahhab.

inilah yg mengusir ahli bait di tanah arab hingga ada yg lari ke nusantara.

jahatnya mereka yg berfahaman wahabi ini, sesiapa yg tidak mahu mengikut mereka,

SEGALA HARTA BENDA MEREKA AKAN DIRAMPAS .

ini fakta sejarah... dan ini adalah BENAR.


Dulu popular dengan satu artikel


The Dark History of wahhabis


Tapi ramai x perasan, bagaimana P ramlee mendidik kita...

maka diulang 3 kali, Abdul wahab, Abdul Wahib, dan Abdul Wahub.


So, kalau nak tahu info lebih lanjut pasal wahhabism ni. korang bleh je google.

=)

Friday, December 16, 2011

State of Denial PROMO


Salam semua,
Ni ada promo skit nak kabo kat semua.

WE PRESENT YOU MELODISASTER DEBUT ALBUM
"STATE OF DENIAL"

Melodisaster - State Of Denial, near it's release day.
The exact date of lauching will be announce soon.
But, now you can book / make a pre-order.
All Pre-orders will receive a special promo price & surprise gifts.

Why wait? Make your Pre-Order now!
(No payment required for Pre-Order)

Send your Full Name & Mobile phone number to
mldstr@gmail.com or just text to 019-2207366.
Or you can just inbox
www.facebook.com/hizamyusri

P/S: Blurry background of this promo flyer
is the illustration of State Of Denial Album.
Full Cover will be release soon ;)

Wednesday, December 14, 2011

10 Disember 2011

Salam,

Tak ramai yang tahun bahawa tarikh 10 Disember 2011
sangat penting dan bersejarah dalam hidup aku.
Ramai yang tahu pada hari itu byk event2 besar diadakan.
Macam ZoukOut2011, Tiesto dan yang paling dinantikan
adalah ROCK THE WORLD : Adrenaline 2011.
Band aku, melodisaster perform woi!!!! Syok!

Kali ni, band aku ade extra line up. Boy Razif.
Dia ni ex-guitarist Sourtury dan band skrg dia ParaBola
yang dlu penah kongsi stage dengan Melodisaster masa
ROTTW Road to Soundstage 2010 dulu.

Aku saja nak Melodisaster ada 2 guitarist sbb taknak bagi
kosong sangat sound atas stage.
And aku boleh focus pada vocal dan riffing aku.
Part solo pass kat Boy Razif.

Hari tu kitorang ada extra "Crew" yang byk tolong kitorg
setup senjata (instrument la). Thanks kepada Zam GW,
Kay Carolin, Alam Yusri dan Mubin sbg photographer backstage.
Terima kasih kepada umi sebab sudi tolong jaga barang dan gf aku.
hihi

And thanks to my lovely gf, sayang sebab sudi join sekali teman. hihih.
I love you.

Terima Kasih kepada geng2 Gerakan Grunge Bangkit
sebab support kaw-kaw.
Aku suka body surfing korang, Terbaik!!!
Terima Kasih kepada Tune talks dan Fatboy Records.
Terima Kasih kepada Abang ROM dan ROTTW
Terima Kasih kepada mereka yang support Melodisaster
dari dekat dan jauh

Terima Kasih Semua!


p/s: aku bersyukur padaMu Ya Allah kerana memberikan aku peluang dan menunaikan impian hamba Mu ini. Amin.



Wednesday, November 16, 2011

RTW2011 : Schedule and layout

Ini adalah map, jadual dan layout untuk event ROCK THE WORLD 2011
yang diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Enjoy!

Sila click untuk tgk2. hihi.

Rock The World 2011



Jangan Jeles!!
BAND AKU ADE GAK LA!!!!
HAHAHAHAH!!!


Sunday, October 23, 2011

My self-potrait

(artwork by JIE KARIKATUN)

Agak terharu gak la hati ini, bila diri sendiri di potretkan oleh pelukis bebas.
haha! tapi aku terasa mcm lukisan tu lebih hensem la dari realiti.

thanks byk2 kepada bro Jie karikatun sbb sudi mempotretkan wajah aku
yg tak hensem ni. thanks bebanyak..

Nak tgk hasil lukisan lain Jie ni boleh klik kat sini.

Facebook dan SEX?



Suratan atau kebetulan.

p/s: topik ni nanti aku update

Marco Simoncelli . RIP??

Marco Simoncelli has died after a horrific crash at the Malaysian MotoGP in Sepang.



The race was cancelled after four minutes when Honda rider Simoncelli fell and was hit by Colin Edwards and Valentino Rossi as he slid across the track. The 24-year-old had his helmet knocked off in the accident and the race was immediately red-flagged. Honda rider Simoncelli first entered MotoGP for the 2010 season. He won his first pole position at the Catalunya race in June this year. World champion Casey Stoner said: "As soon as I saw the footage it just makes you sick inside. "Whenever the helmet comes off that's not a good sign." Simoncelli's first podium finish came in the Czech Republic in August when he finished third but he bettered that with a second-place finish at the Australian GP. The Italian started in the 125cc class in 2002 and moved up to the 250cc class in 2006. He claimed the 250cc world title in 2008.


watch video : http://www.youtube.com/watch?v=DDrgoEvQtTA


sources: BBC sport

Saturday, October 15, 2011

Blues TwitterJaya

Aku tetiba ter compose sebuah lagu blues bertajukkan twitter.So, kalau sesape yg tahu baca chord lagu ni korang try la main.Lagu blues yg basic je. hihih. nanti aku record lagu ini ok?

Tajuk : Blues TwitterJaya
Composer: Dill Azahar



Em-G#5-A5-Bb-B5-Bb-A5-E

verse1
E
Twitterjaya, di garis masa
E
tempat kita bercengkerama
A
kongsi cerita, sedih gembira
E
sambil gelak typo bersama
B7 A E
Di garis masa, TWITTERJAYA


verse2
(follow verse1's chords)

aku harap kita semua
tak berganjak tak berubah
biar butthurt tp tak kisah
asal kita kekal bersama

oh di mana?

di TWITTERJAYA.


Chorus

A E
kau siapa, aku siapa
A E
tidak kisah pangkat dan harta
A E
tua muda miskin kaya
E A
kita semua tiada bezanya
E
Tiada bezanya (2x)
B7 A
Di mana?
E
TWITTERJAYA



=)

Tuesday, October 4, 2011

Rock the World 2011




Salam semua!

Mesti ramai yang dah tahu event wajib pergi atau patut tahu
untuk golongan2 remaja, yang dah berumur pun ada gak
iaitu himpunan pemusik2 underground dan mainstream tanah air,
ROCK THE WORLD. (RTW)

hell yeah!! (satu ayat yang panjang, kagum2)

Tapi yang lebih kagumnye, band aku pun turut serta
untuk menjayakan event ini. Ye la, band aku la,
MELODISASTER . hahah! tak sabar rasanye nk perform.

Tarikh RTW jatuh pada 10.12.2011. So, save dalam calendar
korang untuk join event ni.

Perform onstage RTW ini merupakan impian aku sejak
aku mula belajar main guitar dulu2. Alhamdulillah.

apa2 info korang boleh pegi ke official website RTW

rocktheworld.com.my

tapi, skrg ni takde apa2 update pun. maybe
masa end of november kot baru active website tu.


So, keep on rocking guys!

Monday, September 26, 2011

Tiada topik

Assalamualaikum semua.

Entri kali ni agak terdesak sedikit memandang aku
dah lama tak pos entri baru.

Idea tu dah ada, tapi cara untuk aku convertkan dia kepada
bentuk penulisan itu agak susah sedikit. Sebab itu
mengambil masa yang lama untuk entri baru.

(yela, sebenarnya aku memang pemalas!)

So, topik kali ni memang tajuk dia "Tiada topik"
Ada aku kisah ke? Ada korang kisah gak?

hahah! Aku dah jauh melalut ni.
Aku harap korang semua sihat2
dan masih lagi sudi singgah ke blog aku yg
tak seberapa ni. Aku pun manusia macam korang.

blog aku pun takde konsep tetap, so takde benda pun
yang nak difokuskan. Selain dari life aku, pendapat aku
serta music.

So, doa-doa kan lah aku untuk menjadi seorang yang rajin.
Nanti banyak lah entri-entri baru. hihihi!


terima kasih!

Thursday, September 8, 2011

Jeritan Gembira di Hari Raya

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Batin
Di atas salah dan silap aku
kalau blog aku ni ade menyinggung
perasaan korang.

Hari Raya ni, hari yang kita tunggu2
setelah hampir sebulan kita berpuasa
(hampir - sbb puasa 29 hari je).

Tentu semua tak kira tua muda kecik besar
kaya miskin jauh dekat gembira tahap gaban
Syok wooo raya! setahun sekali je.

Tapi dalam ramai-ramai yang gembira ni
ada yang lagi gembira tahap gaban.
Menjerit kuat2
Orang kita "Takbir di Hari Raya"
tp dia plak "Jeritan di Hari Raya"
nak tahu siapa tak?

Meh click link ni.

--->>> Mereka yang terlampau gembira di Hari Raya <<<---


hihihihihi!!


Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin

Friday, August 26, 2011

Bangkit [video]

Hari tu ada orang2 (bunyi mcm ramai) ade minta aku
lirik lagu "Bangkit" single pertama melodisaster dalam bahasa melayu
Tak sangka ada gak orang minat dgn lagu tu.
Sbb bg aku, lagi tu biasa je la (walaupun aku sendiri yg compose)
aku sedar yg aku tak pandai nk compose lagu dalam bahasa melayu
mungkin sbb dah biasa sgt compose lagu bahasa inggeris.

So, alang2 orang dah request.
Aku bubuh je video dia skali.
Video ni masa melodisaster perform kat frinjan
intro dia mmg lari tempo (sbb tak practice) hahah!

Lirik

Tajuk : Bangkit
Band: Melodisaster

"Dalam ketandusannya, kau tiba bersama cahaya
Yang menerangi jiwa mereka yang meronta"

Yang hilang kini kembali
kau bangkit setelah mati
dan muncul satu revolusi
Yang hilang kini kembali

Dalam kekalutannya, masih ada jiwa-jiwanya
Yang mencari makna, Oh adakah itu kita?

Yang hilang kini kembali
kau bangkit setelah mati
dan muncul satu revolusi
Yang hilang kini kembali



enjoy!!!


Tuesday, August 16, 2011

Penjara Langit di Bulan Ramadhan





Assalamualaikum.

Haa... bila baca tajuk entri ni, mesti
korang dah fikir dah entri ni pasal agama kan?
hihih..

Yup, sebagaimana yang kita tahu
pada bulan ramadhan semua jin dan syaitan
akan di penjarakan.

Dalam kitab Tasawwuf ada 3 penjara di mana
semua jin/syaitan yang dihalau/exorcise akan
dimasukkan (mengikut pilihan makhluk tu sendiri)
dan ia dijaga oleh seorang Nabi;
iaitu Penjara Nabi Tap (tanah)
Penjara Nabi Khidir (laut) dan
Penjara Nabi Ilyasa' (langit).

Mari kita lihat satu fenomena pelik atau unik (bg aku la)

cuba bukak

1. bukak google maps


2. Search 47.110579,9.227568 (copy and paste kt search.)



3. Klik arrow warna hijau dalam peta, dan klik 'street view'.



4. Alihkan gambar ke arah langit (gunakan arrow dikanan atas)


dan lihat apa yang ada.. hehe.. selamat mencuba. haha



aku rasakan itu lah Penjara langit. Allahuakbar

Aku tak kata itu adalah sebenar2nya Penjara langit
dan aku tak kata itu tipu.

Just nak kongsi je dengan korang nikmat dan
hikmah di bulan ramadhan. ilmu tu.

Renung2kan.






Terharu


Aku sungguh terharu dan gembira
(lap air mata kegembiraan)

Sebab, tahun ini
ramai gila kawan2 yang wish birthday aku.

kat Facebook, email, SMS, twitter,
ada yang call aku, and wish depan mata.

terharu beb. tahun ni sangat best.
aku tak tahu kenapa.
tapi aku harap tahun depan pun
nak camni gak.

Rasa dihargai. Thanks semua
Mak, Ayah, adik2.
kawan2 semua!

And My sayang. (i love you baby)

Monday, August 15, 2011

Hadiah Hari Jadi


Tahun ni aku sangat happy
sebab, biasa la. Dalam hati ada taman.
Rasa hidup macam dah berseri2 plak
takde rasa kosong. takde la tgk wayang
sesorang. takde la. Sangap duk rumah
hujung minggu. hihi!

Yang paling best, walaupun birthday aku
dalam bulan ramadhan, tapi aku tetap happy.
Nak tahu sebab aku happy?
Sebab birthday aku tahun ni, aku dapat hadiah!

dah lama tak merasa dapat hadiah ni.
terharu gila. rasa nk nangis, tapi sebab macho
so takleh nak nangis.

Time tu, Aku join futsal dengan geng twitter
kat challenger PJ.

Tapi sebelum futsal tu, gf aku beriya2 sgt nk ikut.
aku pun blur. Tak penah2 dia nk ikut aku main futsal.
So, aku tak kisah pun. Malah, aku lagi suka sbb boleh
tunjuk hebat depan aweq. hahahah! (ok sgt sarcastic)

Time aku tengah main futsal, gf aku duk luar.
Ye la! takkan duk dalam plak kan?
Tapi dalam beberapa minit, aku perasan yg dia
takde kat tempat duduk dia.
Aku fikir dia gi toilet kot.

So, lepas habis futsal je. Kitorg memasing
plan nk cari port makan. Aku kesian tgk gf aku
sbb dia duduk je dari tadi. Takut dia bosan.
Tapi dia yang nk sgt ikut, so takleh nk salahkan aku.

So, time nak gi kat kete.
Aku mintak la kunci kete aku kat gf aku.
Sbb dah biasa aku suruh dia pegang kunci.
Then aku bukak la bonet kete.
Tetibe ada kotak besar kat dalam bonet kete aku?

Aku tetibe jadi pelik.
Camne bleh ade kotak besar dalam kete aku ni?
bila masa plak kotak ni ade. tadi takde.

Aku tgk gf aku sesengih je.
OMG, kejutan yang sangat best.
Dah lama tak terkejut camni.

Nak tahu hadiah ape tak?



haa! smart tak?

Thanks sayang.

i love you so much.


=)




15 Ogos 1986


Assalamualaikum.

Mungkin tajuk entri kali ini menggunakan tarikh
yang korang rasa takde event2 penting pun kan.
Tapi sebenarnya,
Tarikh ini sungguh bermakna bagi aku.

kenapa?

Sebab itulah tarikh ulang tahun kelahiran aku.

hehehe.

happy sesangat sebab Allah panjangkan umur aku,
berikan masa untuk aku capai matlamat hidup dan
memperbetulkan apa yang salah.
(aku tahu aku tak sempurna).

Alhamdulillah.


Sunday, August 7, 2011

#twtup di bulan puasa

Assalamualaikum

Sebenarnye, dalam bulan ramadhan al-mubarak ni ada byk
benda aku fikir nak buat. Macam berpuasa (tu wajib la!)
, solat terawih, jalan2 kat Jalan TAR, berbuka dan sahur
dgn famili dan yang paling best ialah join #twtup.

Aku dah listkan (kire wishlist la ni) #twtup yg mungkin
menarik minat aku untuk join

#twtupberbuka
#twutpfutsalramadhan
#twtupdota
#twtupAyamGolek
#twtupJalanTAR


harap2 ade la #twtup mcm ni, hihihihi. kalau takde takpe la.
Sebab aku faham, memasing busy je.
Takpe la, nasib baik ade gathering dgn bebudak skola and universiti.

Selamat berpuasa

Tuesday, August 2, 2011

Bangga sangat ke hisap rokok?

Sebenarnye motif utama entri sebab aku terbace
la tweet2 yang selalu kuar sejak bulan puasa ni.

"sangap rokok la!"
"dah tak leh tahan nk merokok ni"
"cepat la buka, nk buka rokok ni"
"fuh! kalau dpt winston light time2 camni kan best"

dan contoh2 lain yang melibatkan rokok.

Konon heavy smoker ke?
Kalau heavy smoker takde la nk poyo2
nk tweet bgtau yang kau tu smoking.
macam bangga sangat merokok.
Aku pun segan nk mengaku aku ni hisap rokok.
Nak isap rokok depan orang pun aku segan.
Inikan pula nk tweet bagitau orang.

Bulan puasa je tweet sangap rokok.
Apa teruk sangat ke ketagih kau tu.
Kenapa tak tweet sangap nasi la..
sangap ayam goreng ke.

konon!!!

arghtuii...
Yang tak habis sekolah tu, takyah la nk
bangga bgtau kau tu hisap rokok.
Lagi2 yang perempuan, malu la skit.
Sekolah lagi dah hisap rokok. Kang tak pasal2
orang dah fikir negative pasal kau.


p/s: ari tu aku ade tweet "berak tanpa merokok, umpama malam tanpa bulan" hihih!

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Assalamualaikum semua,

harap semua sihat sejahtera. Jangan ada yang sakit or
buat-buat sakit sebab taknak puasa plak! haha!

Di sini, aku ingin mengambil kesempatan,
(walaupun dah lewat 3 hari nk cakap kan?)


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

SELAMAT MENAHAN DIRI DARI SEGALA PERKARA YANG
BOLEH MEMBATALKAN PUASA

SELAMAT MENAHAN DIRI DARI MENGHISAP ROKOK

SELAMAT BERBUKA

SELAMAT BERSAHUR

SELAMAT BERTERAWIKH.


berapa byk selamat dah....hihihihi


Wednesday, July 13, 2011

Demam Foursquare

Aku rasa baru je aku join menatang ni.
Foursquare. Memula aku pakai blackberry berinternet ni.
Foursquare adalah application terawal member2 aku intro kan,
selain Twitter dan whatsapp.

Memula aku pakai blackberry sebenarnye nk guna
blackberry messenger (BBM) and Facebook mobile je.
Rupa-rupanya banyak lagi application menarik yang
ada supaya kita rasa berbaloi subscribe BIS ni. hehehe.

Foursquare (4sq) ni memula aku tau, just check in tempat
kau pergi. Pastu setiap check in dpt point. Kalau check in
byk kali tempat yang sama, kau akan jadi mayor.



Sampai la aku kenal member2 yg kumpul badge.
Haaaa, korang kena tahu, 4sq pun mcm game gak.
Kalau check in tempat2 "special" dpt unlock badge.
Cth kalau check in kat starbuck korg dpt unlock badge starbuck.
Lebih kurang mcm tu la.

Aku dah unlocked 1++ badges dah. Tp ade lg hebat.
Sebab aku masih baru, yang lama tu lagi la banyak badge.
Disebabkan ramai geng2 aku yg layan 4sq, termasuk jugak
member yg baru kenal via 4sq. Akhirnya masing-masing setuju
nak tubuhkan 4sqBadgehunter.

korang boleh join diorg dengan like page diorg kat

http://www.facebook.com/4sqbadgehunters

atau follow mereka di twitter

@4sqbadgehunters

Laman web lain yang patut korang jenguk2.

Foursquare
Foursquare Badge List | Matters of Grey

Sunday, July 10, 2011

Twitter : mereka yang kolot

Tajuk entri kali ni bukan bermaksud nak kata twitter ni kolot.
Tapi, aku nk cakap ada sesetengah para tweeps (twitter people) ni agak
kolot, dan terbawa2 scene twitter hingga ke alam realiti.

Memang la istilah twtup tu apabila 2 atau 3 atau lebih tweeps
bertemu dan hang out bersama-sama. Kalau time lepak tu, tak perlu la
nk 24 jam cerita pasal apa yang berlaku kat timeline tu. Paling sial sekali
time lepak2 tu, takde borak2 langsung tapi masing2 sibuk menghadap
hp masing2 layan timeline. Eh, come on la manusia!!!

Twtup ni bukan slalu pun! time twtup la kite nak kenal antara satu sama lain.
Kalau dah betul2 kenal kat timeline, mesti ade cerita lain slain berkenalan.
Macam perkembangan terbaru, perkerjaan, sukan, study.
Takkan takde idea kot.
Memang la twtup tu kali pertama jumpa tweeps yg lain.
Tapi kenapa still nk relate gak dgn timeline.

Bosan tahu tak!!!
Maybe aku seorang aje yang rasa macam tu. So, pegi mampus la kalau
orang nak kata apa. Sebab tu aku jarang join twtup. Aku just join twtupfutsal
sbb mereka dtg nak main futsal dan lepak cerita tentang sukan.
Bukan pasal timeline.

bagi aku twtup ni, apabila kita betul2 ingin mengenali seseorang tweep tu.
Bila betul2 dah kenal, baru la ajak twtup.

Korang kena tahu, tak semestinya kau kenal cara dia tweet sama dengan
character dia yang sebenar. Jangan menilai seseorang itu pada tweet dia.
Pastu bila dah jumpe seseorang tu, takyah la cite pasal tweet dia, or timeline.
Come on la.. Jangan kolot sgt!!!

Diorg pun tahu la cite pasal timeline, bukan kau seorang sahaja yang tahu.
Diorg pun ada teknologi gak, ada laptop, pc or hp. Diorg pun boleh baca timeline sendiri
tak perlu nk suruh kau cerita and refresh balik. Kolot!

Tapi kalau korang rasa aku yang kolot, minta maaf la kalau berfikiran kolot.
tapi aku selesa fikir camni. takde susahkan sesiapa. hahahah!!


Wednesday, July 6, 2011

RIP Pako Rudin, al-fatihah

Salam,

Di sini aku ingin mengucapkan salam takziah buat keluarga dan rakan-rakan
Afif Nordin a.k.a Pako' Rudin
bassist/frontman Round Robin. Yang telah meninggal dunia pada 6 July 2011.
Semoga roh Allahyarham di cucuri rahmat Allah S.W.T. Al-fatihah.



Pako' (Afif Nordin) bassist/frontman of Round Robin
( 8th June 1987 - 6th July 2011 )

Tuesday, July 5, 2011

Sindrom Peha Besar

Adakah anda sedar, kebanyakan wanita-wanita atau
gadis-gadis di Negara kita mengalami satu syndrome
yang dinamakan peha besar.

Hingga sekarang, masih menjadi tanda tanya
untuk menlabelkan ia sebagai syndrome atau penyakit atau trend?
Tetapi hampir 70% daripada jumlah gadis-gadis di Malaysia
mempunyai Peha yang Besar.

Apakah punca peha menjadi besar?
Ada 3 sebab :
1) kerap bersenam (muscle-build)
2) tidak bersenam langsung pastu makan banyak
3) genetik

Mengikut kajian saintis, kebanyakan wanita atau gadis di Malaysia
mempunyai peha yang besar yang berlemak serta gebu.

Ini disebabkan, tidak bersenam dan makan terlalu banyak
atau tidak menjaga sistem pemakanan yang sempurna adalah faktor
utama gadi-gadis di negara kita mempunyai peha yang besar.

Kajian ke atas makanan yang selalu di ambil oleh 50 orang gadis
berpeha besar yang di pilih secara rambang di sekitar lembah klang.

50% daripada 50 gadis gemar makan : snacks dan coklat
30%
daripada 50 gadis gemar makan: nasi, daging, ayam, ikan
90%
daripada 50 gadis gemar makan: ais krim dan air berkarbonat
40%
daripada 50 gadis gemar makan: kuih-muih dan manisan

(dill et.al 2010)

Kesemua jenis makanan yang di ambil telah di analisis kandungannya,
dan ahli saintis telah menemui satu compound/bahan yang
terkandung dalam semua makanan tersebut. Compound itu dinamakan
Thighdolase atau pehalase iaitu sejenis enzyme yang
memangkin pengumpulan lemak, pehalipid dibahagian peha sahaja.

Pehalipid merupakan lemak tepu yang melekat di sel membran pada bahagian
peha wanita (azahar, 2009). Struktur cengkaman pehalipid pada sel membran
sangat kuat serta mempunyai receptor pada permukaan sel yang menghantar
maklumat kepada otak melalui sel neuron pada sistem saraf.

Sel neuron tersebut merembeskan enzyme perasanase pada otak
dan menyebabkan subjek akan berasa dia masih lagi hot walaupun
peha dia sangat besar dan berlemak.


p/s: hahahah! amacam gempak tak artikel aku ni. hanya rekaan semata-mata.
Sebagai bahan bacaan. Renung2kan


July

Fuhhh! lama bebenor aku tak update blog ni. biasa la..
Banyak kerja. Takde masa. Lagipun banyak lagi benda
yang aku kena catchup. terutamanya cinta ku... hihihi


Monday, June 20, 2011

DOTA

DotA?

Apa itu DotA?


Defense of the Ancients
(commonly known as DotA)
is a custom scenario for the real-time strategy video game Warcraft III: Reign of Chaos.

Mula2 aku tgk adik aku main mcm bodo je game ni.
Pastu aku tengok member2 aku pun main game.
Siap jadi topic hangat kat meja makan.
Aku malas nak amik port pasal DoTA ni.
Sebab biasa lah, game mcm ntah apa2 ntah. haha!

Tapi, last2 aku terjebak dengan member aku untuk
join main game ni. hahahah! macam jilaka je!


Wednesday, June 8, 2011

Alhamdulillah

Salam,

Aku tak tau nk buat entri apa.
Tapi aku sbnrnye bersyukur kepada Allah
sbb permudahkan laluan hidup aku dengan
limpahan kurniaan dan rezeki.

Alhamdulillah...



Friday, June 3, 2011

Couple theories

Salam semua
Bila baca tajuk entri ni je korang rasa
bosan sbb tajuk kat kuliah pepagi tu kan?
hahaah! kau relax je..

Presentation aku tak penah membosankan.
Sbb kali ni aku nk citer tentang theory yg bukan
idea asal aku.

Bile cite pasal couple ni. kita tgk kat sekeliling kita
nak2 kat port2 yg sedap nk berdating. Mesti tgk pasangan
lelaki dah perempuanjalan berdua-duaan,
bermesra gelak ketawa. Bahagia.
Kita plak, yg duduk kat mamak sambil minum teh tarik
terpinga2 melihat telatah mereka yang kita sendiri
cakap menjengkelkan. Padahal jeles kannnn?

Aku dapat theory ni pun selepas beberapa tahun
aku hidup sebagai seorang manusia.
Setelah berkawan dengan mcm2 jenis kawan,
dengan mcm2 jenis perangai. Baru aku tahu
setiap orang mesti ada satu pendapat yang sama.
walaupun pendapat itu berunsurkan negatif atau
berbaur hasad dengki. hahah!

Bile kita tgk awek cun dgn balak hodoh. mesti
korang ckp balak dia kaya byk duit. kan?

Bila kita tgk awek hodoh balak hensem, mesti kau ckp
awek tu byk duit.

Cuba fikir kalau sbnrnye, awek hodoh tu takde duit.
mcmnae bleh dpt balak hensem?

Cuba fikir kalau balak dia hodoh tak berduit, tp dpt aweq cun?
haaa.... mcm2 la jwpn aku dgr.
tp 98% bg jawapan yang sama dan berbaur syirik. haha!

kat bawah ni adalah Simple chart psl Couple theories di Malaysia




hahaha! ok, aku mmg takde keje kan? siap buat chart lagi.
macam harammmm!! hahaah!!

Lek la der, kadang2 lawak2 kasar ni pun boleh
jadi modal nak gelak. Cuba renung2kan.

"Setiap manusia dicipta berpasangan, jangan khuatir kerana
jodoh di tangan tuhan. kita hanya merancang"




Thursday, June 2, 2011

Karma

Tak semua yang kau buat orang akan suka,
walaupun secara logiknya apa yang kau buat tu 100% betul.

Tak semua orang akan setuju dengan kau,
walaupun kau jujur sekalipun.

Tak semua orang akan gelak dengan lawak jenaka kau
walaupun itu lawak paling kelakar dalam dunia ni.

Tak semua akan ikut kau
walaupun kau menuju ke jalan yang benar.

Tak semua akan berterima kasih dengan kau
walaupun jasa kau sebesar bulan

Tak semua akan fikir kau baik
walaupun kejahatan kau sebesar kuman.

Tak semua akan menangis kerana kau
walaupun kisah kau sungguh menyedihkan

Tak semua akan kisahkan kau
walaupun kau risaukan mereka


Wednesday, June 1, 2011

Pelik

Pelik betul masyarakat sekarang. Aku pun tak faham macamana
nak jelaskan maksud pelik ni. Sebab, pelik yang aku cuba
sampaikan disini adalah sangat ganjil dan janggal jika
dibandingkan dengan perkara pelik yang lain.

Korang pun pelik kan bila baca ayat aku ni. haha!
sebab aku pun pelik gak macamana aku boleh taip ayat yang pelik ni.
Pelik sungguh.

Sekarang ni (kira area bulan Mei la). Isu pasal meatballs ikea kat
IPS yang dulu dikenali sebagai Ikano kat area The Curve tu.
Orang kata dalam meatballs tu ade babi. Pastu semua orang nak marah la,
nak saman la, nak mengamuk la. baru nak kelam kabut sebab baru tahu
ada benda haram dalam menu makanan harian diorang.

Padahal Arak diorang taknak plak naik kan isu ni. Arak ni dari zaman
jahilliyah dulu dah diharamkan. kenapa taknak naikkan isu haramkan
penjualan Arak kat negara kita?

Camna nak haramkan, kerajaan pun bagi lesen bukak
kilang arak kat negara sendiri. Bodoh. Fikir nk duit je.
tak nak fikir pasal agama. Orang kita ni pun sama gak bodo.
Bangkang kerajaan sebab kerajaan sibuk dengan isu liwat2, isu bom
warga mongolian, isu Parti ni kutuk Parti tu.

Patutnya kita kenalah peka dengan keadaann yang memberi impak pada
kehidupan kita. Macam kilang2 arak tu. Kita yang takde kena mengena ni pun
dah kira berdosa sebab tak buat apa, seperti merelakan, membenarkan
diorang beroperasi.


Hahah, aku ni pun marah2 pun sama gak macam korang.
Sebenarnya saja je aku post entri ni. Sebab aku tengah bosan la. hahahah!



Jun

Salam semua!

Akhirnya tamat juga bulan Mei, dan Jun disambut dengan
hati yang tenang. Biasalah, bulan Jun kan pertengahan tahun.
InsyaAllah
aku bakal menamatkan
pengajian aku hujung tahun ni. Nak kerja!!!!

Sbnrnye korang tentu bosan dengan entri aku sepanjang
bulan Mei kan? hahahah!
Sbb bulan Mei post aku pasal LEO je.. Lagipun sistem post
pun aku guna auto-post schedule. So, kire mengelat la...
sebnrnye, aku dah siapkan semua entri tu dalam sehari je.

Pasni, dah malas la nk auto-post bagai2 ni,
hahaha!

ok chow!

Crash (LIVE) - Melodisaster




Live at GrungeFest 2011, Kuala Lumpur

Friday, May 20, 2011

Tips : Kenali Jejaka Leo #7

Sebahagian daripada tanggungjawab anda adalah memastikan
bahawa kemesraan (romance) tidak pernah diabaikan dalam hubungan
bersama Jejaka Leo, bahkan selepas kedatangan cahaya mata.

Jangan pernah abaikan atau hilang focus anda kepada Jejaka Leo,
walaupun kerana anak-anak. Kerana perlu diingatkan sifat semulajadi
Jejaka Leo yang kuat cemburu (cemburu buta).

Jejaka Leo akan menjalankan tanggungjawabnya dengan sempuran
sebagai suami kepada, bapa kepada anak-anak anda dan pelindung dalam keluarganya.

Dia mungkin tidak pandai dalam menguruskan hal-hal kewangan
dan di sinilah peranan anda untuk membantu dan membimbing
si dia dalam menguruskan hal ehwal keluarga. Agak berisiko jika
membiarkan dia menguruskan soal wang untuk keluarga sendirian.
Ada sesetengah Jejaka Leo yang bijak mengendalikan ekonomi, tetapi
kebanyakan boros dan suka membazir. Lebih baik anda mengawal
segala aktiviti si dia yang melibatkan kewangan.

Jejaka Leo sangat mahir dalam bidang pertukangan dan pembaikpulihan,
tidak perlu risau jika berlaku masalah pertukangan
seperti paip bocor dirumah, atau ingin mengecat rumah; serahkan sahaja kepadanya.
Memang telah tertanam dalam jiwanya, seorang yang berkebolehan,
berpengetahuan dan berpemikiran luar dari batasan anda.


Monday, May 16, 2011

Tips : Kenali Jejaka Leo #6


Perlu diingatkan anda untuk menghormati si Jejaka Leo
dan percayalah kamu akan dibalas dengan segala-gala hal -
cinta, wang, kasih sayang, perhatian, rawatan, layanan dan
segalanya yang ada inginkan.
Jejaka Leo bukanlah jenis lelaki yang lupa mengucapkan "Aku cinta kamu"
( I love you) sampai hari ulang tahun berikutnya, Kerana anda akan dengar
ayat-ayat romantis itu hampir setiap masa yang pernah lekang di bibir si Jejaka Leo.

Anda akan dihujani dengan perhatian dan pujian darinya setiap masa
dan sampai bila-bila.
Dia akan tetap setiap kepada anda, walaupun ada wanita-wanita lain
yang lebih cantik dan sempurna cuba memikatnya, tetapi anda tidak
perlu risau dengan kesetiaannya.
Yang hanya menimbulkan masalah adalah anda sendiri kerana
meragui kesetiaan si Jejaka Leo.

Walaupun dia agak mesra dengan wanita-wanita lain,
tidak bermaksud dia curang kepada anda.
Janganlah anda mengambil serius hal tersebut dan mengambil keputusan
untuk meninggalkan dia.
Ini akan menyebabkan hati dan perasaan si Jejaka Leo sangat terluka
dan mungkin akan berpura-pura diserang sakit jantung semata-mata
untuk memenangi hati dan cinta anda semula.


Friday, May 13, 2011

Tips : Kenali Jejaka Leo #5

Sebahagian besar Jejaka Leo tidak mahu isteri mereka bekerja selepas berkahwin.
Ini kerana, mereka ingin menjadi kepentingan utama dalam kehidupan pasangan mereka.
Mereka mahu si isteri memberikan fokus 100% kepada si suami.
Ini kerana sifat semulajadi Jejaka Leo yang kuat cemburu,
mereka tidak suka isterinya focus dengan hal lain selain diri mereka
walaupun pada kerja atau tanggungajawab lain.

Jejaka Leo akan sentiasa membuatkan anda selesa, dimanjakan,
dilindungi dengan segala perkara terbaik dalam kehidupan,
dan dia mengharapkan anda akan merasakan perubahan dari biasa
ke indah yang menakjubkan.
Anda akan rasa bahagia dan yakin bahawa
anda mempunyai suami yang paling setia di dunia.

Monday, May 9, 2011

Tips : Kenali Jejaka Leo #4

Jejaka Leo ini merupakan jenis lelaki yang kuat cemburu.
Dan sangat mudah untukmenjadi cemburu.
Walaupun, di mata orang lain hanyalah satu gurauan,
tetapi bagi si Jejaka Leo pula terlebih cemburu sehingga ke mencecah titik
paling tinggi dalam meter kecemburuan.
Jika terlalu sangat dia melayan cemburu itu, boleh menjadi
orang gila bayang, hilang arah, psiko diri sendiri,
dan boleh membuat anda tak selesa.
Akan tetapi, Jejaka Leo ini mudah untuk dipujuk.
walaupun dia seorang yang panas baran, tetapi jika kena caranya memang
mudah untuk menjinakkannya. Jejaka Leo bukan seorang pendendam
atau penyimpan perasaan. Anda jangan pula mengambil kesempatan ke atas
perwatakan Jejaka Leo ini.

Kadang-kadang sifat gila nya akan datang secara tiba-tiba,
kerana
mereka tidak pandai mengawal perwatakan panas baran
dan buas mereka.
Anda cuma perlukan manja dan jinakkan mereka.
Layankan sahaja karenah dia, kerana dia sengaja mahu melihat
kesabaran kamu.
Jika kamu sabar, kamu akan terima berbagai hadiah dari nya.


Masa, jangan anggap masa itu hal yang remeh temeh bila
berurusan dengan Jejaka Leo.
Kerana Jejaka Leo sangat serius dengan perkara yang melibatkan masa.
Jika anda kata anda akan pergi selama 2 jam,
pastikan anda kembali dalam masa
satu jam lima puluh sembilan minit (1 jam 59 minit).


Friday, May 6, 2011

Tips : Kenali Jejaka Leo #3


Jejaka Leo sangat bermurah hati dalam percintaan. Kerana mereka sanggup
berkorban apa saja untuk kekasihnya. Anda mungkin dihadiahkan dgn
bunga-bungaan, hadiah-hadiah dan dibawa ke restoran supaya dapat
memuaskan hati anda supaya tidak kecewa keluar bersamanya.
Ada sesetengah Jejaka Leo gemar menghadiahkan kad ucapan/ surat cinta
penuh dengan ayat-ayat romantik disertakan dengan bau sensual perfume
kegemarannya yang selalu dihidu dileher oleh kekasihnya.
Ada juga yang jenis tidak menunjukkan watak romantiknya secara jelas.
Tetapi anda kena fokus dengan segalausaha yang dilakukan oleh mereka untuk
anda. Setiap yang mereka lakukan adalah penuh makna dan ikhlas,
bukannya sia-sia, dan jangan sia-siakannya. Ada juga romantik dari segi
berkata-kata, ada yang romantik dari segi perbuataannya, cara layannya.
Ada juga romantik secara seni (lukisan atau lagu). Tak kira lah
apa cara sekalipun, mereka tetap cuba untuk meluahkan kepada anda.
Kerana mereka bukan jenis yang suka
menyimpan perasaan. Mereka lebih suka meluahkan. Tidak pernah berahsia.

Dan ketika itu, anda mula merasakan bahawa andalah orang yang
paling bahagia sekali di dunia. Memang itu la yang Jejaka Leo inginkan, rasa
bahagia bersamanya.
Setelah anda berjaya menyelinap masuk ke dalam kerjaya
atau hal- hal peribadinya, anda tidak perlu risau kerana dia telah menjadi
milik anda 100%. Jejaka leo terlalu posesif (extremely possessive)
pada orang yang dicintainya dan anda tidak perlu bimbang kerana
anda telah menjadi miiliknya.
Hanya awak dan dia.


Wednesday, May 4, 2011

Tips : kenali Jejaka Leo #2



Cuba Mendominasikan Jejaka Leo ini secara perlahan-lahan
dan bersabar jangan terlalu gelojoh dan buas. Susun langkah demi langkah
umpama melihat kembangnya bunga secara perlahan-lahan.
Kerana ego si Leo sangat lah tebal dan mengambil masa untuk cair.
Keperibadian si Jejaka Leo ini merangkumi kesatrian, kesopanan, keprihatinan dan kehangatan.
Anda tidak perlu risau tentang persiapan yang terlalu melampau untuk mencuri hati si Jejaka Leo ini.
Hanya sekadar makan malam, dan kesempatan untuk berbual berdua-duaan.
Kerana agar sukar untuk mencuri masa terluang si Jejaka Leo.

Romance adalah sesuatu perkara yang Jejaka Leo tidak dapat menahan kerana,
mereka jenis yang mudah terangsang dan hebat merangsangkan pasangannya.
Tapi janganlah menggunakan godaan tersebut, kerana Jejaka Leo hanya mencari cinta sebenar
bukan tempat melepaskan nafsu.
Memang tidak disangkalkan lagi mereka dianugerahkan dengan kehebatan asmara mereka.
Tidak perlu risau, kerana dia yang akan mengawal sepenuh pasangannya,
Jejaka Leo hanya memerlukan constant Love dan perhatian sepenuhnya oleh si kekasih.

Tuesday, May 3, 2011

Tips : Kenali Jejaka Leo #1


Apa yang pastinya ketika berhadapan dengan Jejaka Leo, adalah anda tidak pernah melihat dia bersendirian. Kerana Jejaka Leo ini selalu berada di dalam satu kumpulan (kawan-kawan) dan dalam kumpulan itu, dia lah yang paling menjadi perhatian ramai. Pesona dan watak manisnya bukanlah sesuatu yang patut dibazirkan kerana walau dimana atau bila-bila mesti ada orang yang mengaguminya. Kunci hati si Singa (Lion's heart : LEO) - perhatian, penghargaan dan sanjungan. Jika anda ingin mendekati Jejaka Leo, cuba menjadi pendengarnya. Jika anda telah jatuh hati ke dalam kemanisan Leo yang tenang lembut, janganlah mudah terpedaya. Kerana disebalik ketenangan Leo, tersembunyinya Api dari Jejaka kelahiran-Ogos.

Aummm!!

Monday, May 2, 2011

Leo Man

Sempena bulan Mei ni. Aku nk buat entri pasal Leo Man je..
Ye, aku tahu. Zodiac Leo lambat lg.
Tp, peduli hape aku!! ini blog aku. Dan aku adalah Leo Man.
hahah!!
Lagi pun, aku tak sempat lah nak perah idea untuk buat entri baru.
So, korang layankan jela..




Lagi pun, Entri Pasal Leo Man nanti, seronok tau!
Boleh kenal character Jejaka Leo ni. Takde la nk suruh korang percaya
100% pasal ramalan ni. Bak kata orang, kalau yang baik kita boleh buat.
Kalau yang jahat tu, elak-elakkan la...
Hanya sekadar memanaskan sel otak, bagi diorg aktif skit.
Asyik duk mengadap timeline.. tak kembang otak langsung!

ok, selamat membaca semua!!




p/s: Entri pasal LEO MAN nanti mmg khas untuk para wanita yang ada simpan perasaan kat Jejaka LEO ni.
Good Luck!


Friday, April 29, 2011

Impian Aku

Mase mula-mula aku pegang guitar, aku dah mula pasang impian aku
untung ahli musik. Aku tak ingin pun jadi artis popular yang mcm dalam tv tu.
aku just nk dikenali dalam scene underground je.

ROTTW merupakan majalah tentang musik di negara kita.
Aku rasa majalah ni la yang paling banyak expose band-band underground.
Aku selalu beli majalah ni, sbb aku tahu tentang scene underground.
Sehingga la aku pasang impian untung jadi cover magazine untuk majalah ni,

Korang tanye la kat semua budak2 underground kita ni, siapa yang tak kenal
majalah ROTTW tu?
kalau tak kenal kira diorg mmg belum cukup underground lagi.
Mmg byk negative positive komen orang pasal majalah ni.
Tapi apa adahal....
untuk jadi cover page majalah ni adalah salah satu impian aku
selepas aku cipta lagu yang pertama.

Alhamdulillah.
Dah bertahun-tahun aku bermain musik, dalam scene underground ni
akhirnya cita-cita aku tercapai.
Bukan bermaksud cerita ttg Dill Melodisaster akan berakhir di sini.

Aku harap aku dpt membantu scene music yg diorg ckp "grunge" ni
dikenali balik. aku bukan nk top sorang-sorang. sbb aku tahu
tak ke mana pun kalau gerak sorang-sorang.

Monday, April 25, 2011

Manusia abnormal 2

Aku mmg pantang betul orang yang
berkira gila bab-bab makan ni.
Kalau pasal makan punya la kemut nk kuar duit.
Bukan aku mintak kau blanja pun.
Ni makan sendiri pun tak cukup duit.

Padahal benda lain mampu plak kau beli.
Iphone la. Ipad la, Ipod la..
Blackberry la, Playbook la.
Beli graphic card la, make up kereta la..
Perghh! Mmg masyuk..

Kalau bab berjalan, perghh!1
kalah gaji perdana menteri.
mmg la best, duit kau pun.

Tapi,
Bila time makan, takde sen.
Kalau sekali dua tu, kesian la gak.
Tp kalau dh bnyak kali. dah naik lemak la ni.
Siap rokok pun tu dah mcm adik bradik dah
nak kongsi2. adik aku pun beli rokok sendiri la.

Kalau mcmni la perangai kau.
baik kau practice makan pasir ke
rumput ke, kulit kayu ke.
So, pasni takyah la risau nk kuar duit
untuk makan.

Tuesday, April 19, 2011

Polisi UiTM : Internet

Aku benci betul la dgn Polisi UiTM psl internet.
Facebook pun nk block. geram betul.
Takkan semua kau nk block kot? bukannye salah pun berfacebook.
Senang aku nk tau ada kelas ke takde, takyah nk telefon.
Jimat duit.

Just block website2 porn dah la. takkan social network pun nk block gak.
kejam betul....

nak masuk blogspot pun kena dpt web certification. kecoh betul la!!!

Risau nye

Hari jadi dia dah dekat.
Tp aku tak sempat nk beli apa2
atau plan apa2 utk dia.
Sbb busy sgt la. takde mase.
Aku igt nk buat surprise.
Tp ntah la. Aku tak reti sgt plan2 nk
celebrate bday org.
Sbb aku sendiri pun
tak penah celebrate bday sendiri.
hahaha!

Takpe la, nnti aku beli je apa2 nnti.
Just spontaneous je la...
Aku harap dia happy
dgn keikhlasan aku ni.

=)

Monday, April 11, 2011

Terima Kasih

Terima kasih kerana mengenali-ku
Terima kasih kerana menerima-ku
Terima kasih kerana senyuman-mu
Terima kasih kerana gelak tawa-mu
Terima kasih kerana cemburu-mu
Terima kasih kerana marah-mu
Terima kasih kerana rajuk-mu
Terima kasih kerana gembira-mu
Terima kasih kerana sedih-mu
Terima kasih kerana baik-mu
Terima kasih kerana jahat-mu
Terima kasih kerana kasih-mu
Terima kasih kerana sayang-mu
Terima kasih kerana rindu-mu
Terima kasih kerana cinta-mu
Terima kasih kerana benci-mu
Terima kasih kerana manja-mu
Terima kasih kerana gedik-mu
Terima kasih kerana gatal-mu
Terima kasih kerana ciuman-mu
Terima kasih kerana pelukan-mu
Terima kasih kerana belaian-mu
Terima kasih kerana suapan-mu
Terima kasih kerana comel-mu
Terima kasih kerana cantik-mu
Terima kasih kerana malu-mu
Terima kasih kerana masa-mu
Terima kasih kerana fokus-mu
Terima kasih kerana salam-mu
Terima kasih kerana lapar-mu
Terima kasih kerana kenyang-mu
Terima kasih kerana sakit-mu
Terima kasih kerana sihat-mu
Terima kasih kerana payah-mu
Terima kasih kerana susah-mu
Terima kasih kerana senang-mu
Terima kasih kerana lawak-mu
Terima kasih kerana gambar-mu
Terima kasih kerana suara-mu
Terima kasih kerana nasihat-mu
Terima kasih kerana teguran-mu
Terima kasih kerana prihatin-mu
Terima kasih kerana "pokk kang" mu
Terima kasih kerana eeeeeee mu
Terima kasih kerana grrrrrrr mu
Terima kasih kerana wooooo mu
Terima kasih kerana huh huh huh? mu
Terima kasih kerana huh! mu
Terima kasih kerana PING!!! mu

Terima kasih untuk Segala-galanya.
=)