Entri di blog ini adalah 50% benar dan 50% tidak benar dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.

_______________________________________________




Wednesday, January 26, 2011

kau GRUNGE ke?

hahah! aku rasa klaka plak bila ade org cuba bangkitkan isu grunge ni.
Masing2 nak tunjuk knowledge masing2. Konon pandai la tu.
Memang la bagus kalau nk bincang pasal grunge ni.
Tp jangan la bincang pasal asal usul, pasal seluar koyak.
Pasal kurt cobain, pasal nirvana.

Grunge is only a word if you guys just do nothing. sit and talk bullshit.
Nak jadi grunge tu something, main la gitar, main drum, main bass.
nyanyi. buat lagu.

"Bang, camne nk buat lagu grunge bang?"
banyak kali aku ditanye soalan2 mcm tu. Kalau kau tanye chris cornell pun
dia bukan tak tau. tp susah nak bg jawapan. Music ni abstract.

Paling style ade mamat ckp, nak main lagu grunge senang je.
"kau setting sound distortion kasar gile, ade bunyi feedback (humming).
pastu pakai baju kotak2 sluar koyak2 and kasut converse. ha, kan dah jadi band grunge. Pastu nyanyi buat suara2 serak2"

haha! jwpn mamat tu mmg konfiden. walaupun, cara dia tu mmg takde kena mengena dgn music yg dicipta.
Tp berjaya gak dia "menyampaikan" pada org2, peminat2, pendengar yg tgk diorg perform. Diorg baru naik stage je.
Budak2 semua tgk sluar koyak2, baju kotak2, kasut converse, terus diorg ckp "ish, band grungey ni, grungey!"


Aku bukan nk ckp budak2 kita ni kolot, diorg tak tau sbnrnye, sbb diorg masih muda. Yg silapnye generasi sblum2 ni..
Generasi kita, kita pun tak tau apa2 pun psl grunge. Pastu nk tunjuk pandai. Ckp kat budak2, nak jadi grunge kena khatam semua nirvana. Baru kau jadi grunge. Kalau nak lepak dgn otai2 grunge, kena pakai baju nirvana, baru la grunge.

haha! abes tu, kalau aku pakai baju Eminem mase perform. kau nk ckp band aku band ape??? haha!

Pastu, kalau nak berkawan tu, kawan dgn budak2 yg dressup "grunge" je. ape brg jadi budak hiphop. ape brg punkrocker nk rambut nak spike2. apa brg skinhead kepala botak.
"KEPALA HOTAK KORANG LA!!!"





ha, kau kenal mamat kat pic ni tak? dia ni chris cornell. dia ni vocalist/guitarist Soundgarden. kau kenal tak Soundgarden dulu? Soundgarden ni antara band2 seattle yg terawal dlu. Soundgarden ni salah satu band dlm 1st compilation "DEEP SIX" kat seattle dulu. (nanti aku cite pasal deepsix ok).

skrg ni aku nk cite psl pic tu, sblh cornell tu si Timbaland. dia tu otai Hip Hop RnB. So skrg ni, Cornell ni berkawan dgn dia, budak2 "grunge" nak bengang dgn cornell tak?

hahah! skrg ni kau tak rasa kau tu kolot ke?


bersambung (kalau aku rajin la. haha!)


Tuesday, January 25, 2011

Minggu busy

Aku rasa dah bnyk kali aku mention "minggu busy" sebelum ni kan? haha!
Tp aku rasa minggu ni pun boleh dikategorikan "Minggu busy" gak kot.
28,29 dam 30 januari 2011 adalah 3 hari yg aku rase mcm boleh bg aku penat je..

28 jan 2011
: Recording guitar and vocal track for "CRASH" kat Juxta art Studio, Selayang

29 Jan 2011
: Perform with MELODISASTER kat Patio@21, Usj 21

30 Jan 2011
: Perform with MELODISASTER kat Shangria Club, Jalan P.Ramlee KL

pergh....

mampus!

Tuesday, January 18, 2011

Perangai Manusia

Aku rase aku mcm penah cite psl PERANGAI MANUSIA ??
Takde eh? *check entry history* ah! biar la!
Aku nak cerita gak!

Perangai manusia ni mcm2, kalau ada sejenis je tak best plak kehidupan ni.
Ada yang baik, ada yang baik sgt, ada yang jahat, ada yang jahat sangat.

Yang kita mesti tak berkenan dengan satu pesen perangai manusia ni.
Kita niat nak berkawan je. Biasa lah, kalau berkawan ni kena ikhlas.
Layan sama rata. Pastu layan pun kena tgk kawan tu gak.
Bak kata orang
"masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum"

So, Sbb dia jenis pesen yang sopan2, lemah lembut : kita mestilah layan la dia jenis sopan and lemah lembut.
Pastu dia bleh ckp, kita mcm syok kat dia plak. Adoi! Perasan sungguh manusia ni.

kita mmg confirm2 la terus tak selesa la nak berkawan mcm ni. kawan still kawan.
Tp aku kurang berkomunikasi la. Bukan kata sombong. But diam itu mungkin jadi cara penyelesian.

Ada lagi satu pesen manusia ni. Tangkap cintan kat seseorang. Pastu nak bgtau kat semua orang sekeliling
(kawan2 pada orang yang dia suka la). Bila orang dia suka tu tak terima dia (bukan taknak kawan)
Terus dia bengang, pastu nk kutuk2, nak bahan2 and control org yg tak bls cinta dia supaya orang lain takleh ngorat #.
Stalkshit abes! psycho pun ade.

#SoMalaysian

Sunday, January 16, 2011

Romantic tips for lovers

To get a happy life for lovely couple is very simple. I would like to share with you some tips. Just make your partner happy. =)

It’s not difficult to make a woman happy. A man only needs to be:

1. a friend
2. a companion
3. a lover
4. a brother
5. a father
6. a master
7. a chef
8. an electrician
9. a carpenter
10. a plumber
11. a mechanic
12. a decorator
13. a stylist
14. a sexologist
15. a gynecologist
16. a psychologist
17. a pest exterminator
18. a psychiatrist
19. a healer
20. a good listener
21. an organizer
22. a good father
23. very clean
24. sympathetic
25. athletic
26. warm
27. attentive
28. gallant
29. intelligent
30. funny
31. creative
32. tender
33. strong
34. understanding
35. tolerant
36. prudent
37. ambitious
38. capable
39. courageous
40. determined
41. true
42. dependable
43. passionate
44. compassionate

WITHOUT FORGETTING TO:

45. give her compliments regularly
46. love shopping
47. be honest
48. be very rich
49. not stress her out
50. not look at other girls

AND AT THE SAME TIME, YOU MUST ALSO:

51. give her lots of attention, but expect little yourself
52. give her lots of time, especially time for herself
53. give her lots of space, never worrying about where she goes

IT IS VERY IMPORTANT:

54. Never to forget:

* birthdays
* anniversaries
* arrangements she makes

HOW TO MAKE A MAN HAPPY

1. Show up naked
2. Bring food

Friday, January 14, 2011

my new blogspot URL

I've changed my blogspot url

dillxxx.blogspot.com

to

dillazahar.blogspot.com

spread the words.

thanks!

Tak semua yang hitam itu jahat.

Putih,
tak semestinya putih itu suci.
tak semestinya putih itu murni.
tak semestinya putih itu baik.

Hitam
tak semestinya hitam itu kotor
tak semestinya hitam itu hina
tak semestinya hitam itu jahat.

(dill azahar et.al 2001)

kita selalu kaitkan warna hitam (black) dengan perkara-perkara negatif.
contohnye, mcm
Black market, blackmail, black world, black money. blackday.
Aku byk bagi contoh dalam bahasa inggeris sbb universal word.
Senang orang nak paham.
Biasa la, orang2 sekarang kan dah upgrade. bile ckp duit hitam diorg tak faham.
So, ckplah black money. kan? kan?

Kita dah terlalu meletakkan status hitam itu lebih kepada negatif, kejahatan.
Padahal zaman skrg semua orang jahat semua putih2,
muka suci lagi. hati diorg siapa yg tahu kan?

Masih ada lagi "baiknya" hitam itu. Kenapa? tak percaya?
Hitam itu keunggulan (iklan)
Hitam itu Rain (iklan shampoo)
I like black, because my father's car is black (iklan kaler pensel)
Hitam manis (bm)
hitam-hitam gula jawa
Black mentor
kotak hitam
hitamkan rambut ku
Blackberry
byk lagi... kan?

so kesimpulannya
Tak semua yang hitam itu jahat.

okbai,



Monday, January 10, 2011

Single but not available


Term "Single but not available" ni mmg dah selalu sgt kita dgr. Tp, kadang2 kita tak tau yg si single ni not available sbb ape?
Sbb dh ade calon tp tnggu time nk declare couple ke. Atau sbb dia mmg nak jadi single sampai bila2, hanya waktu yg menentukan.
Ke, dia guna term tu dekat kita, sbb dia mmg tak suka kita. Dia igtkan kita nk "try" ayat dia kot. So, untuk taknak melukakan hati dan perasaan si pengorat, dia ckp la "Sorry, i'm single but not available". Kan?

So, status aku skrg mmg la Single but not available. Bukan aku dah ade calon, atau aku tak suka seseorg tu. Tp aku skrg mmg belum bersedia
nak mencari pasangan.. Boleh la nk ckp masih mencari. Tp kalau jumpa pun, aku just nak berkawan je. =)

Bukan serik nak bercinta atau fobia. Atau tak tahu istilah nak berpasangan ni. Haha.! tapi aku rasa, aku masih tak dpt nk bg komitmen dan fokus sepenuhnya pada si dia. Sbb life aku pun terambing - ambing lagi, lagi mau jaga life org lain plak kan? =) So, lagi senang kalau berkawan dulu. Itupun kalau dia sanggup tggu la. Aku pun bukan jenis tergesa2, aku kan cool. haha!!

Tp, kalau dia dah dijodohkan dgn orang lain takpe la. Aku redha je. Maybe bukan jodoh aku dgn dia. Dan semoga dia bahagia. Amin


p/s: aku harap ade la kengkawan yg mengalami situasi mcm aku ni. Sbb aku tak suka keseorangan. =)


Wednesday, January 5, 2011

Korang Perasan tak?

Korang Perasan tak? Perempuan lagi ramai dari lelaki.
Korang Perasan tak? Dah banyak kes buang bayi
Korang Perasan tak? Ahli politik bergaduh mcm kanak2 kat Parlimen
Korang Perasan tak? Dan byk konsert2 dari band luar negara
Korang Perasan tak? Hiburan berleluasa tanpa batasan
Korang Perasan tak? Semua jenis perayaan kita nk sambut sama
Korang Perasan tak? Social network semakin menjadi2
Korang Perasan tak? tak semua radio pasang azan time masuk waktu
Korang Perasan tak? lagu jenis techno, rnb hiphop dah jadi zikir2 kita
Korang Perasan tak? bajet blanja kita semakin tinggi
Korang Perasan tak? Shopping kompleks, mall besar tp takde surau
Korang Perasan tak? ade surau pun, tp toilet mall tu lagi luas dari surau tu.
Korang Perasan tak? melayu meniaga tak maju2, cina meniaga kaya raya
Korang Perasan tak? melayu meniaga dengki2 santau2
Korang Perasan tak? sembahyang jumaat mcm suatu perkara leceh bg lelaki
Korang Perasan tak? ada lg yg dtg sembahyang jumaat time terlepas rukuk rakaat pertama
Korang Perasan tak? perempuan semakin seksi, pakai tudung pun nampak imej seksi gak
Korang Perasan tak? tokey kilang buat sejadah bukan orang islam
Korang Perasan tak? tokey kilang cetak kitab2 suci bukan orang islam
Korang Perasan tak? kilang2 proses makanan yg kebykkn org islam makan, owner dia bukan islam?
Korang Perasan tak? restoran yg glamer2 guna nama& masakan melayu, tp owner dia bukan islam?
Korang Perasan tak? anak2 muda semakin giat berparti berjoli
Korang Perasan tak? borang mohon murtad lagi byk dari borang nak masuk islam.
Korang Perasan tak? semua orang sibuk melancong sane sini, tp umrah haji tak penah nk fikir.
Korang Perasan tak? bile sorang buat, semua orang nk ikut
Korang Perasan tak? kita sekarang mudah terpengaruh
Korang Perasan tak? kita terpengaruh bukan sbb rela, tp takut kena bahan ketinggalan zaman.
Korang Perasan tak? ramai yg lupa bacaan tahiyat akhir, doa iftitah, apatah lagi doa qunut.
Korang Perasan tak? ramai yg mempersendakan lawak doa qunut.
Korang Perasan tak? muda mudi masuk universiti bukan sbb nak blajar.
Korang Perasan tak? melayu semakin lupa diri yg dia tu berbangsa melayu
Korang Perasan tak? melayu rasa mereka dah moden sgt.
Korang Perasan tak? mudah terima lawak jenaka dari terima nasihat serius
Korang Perasan tak? "kau kaya, kita kawan" "kau miskin, syuh! takde kelas ok?"
Korang Perasan tak? kita taknak nasihatkan kawan2 yg semakin sesat. itu kawan ke?

Korang Perasan tak? Korang Perasan tak? Korang Perasan tak?Korang Perasan tak?
banyak lagi yg kita tak perasan. byk.... byk...

wallahualam

bukan nk ckp aku baik, atau aku ni bakal ahli syurga.
tp kita same2 tahu ape dosa apa pahala.
aku sendiri dah takut, kalau bile difikirkan.
enjoy2 gak. tapi.....
paham2 sendiri la..

selamat beramal.



Tuesday, January 4, 2011

unmensen

Skrg ni ramai yg telah mengisi borang TAHITWITTER. Ramai yg jadi tahi.
Pisang betul rakyat malaysia ni. Tapi seronok plak, sbb bleh kenal kawan2 baru. =)

Paling style ialah, diorg tweet unmensen (unmention)
mmg 24jam mata kau dok mengadap timeline je.
Makan minum semua lupa. Tp, jangan sampai lupa nak sembahyang plak.
Elok2 dari unmensen nanti jadi frimesen.



okbai.

Sunday, January 2, 2011

CINTA

Hello!

Bila korg bace tajuk entri ni je dah rasa mcm nak muntahkan? haha!
MCM HAR!!! Ah! biarlah aku nk wat tajuk ape pun. Suka hati aku la!

Bila sebut perkataan CINTA ni. bukannye pasal dating ke, aweq ke.
Tp fikirkan pasal famili.

umur dah makin meningkat. kawan ramai yg dah kawin.
Ada yg dah ada anak 4 orang. anak 3, anak 2, anak sorg.
Seronok plak aku tgk diorg.

Mase gi majlis bersanding member aku tu, terfikir sejenak aku psl semua ni.
Nak2 plak member yg kawin tu dulu penah janji dgn aku, nak kawin sekali jalan.
Tp dia yg jalan dlu, dia cepat ke atau aku yang lambat.? haha!!

Tapi kalau nak kawin bukan senang mcm ckp, "Eh, esok aku nk kawin"
Dah tentu la kena ada pasangan. kan kan?
Nak cari pasangan ni la yg part paling susah.
Mmg aku jenis memilih, mesti la pilih yg berkualiti tggi, segar dari ladang,
takde kulat, takde semut.

Bukan cerewet, tp biasa la. nak "pakai" lama kan?
kalau boleh nak sampai mati.





okbai.

Saturday, January 1, 2011

2011

Assalammulaikum

Aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru, 2011
kepada saudara-saudara dan rakan-rakan semua.

Semoga Allah mengampunkan dosa2 kita pada 2010
Dan memberkati 2011 kita. Insya'Allah