Entri di blog ini adalah 50% benar dan 50% tidak benar dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.

_______________________________________________




Sunday, February 27, 2011

penat

Petang sabtu tu, aku gi #twtupSataykajang dgn bui. Pastu malam tu aku gi main futsal, sampai kul 2 pagi. Abes main futsal aku lepak dgn member2 aku kat mamak sampai kul 4 pagi. Balik tu aku terus pengsan (penat kot!).
kul 9 pagi adik aku dah kejut aku, aku jadi marah sbb aku letih dan tak puas nk tido. Aku tanye knp kejut aku pagi2? Pastu dia ckp, ayah suruh kemas rumah. Buang semua katil and almari ni, nk tuka baru. Cat dinding rumah skali.

OK, aku ada janji dgn ayah aku nk kemas rumah. Tp dah lama sgt tertangguh. Nak taknak aku buat juga dalam keadaan lemau tu.
So, aktiviti riadah aku melepak kat bukit bintang cancel plak, sbb aku kena kemas rumah. daripada pagi, rehat jap makan tghhari. Pastu sambung balik, sampai kul 9 mlm baru abes. Dah mcm esok nak raya plak aku mengemas dgn famili aku tu.
Sumpah, satu badan aku sakit, sengal2. rasa mcm nak tercabut segala sendi2 kat dalam badan aku ni. fuh!!

Aku igt mlm tu nk balik puncak alam balik, sbb senang skit esok pagi bangun lambat pun, takde la kelam kabut nak masuk lab.
Tp tak sempat nk balik, aku dah pengsan kat bilik, siap berdengkur lagi (mak aku yg kata la). Tp aku tersedar kul 1 pagi. sbb ada final carling cup Arsenal vs Birmingham city. Mmg malang nasib aku tgk, sbb tgk Arsenal kalah. cam gampang. sia2 aku bangun tido! jilaka!
Esok tu aku mak aku dah kejut subuh2 dah. Tp mmg aku dah tak larat nk bangun. aku bangun kul 8 pagi. siap2 gi puncak alam dgn badan yang sengal2. aku drive pun slow je sbb kurang focus. hurm.....

p/s: cam bosan je entri aku ari ni? hurm...penat la!

Thursday, February 24, 2011

Fuhh, lega!!

Pagi jumaat tu, Teng (housemate/labmate) aku awal gile kejut aku. Dah la aku tgh mimpi interview kerja kat pejabat pos. Terkejut aku dari
mimpi sbb dgr Teng jerit "Hoi!" kat aku. Aku terus bangun dan pandang muka beliau yang masih basah baru lepas mandi tak lap, "Oh!" baru aku teringat yang pagi ni ada meeting dengan student2 lain and supervisor kitorang. Lab kitorang setiap 2 bulan sekali, akan adakan meeting untuk tahu update progess/aktiviti student dalam lab. Nak tau gak ada new finding ke. Bagus gak meeting ni tu, sbb baru aku tau yang ada 2-3 orang student nak kawin. haha!

Tp macam biasa la kan, setiap aktiviti yang melibatkan orang ramai, mesti ada 1 event utama. kalau kau pegi kenduri kawin, bukan pasal nk tgk pengantin bersanding, tp kita nk tgk awek yang karaoke tu kan? ha! Sama lah macam meeting kitorg ni, mesti ada 2-3 orang student kena buat slide presentation and present depan diorg semua.

Mmg bgus cara meeting ni, secara tak langsung mengajar kita cara membentangkan hujahan tentang apa yang kita kaji. So, kalau keluar dari uitm td la jadi macam kayu. Jual basikal tp citer pasal cendol. So.takkena.com ok! Nak dijadikan cerita, meeting tu aku kena present.
Paling best, aku baru tahu 3 hari sbelum tu, and malam td baru siapkan powerpoint. Sbb tu malam td tak dpt nk #bts. rugi beb! aku terlepas hari yang paling penting utk #bts , khamis malam jumaat! tidak!!

Takpe la, takde rezeki la kot. maybe ade budak lain dah #bts kot. Eh, lari topik plak. Balik ke pangkal cerita.
So, bila dah siapkan powerpoint last minute, korang faham2 la kan hasilnya camne? walaupun kita tahu, buat kerja last minute mmg sangat mengundang bahaya, tapi kita masih lagi amalkan budaya SoMalaysian kita ni. Tak kisah la sejak dari zaman skolah ke, university la kat tempat kerja la. mesti ada lagi sifat "buat kerja last minute" tu.

Tp, macam gamble gak la. Sama ada hasilnya teruk gila atau pun terbaik gila. Nasib baik aku dpt present dgn konfiden. Nak2 plak hari jumaat. aku pakai baju melayu dengan kopiah. mmg muka aku paling suci time tu. aku bukan nak kate aku hebat, tp Alhamdulillah.
Prof ckp, "well dill, mcm biasa. very good presentation. I hope you can apply for conversion"

Oh, Prof mmg berharap sangat aku aku convert master aku ke phD level. Pastu dia nak hantar aku kat Pakistan untuk buat chemistry study kata sana. Walaupun aku paling benci chemistry... arrgghhhh!!!!

Wednesday, February 23, 2011

Sakit hati

Ah, korg ckp mcm telur besar. Kat blkg boleh la nk blagak telur besar. Bila depan2, telur terus kecut siap bleh tersentil kat belakang kelenjar prostat takpun kelenjar pituitari. Bukannye susah pun nk buat presentation, sama aja macam korg karaoke depan awek2 yang baru kenal kat facebook. Mula2 memang nebes, tp bila dah masuk chorus baru datang dia punye feel tu. Sama la macam presentation, cuma mase present tak perlu risau tone dgn key suara kau yg mmg tak sedap tu. Just explain apa yang terpampang kan slide show kau tu. Make sure la kau faham dengan slide show presentation kau tu. Jangan main kopipes je, kang ditanya soalan biologi tingkatan 4 mahu terkentut basah kau. Buat apa nak takut dengan Prof, diakan supervisor korg juga, dia yang bagi duit makan minum, support chemical kit utk experiment kau. Patutnye kau kena la sayang dia, berterima kasih pada dia. Ini tak, takut sangat nk tgk muka dia, macam perut dia berketak2 plak, tangan dia takdela berdentam mane. Dia tu perempuan, takde la garang. Pesen mulut laser je. Tp aku rasa apa dia ckp tu hanya untuk memotivasikan diri kita yang dah lama tak bermotivasi. Aku cakap banyak2 ni pun rasa macam tidak berguna je utk korg. So, straight to the point la eh. Sbnrnya, aku tak siapkan lagi slide show presentation aku. Boleh tak korang gantikan tempat aku untuk meeting nanti. Tolong la.. tolang la. Prof garang la wey... huhuhuh!

Tuesday, February 22, 2011

#BTS apakah, bilakah, bagaimanakah

Apakah?
hashtags/shortform utk Bed Time Story

tp ada yg ckp Bad Time Story

haha! tak tau la bad tu tang mane.
Tang seram ke tang lucah ke.

Bilakah?

paling sesuai pada waktu malam, (time dimana kbykn twitter dah tido)
s0, yang belum tido ni mcm takde benda nak buat slain
mengadap timeline sambil baring2. time tu la masa yang sesuai.

#bts seram : kul 12 mlm - 3 pagi (peak scary hour tu)
#bts lawak: kul 11 mlm

#bts aku bukannye hari2
sbb takut orang naik muak dgn cerita aku
nasib baik ada orang yg turut join mnyumbangkan
serba sedikit cerita/pengalaman utk #bts setiap malam



Bagaimanakah?

Tp, korg kena tahu, cara2 nak menghasilkan #bts yang berkualiti
dan menggangu emosi para pembaca.
kalau korang dh dpt tackle saraf ketakutan mereka pada awal2 cerita.
korg dah berjaya menaikkan bulu roma pembaca. tips dia senang je.
mmg semua orang ada pengalaman seram, klaka and ngeri.
tp tak semua tau cara nak menyampaikan pengalaman tersebut dalam
bentuk penulisan. Ada org kena pengalaman paling seram gile, bleh hilang nyawa.
tp bile dia ceritakan balik, kita dgr mcm cerita kelakar. sbb dia tak pandai nk hook para
pembaca. ada sedikit tips

1. cara kita buat ayat tu biar mcm kita tgh borak dgn member2
(interaksi dgn pembaca)
2. kalau cite seram, korg duk dlm bilik sorang2, gelap2. baru feel dia dtg.
( jgn hantu dtg sudah)
3. Jgn tweet directly, walaupun korg dah siapkan draft awal2.
jgn la copy paste pastu tweet. pelan2. bg pembaca tertunggu2.
4. selalu masukkan elemen suspen, tak kisah la cite klaka ke seram ke.
cthnye mcm "tiba-tiba" suspen kan?
5. jaga tatatertib ayat/perkataan. jgn nk lucah2 sgt. kalau boleh gantikan
dgn perkataan double meaning yg lain (jokes point)
6. yg penting, jgn copy paste dari cerita orang lain.





p/s: mintak2 ada la org yg rajin. compile kan semua #bts
pastu buat blog ke, buat buku ke. Sbb cerita2 ni kadang2
tak cliche dgn cerita2 hantu kat movie2.

semua style2. skit hari boleh buat drama utk tv3. haha!

Monday, February 21, 2011

Dilemma

Antara lagu melayu dgn lagu english. mane yang korg lebih minat?
Sbb band aku mmg hanya buat lagu english je. Sbb lagu kitorg sesuai dgn lirik2 english.
Tapi bile dimelayukan, mcm kelakar plak.

bukan maksud aku nk ckp bahasa melayu ni kelakar.
Tp aku mmg tak reti sgt nk buat lagu melayu yg beridentitikan melodisaster.
(pahamkan maksud aku?)

Sbb bukan senang nak tulis lirik bahasa melayu yang kaya dengan tatabahasa.
Kalau buat lirik bahasa pasar, orang akan pertikaikan.

Sbb tu aku respect dgn artis/komposer yg buat lagu2 melayu ni
(yang best je tau, yang tak best mmg aku tak suka).

Skrg aku tgh cube utk tulis 2-3 lagu bahasa melayu, maybe record and bg kawan2 dgr.
tgk feedback camne. kalau ok, bgus la.. kalau tak ok, aku just berkarya dlm bahasa english je.


p/s: aku tak idea la, nk tulis lirik..huhuhuhu

Sunday, February 20, 2011

Ciptaan Terhebat Si Iblis

Assalamualaikum,

(dah mcm program pendidikan islam plak, ok ini bukan lawak tipikal)
Baca tajuk entri ni je bunyi dah mcm gempak je kan? Tp sbnrnye mmg gempak beb!
Sbb aku terbaca satu sajak, tajuk dia tak silap aku "Lalai"

Mereka telah berjanji, telah bersumpah
akan menarik jiwa manusia......
.....................(aku dah lupa haha)


Akan tiba satu bencana
kotak ilmu dimana-mana
....................................................
..............................

bual sampah sepanjang masa
dunia kini tanpa hadnya.....
.....(tak hafal la)

kita lalai dan kita leka
kita cuai dan kita lupa
bagai luka berganti kudis
itulah dia ciptaan si iblis.


aku cuma hafal rangkap terakhir je. mmg style. sajak ni publish pada 2003.
Bila aku kaji balik setiap perkataan dia, dalam otak aku hnya terfikir satu benda je,

TWITTER

Sbb ada beberapa keyword yang mcm ada kena mengena je.
Contohnye

"kotak ilmu" - handphone or laptop, kan?

"bual sampah" - borak2 kat timeline, kadang2 topik yg tak masuk akal pun kita boleh borakkan

"kita lalai dan kita leka" - syok layan timeline sampai tak igt dunia. haha!

maybe, penulis ni ada maksud yang dia cuba tujukan. Cuma aku kagum je, dia ni mcm tau2 je
ciptaan itu akan wujud. haha! sbb twitter start launch pada 2006. Tp sajak ni pada 2003.
misterikan? haha!

kesimpulannye:

"Twitter is one of the most devil's greatest products"