Entri di blog ini adalah 50% benar dan 50% tidak benar dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.

_______________________________________________




Monday, March 28, 2011

10 Perkara Yang Lelaki tidak tahu tentang Wanita

Ada beberapa perkara yang lelaki tidak tahu tentang wanita. Ini pun aku buat kajian lepas berkawan dgn beberapa orang kawan perempuan. saja test survey tanya diorg. hhaha. Yang lain jgn terasa, sbb ini bukan aku yg reka2. Tp aku dpt dari sumber2 yg berpengalaman.



1. Mereka sukakan pujian, walaupun ketika itu mmg layak kena
kutuk/kritik tetapi mereka tetap mahukan pujian dari mulut si lelaki. haha!

2. Mereka tidak suka memuji lelaki secara terang-terangan. Walaupun
masa tu, orang lain memuji BF nya kaw kaw punya, tetapi dia tetap
tidak mahu meluahkannya. Just simpan dalam hati. Mungkin disbbkan
taknak bg BF nya perasan kot. haha

3.Mereka tidak suka lelaki yg bersikap terlalu serius. Terlalu romantik pun boleh mematikan mood mereka.

4. Apa yang ada dalam fikiran mereka adalah sesuatu yang kompleks. Jangan sesekali mengagak apa yang mereka
rasakan. Kalau boleh tanya dia sendiri.

5. Mereka mengharapkan ucapan "selamat pagi" dari BF nya
setiap pagi, atau selamat sejahtera setiap kali dia memulakan
hari baru. kerana setiap ucapan walaupun hanya "hi"
akan menceriakan sepanjang harinya.

6. Mereka suka dgr BF dia menyanyikan lagu untuknya, walaupun dia tahu suara BF nya sumbang mcm haram.

7.Mereka suka mengadu kepada BF nya, walaupun perkara2 remeh mcm kena gigit semut atau tercicir duit 10 sen.

8.Mereka tidak suka dengar BF dia menceritakan kelemahannya, walaupun sgt ketara kelemahannya.
sbb apa? haaaa (boleh refer kat no.1)

9.Mereka tahu yang BF nya sgt sayangkan dia, tetapi saja nk ngada2 suruh BF nya tunjukkan bukti sayang tu.
walaupun mereka sedar, yg mereka sendiri pun tak tahu cara nk menunjukkan sayang tu. haha!

10. Mereka tahu, lelaki takkan baca "1o perkara yang laki tidak tahu tentang wanita" dalam blog dill ni. sbb lelaki
mmg jenis tak kisah pun. hahaha!!!




Tuesday, March 22, 2011

bergambar

Aku rasa dah lama kot aku tak bergambar.
bukan apa, setiap gambar yang dirakamkan
itu akan menjadi kenangan.

Aku suka tgk gambar2 ni.
Sbb dalam sekeping atau se"file" gambar ni
bleh save 1001 cerita.
tak kisah la cerita kelakar ke, sedih ke, seram ke,
gembira ke, pelik ke. Yang penting kita ingat
kenangan dalam gambar tu.

hurm, maybe dlu aku slalu lepak
dgn member2 yg ada camera.
skrg diorg dah jadi pro, so takde la diorg
nak lepak dgn aku ni.
Aku ni kan umpama
sebutir pasir pantai di kaki mu.

huhuhuhu...



okbai.

Monday, March 21, 2011

20 perkara yang korang tak tahu pasal Dill Melodisaster



1. Mula belajar main gitar ketika berumur 15 tahun.
2. Belajar lagu pertama "About a girl - Nirvana"
3. Beli Gitar pertama , Acoustic gitar (brand rhythm) berharga rm50
4. Cipta lagu pertama berjudul "All the times"
5. Band pertama "Ladderneck" di posisi pemain bass.
6. Die-hard-fan kurt cobain, bukan Nirvana.
7. Tubuh band sendiri pada 2003 dikenali sbg Nonsense
8. suka kasut converse (chuck taylor and jack purcell)
9. Peminat Jimi Hendrix, tp tak penah main lagu hendrix
10.register email guna nama bassist nirvana since 2002
11. Start main drop-D tuning masa 2006
12. Cipta lagu "This is where all the rocks begin" lepas tahu D tuning.
13. Jarang solo guna E1 and B2 Strings.
14. Suka note D.
15. Dpt idea lagu2 utk Demo 2.0 mase bawak motor.
16.suka bermonolog sebelum naik stage
17.Meminati Fender Mustang, tp beli Fender Jaguar
18.tak suka main guitar lagu Metallica
19.tak suka ibanez, tp ada guitar ibanez artcore.
20.suka dianggap poseur daripada dipanggil rockstar.



100factsAboutMe

Salam,

Kalau korang kaki twitter, korang mesti perasan Hashtag (#)
#100factsaboutme kan?

So, time tu mmg timeline aku dipenuhi dgn tweet2 yg ber # kan
#100factsaboutme la.

tak tau la facts yg diorg bgtau tu adalah fakta atau auta?
biar la diorg, tweet ni pun dah penuh dgn propaganda.

aku pun igt nak buat #100factsaboutme la.
Tp masalahnye, aku tak tau nk bgtau ape.


korang ada idea?



p/s: kadang2 seronok gak bace facts pasal member2 aku ni. Tp bak kate orang
sedap2 pun, kalau dah byk sgt akan jadi muak. haha!


Wednesday, March 16, 2011

manipulasi

Salam.

manipulasi

adalah satu skill yang sangat rare.
Sesiapa yang mempunyai skill ini
merupakan seorang yang hebat.

Sbb hasil dari manipulasi ni
dah hampir sama dgn orang yang
pakar psychology.

mengikut kajian tahyul.
orang yang ber horoscope
gemini cancer dan libra
mempunyai ciri2
sifat manipulasi.

hahah!

mereka pandai berkata2
sehingga mempengaruhi minda
orang lain tanpa sedar.

tak semestinya manipulasi
ini jahat.
bergantung kepada mereka
yang mempunyai keistimewaan
manipulasi menggunakannya.

Jika dia berniat baik
baguslah
Jika dia berniat jahat
teruklah.

hurm.......

Jatuh Hati

Aku dah mula jatuh hati
dgn seseorang.
yang aku kenal
melalui internet-social medium.

Tp, time aku nk luahkannya
dia mcm tak nak layan
atau tak serius.
Maybe bukan dia kot.

Takpe la, kawan je la.
Jodoh masih ada diluar sana.

*kutip hati aku yang jatuh tadi



Tuesday, March 15, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa



Boleh tahan la cite dia.. walaupun byk scene yang agak kurang logik. dah masih lagi ada elemen2 filem kemelayuan
Iaitu lawak tak kena tempat.

okbai.

3/5 bintang.

Thursday, March 10, 2011

Sulung + Bongsu

Assalamualaikum Semua!!

Sbnrnye aku nk bubuh tajuk entri ni sbg

"Pemimpim + Ketua"

haaaa, takut korang igt tajuk entri ni berbaur politik plak.
hahah! takde la..
takde kena mengena langsung. kalau terkena pun itu kire tak sengaja
tidak ada kena mengena antara hidup atau pun yang telah meninggal dunia



Cerita lama, tp sampai skrg aku tgh dok fikir je.

hari tu aku lepak dekat bilik member aku si Joe.
(bukan nama sebenar) kat asmara kitorg dulu.
So, pertang tu Joe tetibe bergaya abes dgn baju kemeja masuk dalam
wangi plak tu. muka putih melepak. Ada date katanye.
Dengan classmate kitorg.

Dia kate dia dah lame usha aweq tu.
Dari sms ke ym akhirnye dpt gak special date untuk dia.

Malam tu, balik dari dating. Muka dia monyoknye.
aku tanye knp dgn gaya muka busuk dia tu.
Dia ckp, dia kecewa. Sbb dia dgn aweq tu mungkin takde jodoh.

"Wadehel?!!" aku tertanye2 knp. Takkan baru 1st date terus tau takde jodoh.
2 alasan je yang agak logik kalau mase 1st date
1)dia bini orang
2)dia tu jantan.....hahah!!

Joe ckp, 2-2 bukan. tp alasan dia sbb aweq anak sulung dari 6 beradik.
Joe plak anak sulung dari 5 beradik. Teori Joe menyatakan, agak susah kalau
2-2 pasangan tu adalah anak sulung. Nanti tak bahagia.

hurm..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Fakta:

Lelaki sulung takkan bahagia berkahwin dengan Perempuan Sulung

adakah itu fakta atau hanya mitos?
Sbb aku pernah dgn orang ckp mcmni.
Contohnye Nenek aku, dia dulu penah ckp dgn aku
jgn kawin dgn anak sulung gak sbb nanti ada perebutan kuasa.
Anak sulung ni ego nya tinggi. Kalau 2-2- pihak ego tak mahu mengalah
mmg tak menjadi la.

Kalau dalam negara pun, mesti ade seorang pemimpin je.
Kalau ada 2 akan jadi huru hara. Tp aku tgk keadaan kat negara kita pun
dah huru-hara dah walaupun di bawah seorang pemimpin (joke! haha!)

Mak aku ckp, tak salah kalau dapat pasangan yang juga anak sulung.
Tak semestinya akan jadi huru hara. Tp kalau boleh cari la yang bukan anak sulung.
ramai perempuan dalam dunia ni bukan anak sulung. hurm.
mak aku ckp mcmtu Sbb Mak aku anak sulung dan bapak aku anak ketiga.

Sama gak isu mcm

Lelaki Bongsu berkahwin dengan Perempuan Bongsu.

yang ni pun ada juga orang cungkil ceritanya.
Bak kata orang dlu2. si bongsu ni manja, kurang ciri kepimpinan.
mudah terpengaruh. dan jenis dengar kata.
(jgn igt negatif tau, kadang2 ia sgt positif)
kalau 2-2 belah pihak merupakan anak bongsu, maka
kehidupan mereka tidak terurus, keputusan pun mengambil masa lama
untuk dipersetujukan. bukan sbb tidak pandai.
tetapi tidak ada sifat kepimpinan yang tinggi seperti si Sulung.
Ego mereka bukan jenis ego lagak si ketua, tetapi ego lagak si manja.
mudah kecil hati, merajuk. kadang2 selalu melibatkan
orang tua mereka.

itu semua adalah sumber2 yg aku baca kat internet and surat khabar
serta dari pendapat orang2 yg berkahwin. Mungkin akan membantu kita
serba sedikit di mase depan.

Bagi aku, tak kisah la aku kawin dgn siapa, anak ke berapa.
kalau ada jodoh, ada la tu. kan....

=)

Wednesday, March 9, 2011

sekadar berkongsi

Assalamualaikum.

Adakah kawan2ku sihat semuanya?
(dah mcm ustaz dalam hot.fm la plak! haha)

Aku ada terbaca satu article dari seorang yang sgt berpengaruh
dalam sistem malaysia ni.
Sistem ape? erm, sistem pemerintahan, sistem ekonomi, sistem politik.
ahhah!

Sbb beliau rajin betul menaip. aku plak rajin membaca apa yang beliau taip.
Tp aku tak ckp aku percaya beliau 100%, tak pula aku ckp aku tentang beliau 100%

Ada beberapa quote yang beliau catatkan,
dan aku amat bersetuju dengan apa yang beliau cuba sampaikan.

"Orang bukan Islam, sibuk mendekatkan diri dengan Islam,
tetapi Orang Islam pula semakin menjauhkan diri dengan Islam"
review : Melayu mudah lupa

"Ahli politik hanya fikir tarikh pilihanraya akan datang,
bukan fikirkan untuk masa depan rakyat" -
review : Politik Malaysia

"Pemuja syaitan lebih percayakan kiamat akan tiba,
berbanding mereka yang mengaku islam yang ketagih
harta, arak dan seks" -
review: film 2012.

"Syiah bermaksud pembela, tapi hakikatnya
Syiah Ghulat bermaksud Pembunuh cucu nabi"
review: konspirasi selepas kewafatan Muhammad SAW

"Perayaan Hari Karbala disambut oleh orang
terang-terangan munafik, bukan orang islam.
Menyebat badan sendiri dengan pedang"
review : Hari karbala.


bnyk lagi, info2 yang beliau ceritakan. tp biasa la. Jgn terus percaya apa orang lain cakap.
Kita kena rujuk dulu kepada satu-satunye sumber yang boleh dipercayai, al-Qur'an.


so, kata2 aku untuk entri ini.

"Hidup bahagia semua sudah merasa,
bila hendak mula langkah ke syurga pula?"

Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah,
Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.



Tuesday, March 8, 2011

3-1

3-1

Angka yang sungguh..............aku pun tak tahu nk describe mcmane.
Tp bila aku sebut je angka ni, ada orang yg bengang. ada orang suka.
Ada yang tiba-tiba nak sepak aku. hahaha!!

Tp aku suka betul dgn angka ni, tak tau nk kata luck atau suwey.
Yang pastinye. Picture kat bawah ni yg ceritakan segala2nya. haha!!!


Liverpool FC 3 : 1 Manchester United
Ramai yang cakapa match ni diorg panggil The Titanic Match!






Barcelona 3-1 Arsenal
Match ni diorg ckp "The EPIC"


haha!

Monday, March 7, 2011

kawin sana kawin sini

Assalamualaikum.

Sejak 2menjak ni, aku peti surat aku dipenuhi dgn surat2 yg berdaftar atas nama penuh aku dgn alamat rumah aku bersama setem 30sen dgn cop pos malaysia. Dalam surat tu ada sejenis material yg dihasilkan daripada pokok. Lapisan kertas yg selaputi bahan kimia yang menjadikan kertas itu keras dan berkilat. Fenomena ini, kita panggil dia sbg kad.

Kad tersebut kadang2 berlipat 2 atau 3 atau takde lipat langsung. hanya muka depan dan belakang.
Yang peliknye intro setiap kad yg aku dapat hampir semuanya sama.

"Walimatul Urus"
Undangan Majlis Perkahwinan

ramai betul kawan2 aku yg dah nak kawin. Pergh! seronok betul aku. Sbb dpt mkn free. dpt lepak dgn kawan2 lama. dpt usya aweq2.
Seronok wei! tp part yg tak seronok tu bila, jumpe pengantin. Dia boleh tanye "Kau bila lagi dill? datang kenduri pun sorang2 je?"

Ah, shit!! terkoyak jantung aku bila member aku tanye camtu. tak guna kau! tau la dh kawin! dah sedap! saje je kan?!
aku benci kau. benci kau! *ok, abaikan part ini*


Takpe la, mungkin takde jodoh lagi kot. Bak kata pepatah,
memancing ikan kena sabar, tak boleh nk paksa2 ikan itu sangkut kat joran kita.

Wednesday, March 2, 2011

Puaka #bts

Aku selalu buat #bts (hashtag bed time story) kat timeline twitter lepas kul 12 mlm. jarang or tak penah kot sebelum kul 12.
Tp aku rasa aku selalu #bts kul 2-3 pagi secara purata la.

Korg igt tak scene #bts yg pasal aku dpt panggilan misteri pastu sms tu. Time aku tgh menaip kat timeline.
Tiba2 pintu bilik aku yg aku tutup rapat tu. tiba-tiba mcm tak terbuka sedikit. Aku tak prasan time pintu tu terbukak.
Aku just prasan tiba-tiba2 je dah terbukak (fahamkan?).

Pastu aku bangun dari katil aku (aah, aku slalu buat #bts baring sbelum masuk tido) pastu tutup pintu tu balik.
Selang 2,3 tweet lepas tu. Aku pandang pintu tu, terbuka lagi. ok, ini seram. dah la tgh #bts cite seram ni, pintu bleh sakat aku plak.
Kali ni, aku tutup pintu dah lock skali.

lepas settle je #bts mlm tu. aku baru nk masuk tido. Then, aku saje jenguk pintu bilik aku.



"Oh, shit!" tu je perkataan yg terpacul dari mulut aku yg takde insuran ni.

aku terus masuk tido. good night.....

manusia abnormal

Pernah dgr pepatah "Sudah bagi betis, hendak peha pula". korang tau kan maksud dia?
Ha, yang ni ada seorang manusia yang ada satu perangai yang lebih advance dari pepatah td.
Aku edit pepatah baru iaitu "Bagi betis, nak satu kaki plak!"

Aku paling benci manusia yg bersifat camtu.
Tak reti nak bersyukur plak.
Memula nk pinjam kejap, pastu terus buat harta sendiri.
Aku ni jenis tak reti nak meminta walaupun barang tu barang aku.
So, aku just bg hint perli2. Selalunye manusia normal akan prasan hint tu.

Tp dia ni mmg manusia abnormal,
siap bg beratus2 hint dia tetap tak prasan.
Bagero betul!

Mula nak pinjam external harddisk aku, sbb nk pow movie.
Skali buat harta harddisk aku tu seminggu...amboi!
kurang sopan betul manusia ni..

Last2 aku sound direct tempat kat dahi dia. Dia boleh wat relax je.
Siap ckp "lek la dil, nanti aku bg la". Agak2 la, kau copy and transfer je la kat pc kau tu.
Kau igt harddisk aku tu TGV ke GSC ke?

Petang tu, aku masuk lab dia. Gi kat table dia. Dia takde, maybe dia tgh wat labwork kat sebelah kot.
Argh! aku ambik harddisk aku dalam keadaan yang cemas dan mencurigakan.
Dah mcm pencuri plak gaya aku ni, tp curi barang milik sendiri. hahaah!
Sejam kemudian, manusia tu dtg lab aku dgn muka gelabah.

"Dill, harddisk kau hilang la weyh! aku letak kat atas meja aku td." manusia tu cuba terangkan kat aku.

Aku buat muka bengang gila sambil sound dia,
" tu la, barang orang kau buat harta. dah mcm harta kau sendiri. Skrg dah hilang, kau baru nk kelam kabut.
Takde2, aku tak kira. aku nk kau ganti balik!"

Manusia tu blah sambil buat muka lima belas sen.
Sedih, menyesal semua tu bermain dalam fikiran manusia abnormal tu.

Esoknye, dia dtg jumpe aku. Dia hulur not RM50 3helai kat aku.
"Dill, ni duit ganti rugi harddisk kau" kata manusia abnormal tu dgn penuh penyesalan.

"Ah! kau igt cukup ke dgn file2 yg ada dlm harddisk tu, kalau kira2 dekat rm2k kau tau tak?"
"movie2 HD lagi aku download, pastu lab report aku lg. kau igt senang ke nk buat labreport?"
gertak aku kepada manusia abnormal.

Pastu manusia abnormal buat muka paling sedih tahap sial punye. Mmg kalau jadi pelakon cite2
sedih, confirm penonton bleh meleleh air mata dara beb. haha!

Pastu aku teput bahu manusia abnormal tu. Lek la bro, harddisk tu tak hilang. ada je kat aku.
Aku amik semalam, saja bg kau cuak.

Manusia abnormal terus pandang dgn muka ketat. Satu perubahan yg agak drastik pada riak muka dia.
Dari muka sedih ke muka ketat. Dia pandang tajam tepat kat aku.

"BABI!!"

Itulah perkataan yg kuar dari mulut manusia abnormal tu. Pastu dia blah dari lab aku.
Aku hanya tersenyum. Mmg abnormal betul manusia tu. hurm...

Tuesday, March 1, 2011

kau GRUNGE ke? Part 2

Seattle, suatu ketika dulu tempat yang terasing dgn dunia luar dari segi industri musik la. Mmg takde dlm tour list's Major band masa tu. Sehingga la satu revolusi berlaku. Grunge (atau term lain nye Seattle Sound) merupakan Subgenre dari Alternative Rock yg mula mendapat perhatian pada pertghn 1980-an. Nirvana bukan band yang terawal. Tp masa tu mcm band2 Melvin, mudhoney.

grunge dlm Wikipedia "Inspired by hardcore punk, heavy metal, and indie rock, grunge is generally characterized by heavily distorted electric guitars, contrasting song dynamics, and apathetic or angst-filled lyrics. The grunge aesthetic is stripped-down compared to other forms of rock music, and many grunge musicians were noted for their unkempt appearances and rejection of theatrics."
Mereka mula berevolusi dgn menghasilkan band and lagu mereka sendiri sbb, pada ketika itu kebanyakan band2 yang perform kat kat pub/bar atau mengadakan gig/concert kat tempat mereka adalah band2 dari luar Seattle. Bak kata orang, tak salah nk jadi hero kampung. Lagipun kampung diorg, music dorang. Apa diorg kisah. Aku suka Ego org2 seattle ni, sbb diorg buat music untuk orang2 kampung dia je (sama term mcm underground). Diorg tak kisah sgt pasal dunia luar. Diorg bleh la buat mcm tu sbb "kampung" diorg lagi besar dari Malaysia. Tp orang2 kita2 ni blagak hero kampung yang hanya terkenal area2 kampung dia je.

Wujudnye subpop (subterranean Pop) ketika itu pada asalnye sbg zine aje. Korg pun tau ape sbnrnye keje zine tu kan? menghasilkan article2 yg berbaur review2 music scene. Zine ni yg mrupakan salah satu medium utk band2 mempromote/memperkenalkan diri kepada para peminat music. Zine merupakan sgt telus dah open, bukan bersifat puak2 yg hanya mementingkan kaum/puak sendiri. Yang penting ada musik best mereka akan ceritakan kepada semua.

Tp disebbkan minat orang2 seattle pada musik semakin menggila, Bruce Pavitt terus tukarkan fanzine nye tu ke record label. Ramai yg keliru dgn product Subpop antara compilation "Subpop 100" dgn "Deep six". Menurut info, Compilation pertama subpop ialah "Deep six" yg direleasekan pada 1986,dalam tu ada 6 band otaimer The Melvins, Green River, Skin Yard, Soundgarden, Malfunkshun dan U-Men.

Sbnrnye Deep six direleasekan pada 1986. dan kemudian direleasekan semula pada 1994. Ramai yang igt Deep six ni direleasekan pada 1994, sbb biasala, time tu kite baru nk kenal seattle sound kan? hahah!!!''


Cover Deep six 1986


cover Deep Six re-issued 1994

Aku sbnrnye bukan nk cite sgt pasal history diorg ni, tp aku just nk bgtau progress perjalanan/pengembaraan scence musik diorg yang asalnya dari dalam kampung boleh jadi top satu dunia.
Scene kat tempat kita ni lain, baru nk Top kat dalam kampung dah kena tikam belakang, orang dengki la, buat cerita buruk la.
Camne scene musik Grunge nak naik. Kalau poseur2 grunge kita ni menggelabah anjing? Kata kau grunge, tp kau kutuk band2 grunge lain. Pastu kau support band indie. Kau still nak ckp kau tu grunge ke? kamon la! Grunge ni open bro. kau nk layan semua genre pun boleh. sbb grunge ni bg aku dah jadi satu term yang sama dgn ROCK.

Rock ni bykkkkkkkkkk.....ada ganas, ada lembut, ada harmoni, ada chaos, ada suci, ada kotor, ada happy, ada marah.
Sama la mcm grunge. Tp budak2 skrg ni kolot sgt. asal ganas je grunge. asal koyak rabak je grunge. asal rambut panjang je grunge.
bodo!



bersambung.