Entri di blog ini adalah 50% benar dan 50% tidak benar dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.

_______________________________________________




Friday, May 20, 2011

Tips : Kenali Jejaka Leo #7

Sebahagian daripada tanggungjawab anda adalah memastikan
bahawa kemesraan (romance) tidak pernah diabaikan dalam hubungan
bersama Jejaka Leo, bahkan selepas kedatangan cahaya mata.

Jangan pernah abaikan atau hilang focus anda kepada Jejaka Leo,
walaupun kerana anak-anak. Kerana perlu diingatkan sifat semulajadi
Jejaka Leo yang kuat cemburu (cemburu buta).

Jejaka Leo akan menjalankan tanggungjawabnya dengan sempuran
sebagai suami kepada, bapa kepada anak-anak anda dan pelindung dalam keluarganya.

Dia mungkin tidak pandai dalam menguruskan hal-hal kewangan
dan di sinilah peranan anda untuk membantu dan membimbing
si dia dalam menguruskan hal ehwal keluarga. Agak berisiko jika
membiarkan dia menguruskan soal wang untuk keluarga sendirian.
Ada sesetengah Jejaka Leo yang bijak mengendalikan ekonomi, tetapi
kebanyakan boros dan suka membazir. Lebih baik anda mengawal
segala aktiviti si dia yang melibatkan kewangan.

Jejaka Leo sangat mahir dalam bidang pertukangan dan pembaikpulihan,
tidak perlu risau jika berlaku masalah pertukangan
seperti paip bocor dirumah, atau ingin mengecat rumah; serahkan sahaja kepadanya.
Memang telah tertanam dalam jiwanya, seorang yang berkebolehan,
berpengetahuan dan berpemikiran luar dari batasan anda.


Monday, May 16, 2011

Tips : Kenali Jejaka Leo #6


Perlu diingatkan anda untuk menghormati si Jejaka Leo
dan percayalah kamu akan dibalas dengan segala-gala hal -
cinta, wang, kasih sayang, perhatian, rawatan, layanan dan
segalanya yang ada inginkan.
Jejaka Leo bukanlah jenis lelaki yang lupa mengucapkan "Aku cinta kamu"
( I love you) sampai hari ulang tahun berikutnya, Kerana anda akan dengar
ayat-ayat romantis itu hampir setiap masa yang pernah lekang di bibir si Jejaka Leo.

Anda akan dihujani dengan perhatian dan pujian darinya setiap masa
dan sampai bila-bila.
Dia akan tetap setiap kepada anda, walaupun ada wanita-wanita lain
yang lebih cantik dan sempurna cuba memikatnya, tetapi anda tidak
perlu risau dengan kesetiaannya.
Yang hanya menimbulkan masalah adalah anda sendiri kerana
meragui kesetiaan si Jejaka Leo.

Walaupun dia agak mesra dengan wanita-wanita lain,
tidak bermaksud dia curang kepada anda.
Janganlah anda mengambil serius hal tersebut dan mengambil keputusan
untuk meninggalkan dia.
Ini akan menyebabkan hati dan perasaan si Jejaka Leo sangat terluka
dan mungkin akan berpura-pura diserang sakit jantung semata-mata
untuk memenangi hati dan cinta anda semula.


Friday, May 13, 2011

Tips : Kenali Jejaka Leo #5

Sebahagian besar Jejaka Leo tidak mahu isteri mereka bekerja selepas berkahwin.
Ini kerana, mereka ingin menjadi kepentingan utama dalam kehidupan pasangan mereka.
Mereka mahu si isteri memberikan fokus 100% kepada si suami.
Ini kerana sifat semulajadi Jejaka Leo yang kuat cemburu,
mereka tidak suka isterinya focus dengan hal lain selain diri mereka
walaupun pada kerja atau tanggungajawab lain.

Jejaka Leo akan sentiasa membuatkan anda selesa, dimanjakan,
dilindungi dengan segala perkara terbaik dalam kehidupan,
dan dia mengharapkan anda akan merasakan perubahan dari biasa
ke indah yang menakjubkan.
Anda akan rasa bahagia dan yakin bahawa
anda mempunyai suami yang paling setia di dunia.

Monday, May 9, 2011

Tips : Kenali Jejaka Leo #4

Jejaka Leo ini merupakan jenis lelaki yang kuat cemburu.
Dan sangat mudah untukmenjadi cemburu.
Walaupun, di mata orang lain hanyalah satu gurauan,
tetapi bagi si Jejaka Leo pula terlebih cemburu sehingga ke mencecah titik
paling tinggi dalam meter kecemburuan.
Jika terlalu sangat dia melayan cemburu itu, boleh menjadi
orang gila bayang, hilang arah, psiko diri sendiri,
dan boleh membuat anda tak selesa.
Akan tetapi, Jejaka Leo ini mudah untuk dipujuk.
walaupun dia seorang yang panas baran, tetapi jika kena caranya memang
mudah untuk menjinakkannya. Jejaka Leo bukan seorang pendendam
atau penyimpan perasaan. Anda jangan pula mengambil kesempatan ke atas
perwatakan Jejaka Leo ini.

Kadang-kadang sifat gila nya akan datang secara tiba-tiba,
kerana
mereka tidak pandai mengawal perwatakan panas baran
dan buas mereka.
Anda cuma perlukan manja dan jinakkan mereka.
Layankan sahaja karenah dia, kerana dia sengaja mahu melihat
kesabaran kamu.
Jika kamu sabar, kamu akan terima berbagai hadiah dari nya.


Masa, jangan anggap masa itu hal yang remeh temeh bila
berurusan dengan Jejaka Leo.
Kerana Jejaka Leo sangat serius dengan perkara yang melibatkan masa.
Jika anda kata anda akan pergi selama 2 jam,
pastikan anda kembali dalam masa
satu jam lima puluh sembilan minit (1 jam 59 minit).


Friday, May 6, 2011

Tips : Kenali Jejaka Leo #3


Jejaka Leo sangat bermurah hati dalam percintaan. Kerana mereka sanggup
berkorban apa saja untuk kekasihnya. Anda mungkin dihadiahkan dgn
bunga-bungaan, hadiah-hadiah dan dibawa ke restoran supaya dapat
memuaskan hati anda supaya tidak kecewa keluar bersamanya.
Ada sesetengah Jejaka Leo gemar menghadiahkan kad ucapan/ surat cinta
penuh dengan ayat-ayat romantik disertakan dengan bau sensual perfume
kegemarannya yang selalu dihidu dileher oleh kekasihnya.
Ada juga yang jenis tidak menunjukkan watak romantiknya secara jelas.
Tetapi anda kena fokus dengan segalausaha yang dilakukan oleh mereka untuk
anda. Setiap yang mereka lakukan adalah penuh makna dan ikhlas,
bukannya sia-sia, dan jangan sia-siakannya. Ada juga romantik dari segi
berkata-kata, ada yang romantik dari segi perbuataannya, cara layannya.
Ada juga romantik secara seni (lukisan atau lagu). Tak kira lah
apa cara sekalipun, mereka tetap cuba untuk meluahkan kepada anda.
Kerana mereka bukan jenis yang suka
menyimpan perasaan. Mereka lebih suka meluahkan. Tidak pernah berahsia.

Dan ketika itu, anda mula merasakan bahawa andalah orang yang
paling bahagia sekali di dunia. Memang itu la yang Jejaka Leo inginkan, rasa
bahagia bersamanya.
Setelah anda berjaya menyelinap masuk ke dalam kerjaya
atau hal- hal peribadinya, anda tidak perlu risau kerana dia telah menjadi
milik anda 100%. Jejaka leo terlalu posesif (extremely possessive)
pada orang yang dicintainya dan anda tidak perlu bimbang kerana
anda telah menjadi miiliknya.
Hanya awak dan dia.


Wednesday, May 4, 2011

Tips : kenali Jejaka Leo #2



Cuba Mendominasikan Jejaka Leo ini secara perlahan-lahan
dan bersabar jangan terlalu gelojoh dan buas. Susun langkah demi langkah
umpama melihat kembangnya bunga secara perlahan-lahan.
Kerana ego si Leo sangat lah tebal dan mengambil masa untuk cair.
Keperibadian si Jejaka Leo ini merangkumi kesatrian, kesopanan, keprihatinan dan kehangatan.
Anda tidak perlu risau tentang persiapan yang terlalu melampau untuk mencuri hati si Jejaka Leo ini.
Hanya sekadar makan malam, dan kesempatan untuk berbual berdua-duaan.
Kerana agar sukar untuk mencuri masa terluang si Jejaka Leo.

Romance adalah sesuatu perkara yang Jejaka Leo tidak dapat menahan kerana,
mereka jenis yang mudah terangsang dan hebat merangsangkan pasangannya.
Tapi janganlah menggunakan godaan tersebut, kerana Jejaka Leo hanya mencari cinta sebenar
bukan tempat melepaskan nafsu.
Memang tidak disangkalkan lagi mereka dianugerahkan dengan kehebatan asmara mereka.
Tidak perlu risau, kerana dia yang akan mengawal sepenuh pasangannya,
Jejaka Leo hanya memerlukan constant Love dan perhatian sepenuhnya oleh si kekasih.

Tuesday, May 3, 2011

Tips : Kenali Jejaka Leo #1


Apa yang pastinya ketika berhadapan dengan Jejaka Leo, adalah anda tidak pernah melihat dia bersendirian. Kerana Jejaka Leo ini selalu berada di dalam satu kumpulan (kawan-kawan) dan dalam kumpulan itu, dia lah yang paling menjadi perhatian ramai. Pesona dan watak manisnya bukanlah sesuatu yang patut dibazirkan kerana walau dimana atau bila-bila mesti ada orang yang mengaguminya. Kunci hati si Singa (Lion's heart : LEO) - perhatian, penghargaan dan sanjungan. Jika anda ingin mendekati Jejaka Leo, cuba menjadi pendengarnya. Jika anda telah jatuh hati ke dalam kemanisan Leo yang tenang lembut, janganlah mudah terpedaya. Kerana disebalik ketenangan Leo, tersembunyinya Api dari Jejaka kelahiran-Ogos.

Aummm!!

Monday, May 2, 2011

Leo Man

Sempena bulan Mei ni. Aku nk buat entri pasal Leo Man je..
Ye, aku tahu. Zodiac Leo lambat lg.
Tp, peduli hape aku!! ini blog aku. Dan aku adalah Leo Man.
hahah!!
Lagi pun, aku tak sempat lah nak perah idea untuk buat entri baru.
So, korang layankan jela..




Lagi pun, Entri Pasal Leo Man nanti, seronok tau!
Boleh kenal character Jejaka Leo ni. Takde la nk suruh korang percaya
100% pasal ramalan ni. Bak kata orang, kalau yang baik kita boleh buat.
Kalau yang jahat tu, elak-elakkan la...
Hanya sekadar memanaskan sel otak, bagi diorg aktif skit.
Asyik duk mengadap timeline.. tak kembang otak langsung!

ok, selamat membaca semua!!




p/s: Entri pasal LEO MAN nanti mmg khas untuk para wanita yang ada simpan perasaan kat Jejaka LEO ni.
Good Luck!