Entri di blog ini adalah 50% benar dan 50% tidak benar dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.

_______________________________________________




Monday, June 20, 2011

DOTA

DotA?

Apa itu DotA?


Defense of the Ancients
(commonly known as DotA)
is a custom scenario for the real-time strategy video game Warcraft III: Reign of Chaos.

Mula2 aku tgk adik aku main mcm bodo je game ni.
Pastu aku tengok member2 aku pun main game.
Siap jadi topic hangat kat meja makan.
Aku malas nak amik port pasal DoTA ni.
Sebab biasa lah, game mcm ntah apa2 ntah. haha!

Tapi, last2 aku terjebak dengan member aku untuk
join main game ni. hahahah! macam jilaka je!


Wednesday, June 8, 2011

Alhamdulillah

Salam,

Aku tak tau nk buat entri apa.
Tapi aku sbnrnye bersyukur kepada Allah
sbb permudahkan laluan hidup aku dengan
limpahan kurniaan dan rezeki.

Alhamdulillah...



Friday, June 3, 2011

Couple theories

Salam semua
Bila baca tajuk entri ni je korang rasa
bosan sbb tajuk kat kuliah pepagi tu kan?
hahaah! kau relax je..

Presentation aku tak penah membosankan.
Sbb kali ni aku nk citer tentang theory yg bukan
idea asal aku.

Bile cite pasal couple ni. kita tgk kat sekeliling kita
nak2 kat port2 yg sedap nk berdating. Mesti tgk pasangan
lelaki dah perempuanjalan berdua-duaan,
bermesra gelak ketawa. Bahagia.
Kita plak, yg duduk kat mamak sambil minum teh tarik
terpinga2 melihat telatah mereka yang kita sendiri
cakap menjengkelkan. Padahal jeles kannnn?

Aku dapat theory ni pun selepas beberapa tahun
aku hidup sebagai seorang manusia.
Setelah berkawan dengan mcm2 jenis kawan,
dengan mcm2 jenis perangai. Baru aku tahu
setiap orang mesti ada satu pendapat yang sama.
walaupun pendapat itu berunsurkan negatif atau
berbaur hasad dengki. hahah!

Bile kita tgk awek cun dgn balak hodoh. mesti
korang ckp balak dia kaya byk duit. kan?

Bila kita tgk awek hodoh balak hensem, mesti kau ckp
awek tu byk duit.

Cuba fikir kalau sbnrnye, awek hodoh tu takde duit.
mcmnae bleh dpt balak hensem?

Cuba fikir kalau balak dia hodoh tak berduit, tp dpt aweq cun?
haaa.... mcm2 la jwpn aku dgr.
tp 98% bg jawapan yang sama dan berbaur syirik. haha!

kat bawah ni adalah Simple chart psl Couple theories di Malaysia




hahaha! ok, aku mmg takde keje kan? siap buat chart lagi.
macam harammmm!! hahaah!!

Lek la der, kadang2 lawak2 kasar ni pun boleh
jadi modal nak gelak. Cuba renung2kan.

"Setiap manusia dicipta berpasangan, jangan khuatir kerana
jodoh di tangan tuhan. kita hanya merancang"




Thursday, June 2, 2011

Karma

Tak semua yang kau buat orang akan suka,
walaupun secara logiknya apa yang kau buat tu 100% betul.

Tak semua orang akan setuju dengan kau,
walaupun kau jujur sekalipun.

Tak semua orang akan gelak dengan lawak jenaka kau
walaupun itu lawak paling kelakar dalam dunia ni.

Tak semua akan ikut kau
walaupun kau menuju ke jalan yang benar.

Tak semua akan berterima kasih dengan kau
walaupun jasa kau sebesar bulan

Tak semua akan fikir kau baik
walaupun kejahatan kau sebesar kuman.

Tak semua akan menangis kerana kau
walaupun kisah kau sungguh menyedihkan

Tak semua akan kisahkan kau
walaupun kau risaukan mereka


Wednesday, June 1, 2011

Pelik

Pelik betul masyarakat sekarang. Aku pun tak faham macamana
nak jelaskan maksud pelik ni. Sebab, pelik yang aku cuba
sampaikan disini adalah sangat ganjil dan janggal jika
dibandingkan dengan perkara pelik yang lain.

Korang pun pelik kan bila baca ayat aku ni. haha!
sebab aku pun pelik gak macamana aku boleh taip ayat yang pelik ni.
Pelik sungguh.

Sekarang ni (kira area bulan Mei la). Isu pasal meatballs ikea kat
IPS yang dulu dikenali sebagai Ikano kat area The Curve tu.
Orang kata dalam meatballs tu ade babi. Pastu semua orang nak marah la,
nak saman la, nak mengamuk la. baru nak kelam kabut sebab baru tahu
ada benda haram dalam menu makanan harian diorang.

Padahal Arak diorang taknak plak naik kan isu ni. Arak ni dari zaman
jahilliyah dulu dah diharamkan. kenapa taknak naikkan isu haramkan
penjualan Arak kat negara kita?

Camna nak haramkan, kerajaan pun bagi lesen bukak
kilang arak kat negara sendiri. Bodoh. Fikir nk duit je.
tak nak fikir pasal agama. Orang kita ni pun sama gak bodo.
Bangkang kerajaan sebab kerajaan sibuk dengan isu liwat2, isu bom
warga mongolian, isu Parti ni kutuk Parti tu.

Patutnya kita kenalah peka dengan keadaann yang memberi impak pada
kehidupan kita. Macam kilang2 arak tu. Kita yang takde kena mengena ni pun
dah kira berdosa sebab tak buat apa, seperti merelakan, membenarkan
diorang beroperasi.


Hahah, aku ni pun marah2 pun sama gak macam korang.
Sebenarnya saja je aku post entri ni. Sebab aku tengah bosan la. hahahah!



Jun

Salam semua!

Akhirnya tamat juga bulan Mei, dan Jun disambut dengan
hati yang tenang. Biasalah, bulan Jun kan pertengahan tahun.
InsyaAllah
aku bakal menamatkan
pengajian aku hujung tahun ni. Nak kerja!!!!

Sbnrnye korang tentu bosan dengan entri aku sepanjang
bulan Mei kan? hahahah!
Sbb bulan Mei post aku pasal LEO je.. Lagipun sistem post
pun aku guna auto-post schedule. So, kire mengelat la...
sebnrnye, aku dah siapkan semua entri tu dalam sehari je.

Pasni, dah malas la nk auto-post bagai2 ni,
hahaha!

ok chow!

Crash (LIVE) - Melodisaster




Live at GrungeFest 2011, Kuala Lumpur