Entri di blog ini adalah 50% benar dan 50% tidak benar dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.

_______________________________________________




Wednesday, July 13, 2011

Demam Foursquare

Aku rasa baru je aku join menatang ni.
Foursquare. Memula aku pakai blackberry berinternet ni.
Foursquare adalah application terawal member2 aku intro kan,
selain Twitter dan whatsapp.

Memula aku pakai blackberry sebenarnye nk guna
blackberry messenger (BBM) and Facebook mobile je.
Rupa-rupanya banyak lagi application menarik yang
ada supaya kita rasa berbaloi subscribe BIS ni. hehehe.

Foursquare (4sq) ni memula aku tau, just check in tempat
kau pergi. Pastu setiap check in dpt point. Kalau check in
byk kali tempat yang sama, kau akan jadi mayor.



Sampai la aku kenal member2 yg kumpul badge.
Haaaa, korang kena tahu, 4sq pun mcm game gak.
Kalau check in tempat2 "special" dpt unlock badge.
Cth kalau check in kat starbuck korg dpt unlock badge starbuck.
Lebih kurang mcm tu la.

Aku dah unlocked 1++ badges dah. Tp ade lg hebat.
Sebab aku masih baru, yang lama tu lagi la banyak badge.
Disebabkan ramai geng2 aku yg layan 4sq, termasuk jugak
member yg baru kenal via 4sq. Akhirnya masing-masing setuju
nak tubuhkan 4sqBadgehunter.

korang boleh join diorg dengan like page diorg kat

http://www.facebook.com/4sqbadgehunters

atau follow mereka di twitter

@4sqbadgehunters

Laman web lain yang patut korang jenguk2.

Foursquare
Foursquare Badge List | Matters of Grey

Sunday, July 10, 2011

Twitter : mereka yang kolot

Tajuk entri kali ni bukan bermaksud nak kata twitter ni kolot.
Tapi, aku nk cakap ada sesetengah para tweeps (twitter people) ni agak
kolot, dan terbawa2 scene twitter hingga ke alam realiti.

Memang la istilah twtup tu apabila 2 atau 3 atau lebih tweeps
bertemu dan hang out bersama-sama. Kalau time lepak tu, tak perlu la
nk 24 jam cerita pasal apa yang berlaku kat timeline tu. Paling sial sekali
time lepak2 tu, takde borak2 langsung tapi masing2 sibuk menghadap
hp masing2 layan timeline. Eh, come on la manusia!!!

Twtup ni bukan slalu pun! time twtup la kite nak kenal antara satu sama lain.
Kalau dah betul2 kenal kat timeline, mesti ade cerita lain slain berkenalan.
Macam perkembangan terbaru, perkerjaan, sukan, study.
Takkan takde idea kot.
Memang la twtup tu kali pertama jumpa tweeps yg lain.
Tapi kenapa still nk relate gak dgn timeline.

Bosan tahu tak!!!
Maybe aku seorang aje yang rasa macam tu. So, pegi mampus la kalau
orang nak kata apa. Sebab tu aku jarang join twtup. Aku just join twtupfutsal
sbb mereka dtg nak main futsal dan lepak cerita tentang sukan.
Bukan pasal timeline.

bagi aku twtup ni, apabila kita betul2 ingin mengenali seseorang tweep tu.
Bila betul2 dah kenal, baru la ajak twtup.

Korang kena tahu, tak semestinya kau kenal cara dia tweet sama dengan
character dia yang sebenar. Jangan menilai seseorang itu pada tweet dia.
Pastu bila dah jumpe seseorang tu, takyah la cite pasal tweet dia, or timeline.
Come on la.. Jangan kolot sgt!!!

Diorg pun tahu la cite pasal timeline, bukan kau seorang sahaja yang tahu.
Diorg pun ada teknologi gak, ada laptop, pc or hp. Diorg pun boleh baca timeline sendiri
tak perlu nk suruh kau cerita and refresh balik. Kolot!

Tapi kalau korang rasa aku yang kolot, minta maaf la kalau berfikiran kolot.
tapi aku selesa fikir camni. takde susahkan sesiapa. hahahah!!


Wednesday, July 6, 2011

RIP Pako Rudin, al-fatihah

Salam,

Di sini aku ingin mengucapkan salam takziah buat keluarga dan rakan-rakan
Afif Nordin a.k.a Pako' Rudin
bassist/frontman Round Robin. Yang telah meninggal dunia pada 6 July 2011.
Semoga roh Allahyarham di cucuri rahmat Allah S.W.T. Al-fatihah.



Pako' (Afif Nordin) bassist/frontman of Round Robin
( 8th June 1987 - 6th July 2011 )

Tuesday, July 5, 2011

Sindrom Peha Besar

Adakah anda sedar, kebanyakan wanita-wanita atau
gadis-gadis di Negara kita mengalami satu syndrome
yang dinamakan peha besar.

Hingga sekarang, masih menjadi tanda tanya
untuk menlabelkan ia sebagai syndrome atau penyakit atau trend?
Tetapi hampir 70% daripada jumlah gadis-gadis di Malaysia
mempunyai Peha yang Besar.

Apakah punca peha menjadi besar?
Ada 3 sebab :
1) kerap bersenam (muscle-build)
2) tidak bersenam langsung pastu makan banyak
3) genetik

Mengikut kajian saintis, kebanyakan wanita atau gadis di Malaysia
mempunyai peha yang besar yang berlemak serta gebu.

Ini disebabkan, tidak bersenam dan makan terlalu banyak
atau tidak menjaga sistem pemakanan yang sempurna adalah faktor
utama gadi-gadis di negara kita mempunyai peha yang besar.

Kajian ke atas makanan yang selalu di ambil oleh 50 orang gadis
berpeha besar yang di pilih secara rambang di sekitar lembah klang.

50% daripada 50 gadis gemar makan : snacks dan coklat
30%
daripada 50 gadis gemar makan: nasi, daging, ayam, ikan
90%
daripada 50 gadis gemar makan: ais krim dan air berkarbonat
40%
daripada 50 gadis gemar makan: kuih-muih dan manisan

(dill et.al 2010)

Kesemua jenis makanan yang di ambil telah di analisis kandungannya,
dan ahli saintis telah menemui satu compound/bahan yang
terkandung dalam semua makanan tersebut. Compound itu dinamakan
Thighdolase atau pehalase iaitu sejenis enzyme yang
memangkin pengumpulan lemak, pehalipid dibahagian peha sahaja.

Pehalipid merupakan lemak tepu yang melekat di sel membran pada bahagian
peha wanita (azahar, 2009). Struktur cengkaman pehalipid pada sel membran
sangat kuat serta mempunyai receptor pada permukaan sel yang menghantar
maklumat kepada otak melalui sel neuron pada sistem saraf.

Sel neuron tersebut merembeskan enzyme perasanase pada otak
dan menyebabkan subjek akan berasa dia masih lagi hot walaupun
peha dia sangat besar dan berlemak.


p/s: hahahah! amacam gempak tak artikel aku ni. hanya rekaan semata-mata.
Sebagai bahan bacaan. Renung2kan


July

Fuhhh! lama bebenor aku tak update blog ni. biasa la..
Banyak kerja. Takde masa. Lagipun banyak lagi benda
yang aku kena catchup. terutamanya cinta ku... hihihi