Entri di blog ini adalah 50% benar dan 50% tidak benar dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.

_______________________________________________




Friday, August 26, 2011

Bangkit [video]

Hari tu ada orang2 (bunyi mcm ramai) ade minta aku
lirik lagu "Bangkit" single pertama melodisaster dalam bahasa melayu
Tak sangka ada gak orang minat dgn lagu tu.
Sbb bg aku, lagi tu biasa je la (walaupun aku sendiri yg compose)
aku sedar yg aku tak pandai nk compose lagu dalam bahasa melayu
mungkin sbb dah biasa sgt compose lagu bahasa inggeris.

So, alang2 orang dah request.
Aku bubuh je video dia skali.
Video ni masa melodisaster perform kat frinjan
intro dia mmg lari tempo (sbb tak practice) hahah!

Lirik

Tajuk : Bangkit
Band: Melodisaster

"Dalam ketandusannya, kau tiba bersama cahaya
Yang menerangi jiwa mereka yang meronta"

Yang hilang kini kembali
kau bangkit setelah mati
dan muncul satu revolusi
Yang hilang kini kembali

Dalam kekalutannya, masih ada jiwa-jiwanya
Yang mencari makna, Oh adakah itu kita?

Yang hilang kini kembali
kau bangkit setelah mati
dan muncul satu revolusi
Yang hilang kini kembali



enjoy!!!


video

Tuesday, August 16, 2011

Penjara Langit di Bulan Ramadhan





Assalamualaikum.

Haa... bila baca tajuk entri ni, mesti
korang dah fikir dah entri ni pasal agama kan?
hihih..

Yup, sebagaimana yang kita tahu
pada bulan ramadhan semua jin dan syaitan
akan di penjarakan.

Dalam kitab Tasawwuf ada 3 penjara di mana
semua jin/syaitan yang dihalau/exorcise akan
dimasukkan (mengikut pilihan makhluk tu sendiri)
dan ia dijaga oleh seorang Nabi;
iaitu Penjara Nabi Tap (tanah)
Penjara Nabi Khidir (laut) dan
Penjara Nabi Ilyasa' (langit).

Mari kita lihat satu fenomena pelik atau unik (bg aku la)

cuba bukak

1. bukak google maps


2. Search 47.110579,9.227568 (copy and paste kt search.)



3. Klik arrow warna hijau dalam peta, dan klik 'street view'.



4. Alihkan gambar ke arah langit (gunakan arrow dikanan atas)


dan lihat apa yang ada.. hehe.. selamat mencuba. haha



aku rasakan itu lah Penjara langit. Allahuakbar

Aku tak kata itu adalah sebenar2nya Penjara langit
dan aku tak kata itu tipu.

Just nak kongsi je dengan korang nikmat dan
hikmah di bulan ramadhan. ilmu tu.

Renung2kan.






Terharu


Aku sungguh terharu dan gembira
(lap air mata kegembiraan)

Sebab, tahun ini
ramai gila kawan2 yang wish birthday aku.

kat Facebook, email, SMS, twitter,
ada yang call aku, and wish depan mata.

terharu beb. tahun ni sangat best.
aku tak tahu kenapa.
tapi aku harap tahun depan pun
nak camni gak.

Rasa dihargai. Thanks semua
Mak, Ayah, adik2.
kawan2 semua!

And My sayang. (i love you baby)

Monday, August 15, 2011

Hadiah Hari Jadi


Tahun ni aku sangat happy
sebab, biasa la. Dalam hati ada taman.
Rasa hidup macam dah berseri2 plak
takde rasa kosong. takde la tgk wayang
sesorang. takde la. Sangap duk rumah
hujung minggu. hihi!

Yang paling best, walaupun birthday aku
dalam bulan ramadhan, tapi aku tetap happy.
Nak tahu sebab aku happy?
Sebab birthday aku tahun ni, aku dapat hadiah!

dah lama tak merasa dapat hadiah ni.
terharu gila. rasa nk nangis, tapi sebab macho
so takleh nak nangis.

Time tu, Aku join futsal dengan geng twitter
kat challenger PJ.

Tapi sebelum futsal tu, gf aku beriya2 sgt nk ikut.
aku pun blur. Tak penah2 dia nk ikut aku main futsal.
So, aku tak kisah pun. Malah, aku lagi suka sbb boleh
tunjuk hebat depan aweq. hahahah! (ok sgt sarcastic)

Time aku tengah main futsal, gf aku duk luar.
Ye la! takkan duk dalam plak kan?
Tapi dalam beberapa minit, aku perasan yg dia
takde kat tempat duduk dia.
Aku fikir dia gi toilet kot.

So, lepas habis futsal je. Kitorg memasing
plan nk cari port makan. Aku kesian tgk gf aku
sbb dia duduk je dari tadi. Takut dia bosan.
Tapi dia yang nk sgt ikut, so takleh nk salahkan aku.

So, time nak gi kat kete.
Aku mintak la kunci kete aku kat gf aku.
Sbb dah biasa aku suruh dia pegang kunci.
Then aku bukak la bonet kete.
Tetibe ada kotak besar kat dalam bonet kete aku?

Aku tetibe jadi pelik.
Camne bleh ade kotak besar dalam kete aku ni?
bila masa plak kotak ni ade. tadi takde.

Aku tgk gf aku sesengih je.
OMG, kejutan yang sangat best.
Dah lama tak terkejut camni.

Nak tahu hadiah ape tak?



haa! smart tak?

Thanks sayang.

i love you so much.


=)




15 Ogos 1986


Assalamualaikum.

Mungkin tajuk entri kali ini menggunakan tarikh
yang korang rasa takde event2 penting pun kan.
Tapi sebenarnya,
Tarikh ini sungguh bermakna bagi aku.

kenapa?

Sebab itulah tarikh ulang tahun kelahiran aku.

hehehe.

happy sesangat sebab Allah panjangkan umur aku,
berikan masa untuk aku capai matlamat hidup dan
memperbetulkan apa yang salah.
(aku tahu aku tak sempurna).

Alhamdulillah.


Sunday, August 7, 2011

#twtup di bulan puasa

Assalamualaikum

Sebenarnye, dalam bulan ramadhan al-mubarak ni ada byk
benda aku fikir nak buat. Macam berpuasa (tu wajib la!)
, solat terawih, jalan2 kat Jalan TAR, berbuka dan sahur
dgn famili dan yang paling best ialah join #twtup.

Aku dah listkan (kire wishlist la ni) #twtup yg mungkin
menarik minat aku untuk join

#twtupberbuka
#twutpfutsalramadhan
#twtupdota
#twtupAyamGolek
#twtupJalanTAR


harap2 ade la #twtup mcm ni, hihihihi. kalau takde takpe la.
Sebab aku faham, memasing busy je.
Takpe la, nasib baik ade gathering dgn bebudak skola and universiti.

Selamat berpuasa

Tuesday, August 2, 2011

Bangga sangat ke hisap rokok?

Sebenarnye motif utama entri sebab aku terbace
la tweet2 yang selalu kuar sejak bulan puasa ni.

"sangap rokok la!"
"dah tak leh tahan nk merokok ni"
"cepat la buka, nk buka rokok ni"
"fuh! kalau dpt winston light time2 camni kan best"

dan contoh2 lain yang melibatkan rokok.

Konon heavy smoker ke?
Kalau heavy smoker takde la nk poyo2
nk tweet bgtau yang kau tu smoking.
macam bangga sangat merokok.
Aku pun segan nk mengaku aku ni hisap rokok.
Nak isap rokok depan orang pun aku segan.
Inikan pula nk tweet bagitau orang.

Bulan puasa je tweet sangap rokok.
Apa teruk sangat ke ketagih kau tu.
Kenapa tak tweet sangap nasi la..
sangap ayam goreng ke.

konon!!!

arghtuii...
Yang tak habis sekolah tu, takyah la nk
bangga bgtau kau tu hisap rokok.
Lagi2 yang perempuan, malu la skit.
Sekolah lagi dah hisap rokok. Kang tak pasal2
orang dah fikir negative pasal kau.


p/s: ari tu aku ade tweet "berak tanpa merokok, umpama malam tanpa bulan" hihih!

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Assalamualaikum semua,

harap semua sihat sejahtera. Jangan ada yang sakit or
buat-buat sakit sebab taknak puasa plak! haha!

Di sini, aku ingin mengambil kesempatan,
(walaupun dah lewat 3 hari nk cakap kan?)


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

SELAMAT MENAHAN DIRI DARI SEGALA PERKARA YANG
BOLEH MEMBATALKAN PUASA

SELAMAT MENAHAN DIRI DARI MENGHISAP ROKOK

SELAMAT BERBUKA

SELAMAT BERSAHUR

SELAMAT BERTERAWIKH.


berapa byk selamat dah....hihihihi