Entri di blog ini adalah 50% benar dan 50% tidak benar dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.

_______________________________________________




Monday, October 29, 2012

Berakhirnya 2012

Assalamualaikum,

Dah lama aku tak update blog aku ni, bukannya takde idea pun. 
Tapi aku malas sebenarnya. Haha!
Tak sangka eh, tahu-tahu je dah dekat dah dengan 
penghujung tahun 2012. Fuhh!!
Syukur Alhamdulillah, kerana Allah masih panjangkan usia aku.

Macam-macam yang telah aku alami, rasai dan 
hadapi sepanjang 2012 ni.
Aku rasa kalau nak ceritakan kat blog ni
 memang tak larat aku nak menaip.
Suka duka, susah senang semuanya telah 
mewarnai hidup aku sepanjang tahun ni.

Kalau diingatkan balik, aku mampu tergelak je. haha! 
Biarlah, yang lepas tu biarkan la. 
Sekarang ni kita kena hadapi yang akan datang pulak.

Aku sebenarnya tak tahu nak merepek apa lagi dalam entri ni. 
Harap korang terhibur dengan entri kali ni.


Semoga Allah memanjangkan usia kita, InsyaAllah.

Tuesday, June 26, 2012

Malam Yang Mendebarkan

Pada suatu malam yang damai,
angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Sepasang suami isteri yang baru setahun berkahwin,
Ali dan Lina sedang syok tidur di bilik tidur mereka.

Tiba-tiba rumah mereka dimasuki Snuk si Banduan
yang telah terlepas dari penjara.
Dengan lengkap berpakaian banduan dan berbekalkan
sebilah parang tumpul, Snuk telah memeranjatkan
Ali dan Lina yang syok tido.

Snuk s Banduan terus menggertak pasangan tersebut dan bertanya
kepada Ali "Rumah korang ada pita pelekat tak?".
Ali membuka laci disebelah katil dan memberikan pita pelekat
kepada Snuk si Banduan.

Lalu Snuk si Banduan mengikat tangan dan kaki pasangan
dengan pita pelekat tersebut.

Kemudian Snuk si Banduan seperti menjilat-jilat pipi si Lina
dengan rakusnya. Ali tidak mampu membuat apa-apa dan cuma
berdoa agar dia dan isterinya tidak di bunuh.
Pada mulanya Lina menjerit ketakutan,
tiba-tiba terdiam terpaku seperti dipukau.

Seminit lepas itu, Snuk si Banduan terus masuk ke dalam toilet
seperti mencari sesuatu, mungkin barang-barang berharga.

Ali yang kelam kabut cuba berkomunikasi dengan isterinya,
walaupun dengan berbisik, tapi suaranya mampu didengari
isterinya yang terpisah 5 meter darinya.

"Sayang, Abang rasa penjahat ni seorang yang kejam.
Kalau la dia nak rogol sayang, sayang relakan je la.
takut kalau sayang melawan,
kita berdua kena bunuh pulak.
Abang tetap cintakan sayang
macamanapun" Kata Ali kepada isterinya.

Lina terus menjawab dengan wajah yang tenang,
"Abang, penjahat tadi tu bisik kat lina. Dia cakap dia gay.
Pastu dia kata abang hensem, bertuah lina jadi isteri abang.
Pastu dia tanya kat rumah ade Vaseline tak?"

Wajah Ali terus berubah, "Hah?!! Lina jawab apa?" tanya ali
terpinga-pinga.

"Lina cakap Vaseline kat toilet tu" Jawab Lina gaya dengan Slumber badak.

"Walau apa pun yang terjadi, Lina tetap sayangkan abang"
kata Lina kepada suaminya dengan mata yang penuh kasih sayang.




TAMMAT

Tuesday, June 19, 2012

Logo Starbucks

Mesti ramai yang pernah dengar nama kedai "Starbucks Coffee" kan?
Dulu aku selalu gak beli ice blended kat situ. Tapi sejak ada isu ada
bahan makanan yang tidak diluluskan oleh Jakim, aku dah jarang
gi situ. Tapi kadang-kadang kalau sangap nak pekena ice blended aku gi beli gak.
Peduli apa aku nak minum ke tak, bukannye aku nak mabuk-mabuk todi pun.

Hari tu, aku ada lelepak dengan member aku kat mamak area sunway.
Pastu dekat seberang jalan ada kedai Starbucks. Aku saja je tengok logo
kedai tu. Pastu aku saja je tanya dengan member-member
aku pasal logo starbucks tu.

Ini sedikit info pasal Starbucks


1971, Howard Shultz pemilik kedai II Giornale telah mendapat
idea selepas melancong di Italy dengan membukakedai kopi
yang diberikan nama "Starbucks Coffee, Tea & Spices"
berdasarkan nama salah satu karakter dalam novel popular
"Moby Dick". Logo yang gunakan adalah watak mitos greek
SIREN iaitu ikan duyung yang menpunyai ekor berkembar
yang memakai mahkota.



Pada asalnya, aku ingatkan idea asal logo tu, ikan duyung atas buaian.
Tapi sebenarnya memang watak ikan duyung tu ada ekor berkembar 2.

Lepas tu member yang taksub dengan teori konspirasi dan illuminati
pun membuka cerita yang menarik untuk dibincangkan di mamak
pada hari tu. Sambil dia mengeluarkan ipad2 yang baru beli minggu lepas
dan try connect wifi mamak dengan jayanya. Maka, di google nya
segala maklumat tentang Starbucks dan logonya.




Seperti yang kita lihat diatas adalah revolusi logo starbucks dari
yang pertama hingga paling latest.




Ini adalah logo yang pertama, member aku cuba bgtahu
apa yang kitorang nampak dalam logo tu. Aku just nampak
ikan duyung la. pastu dia terbalikkan imej ikan duyung tu,



Adakah ini imej syaitan bertanduk atau imej kambing
yang sering dikaitkan dengan ilmu sihir dan pemujaan syaitan?
Dengan wajah yang serius, member aku menambah info




Jika kita lihat di atas logo Starbucks menyerupai dengan logo
the Ordo Baphomets yang sering dikaitkan dengan
Secret Society pemujaan syaitan.

Semua member-member aku yang lain ternganga bila diberitahu info camni.
Perghhh! Tak sangka Starbucks ni milik Freemason.
Terus takut aku nk beli Ice blended kat situ. Aku ingatkan Starbucks hanya
berdasarkan perniagaan semata-mata, tak sangka plak ia merupakan
salah satu startegi dalam new world order. Aku takde la nak fikir sampai
tahap member aku yg taksub dengan teori konspirasi.

Aku ingatkan logo starbucks tu cuma ikan duyung buat "peace" je. haha!



Rupa-Rupanya sangkaan aku meleset jauh, konspirasi dalam
air kopi starbucks tu. hahah! Member-member aku yang lain sibuk
dengan teori konspirasi, aku plak duk belek-belek google image kat
ipad2 member aku ni. Aku tertarik dengan satu gambar ni,
dimana gambar lain sibuk menceritakan tentang pandagan
dari depan logo tapi gambar ni pulak menunjukkan
situasi dibelakang logo plak. hahah!



Style kan? hahahah!

Risiko Makan tanpa Jemputan

Hari itu aku tido kat satu hotel di area muar.
Masa tu hotel tu agak sibuk sikit, sebab ada
majlis perkahwinan. Tinggal bape bilik je yang kosong.
Nasib baik la aku dapat, kalau tidak tido tepi jalan la.

Nak dijadikan cerita, aku malas nak keluar makan.
Sebab leceh nak drive keluar dari kawasan hotel
nak cari restoran.

Tetiba aku dapat satu idea boleh tahan gak bangangnye.
Aku ingat nak makan je kat kenduri kahwin kat hotel ni.
Majlis kahwin tu kat dewan banquet kat tingkat 7.
Bilik aku plak dekat tingkat 6. Semua yang hadir
kebanyakannya pakai baju melayu. Memang ngam la aku ade
bawak baju melayu raya tahun lepas punya.

Apalagi terus salin baju la, dan terus masuk dewan banquet.
Style makan kat hotel korang tahu je la kan,
yang style meja bulat2 tu.
Aku cari meja yang ade tempat duduk
kosong kat hujung2 sudut dewan.

Yes, ade pun satu kerusi kat hujung sana. Pastu aku terus
duduk dan makan. Siap boleh borak2 lagi dengan pakcik2 setable.


Burpppp, Alhamdulillah. Dah kenyang ni.
Dah tiba masa untuk cabut.
Tetiba, tuan majlis datang salam kat setiap meja tetamu.
Ngam2 plak time aku nak cabut tu,
dia dah sebelah aku nak salam.

Aku senyum sopan terus berjabat tangan
gaya salam cucuk abang besar.


Tuan majlis ni, muka macam muda lagi,
ada la dalam awal 30-an.
Aku pun dah pelik dah,
mungkin sebab dia kahwin awal kot.
beza umur dengan anak 10 tahun je kot.
(Hipotesis aku yang pertama)


Tuan majlis : "Kawan dengan pengantin ke?
Aku : "Aah, kawan lama"
Tuan majlis: "tak tahu plak dia ada kawan muda2 camni?"

Aku dah pelik dengan ayat beliau. Untuk dapatkan kepastian,
aku cuba menyusun ayat soalan yang berunsurkan diplomatik.
Sempat aku mencapai buah tembikai susu di atas meja dan makan.

Aku: "Anak pakcik kawan dengan orang tua je ke?"

Tuan majlis plak buat muka pelik. Berkerut gak la dahi
beliau yang luas tu.

Tuan majlis : "Saya takda anak lagi, yang kahwin bapak saya".


HAAAAAhhhhh!!! Hampir tersembur gak la buah tembikai susu
yang aku kunyah. Muka aku tetiba rasa macam kebas,
mungkin itu adalah satu tindakbalas normal untuk orang
yang malu tahap gilababi. (Hipotesis aku yang kedua).

"Aku mula kaget,
terperangkap dalam situasi.
Fikiran ku mula kabur,
akibat kemaluan
melempang tepat di wajah maruahku.
Aku malu, sangat malu" - Dill Azahar 2012
(Dipetik dari novel "Cinta malu-malu kucing").


Nasib baik pakcik sebelah aku ni, kenal dengan tuan rumah.
Diorang pun berborak sakan, salam sambil berpelukan.
Dalam masa yang singkat itu, aku sempat berundur ke
belakang, menjarakkan diri dari meja itu.

Aku mula melakar laluan selamat ke arah pintu keluar masuk.
Masing-masing didalam dewan sibuk berborak dan bergambar.

"PECUT!!!!" Aku berjalan dengan tenang, tetapi perasaan aku
seperti aku sedang berlari pantas, sepantas pelari pecut dunia.

"Alhamdulillah" Itulah perkataan pertama yang aku sebut bila
aku dah keluar dari dewan itu. Bukan sebab aku dah berjaya
membawa diri, tapi time keluar tu aku sendawa.

Masuk bilik, aku terus baring. Dan terus Berdoa agar tuan majlis
tu menghalalkan makan minum aku. Amin.


-Catatan Dill Azahar (2012)


p/s: aku tahu korang tengah cuba mempertikaikan
petikan yang di ambil dari novel tu, berbaur lucah kan? eleh!
korang semua memang tahi!!!

Thursday, April 19, 2012

Kisah Cinta Najwa Latif

Salam,
Apa khabar semua? sihat ke? hahaha!
Macam pelik je intro untuk entri kali ni.

Ok, korang mesti kenal najwa latif kan?
Penyanyi muda yang tiba-tiba meletop dalam
industri musik tanah air.



Pagi tadi, masa otw ke uitm aku terdengar
lagu baru dia (baru tak baru la, tp aku baru tahu)
tajuk lagu dia "KOSONG". Aku terus tergelak.
HAHAHAHHAHAHAHAHA!!!
Tiba-tiba aku terasa terbayangkan kisah cinta dia
melalui lagu-lagu yang dia cipta.


1) CINTA MUKA BUKU

"Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku,
kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu...ooooh,
hatiku rasa sesuatu"

- ni kira time2 dia kenal cinta hati dia la via facebook


2) CARTA HATI

"Jangan engkau jangan pergi,
Jangan tinggalku sendiri,
Jangan tinggalkan carta hati"

- ni kira time2 tgh hangat bercinta dengan kekasih
yang dia kenal kat facebook tu, jiwang bagai"


3) KOSONG

"Segala kata cacian yang telah engkau berikan,
membuatku rasa kosong...kosong.

Setiap detik diperhatikan kau cari cara
putar belitkan, kau jadikan diriku
kosong kosong....."

- skrg ni time dah break up ke? atau
tgh hangat bergado ni? hahaha!


Aku tak tahu la samada Najwa Latif sendiri yang tulis lagu tu
atau dia hanya sekadar boneka pada label musik
yang menggunakan dia sebagai market.

kesimpulannya, habiskan sekolah dulu dik. Baru la sibuk-sibuk
dengan hal percintaan dan nyanyian.

Sunday, April 8, 2012

Kajian tentang Lelaki Idaman

Ciri-ciri Lelaki idaman bagi wanita/perempuan mengikut kategori semasa.

REKOD KAJIAN STATISTIK PADA 2003 - 2009

Ciri-ciri Lelaki idaman bagi perempuan sekolah:
1) Jambu, Kacak
2) Pemalu
3) Rambut bergaya
3) Pandai
4) Sekurang-kurangnya ada satu bakat (sukan atau seni)

Ciri-Ciri Lelaki idaman bagi perempuan di universiti/kolej
1) Smart,Jambu, Kacak
2) Dressup ikut trend terkini
3) Romantik
4) Ada transport (motor or kereta)

Ciri-ciri Lelaki idaman bagi perempuan berkerjaya
1) Smart, Jambu, Kacak
2) Romantik
3) Ada kerjaya
4) Pendapatan yang mampu menampung keluarga
5) Ada aset harta benda ( kereta atau rumah)


REKOD KAJIAN STATISTIK PADA 2010 - 2012

Ciri-ciri Lelaki idaman bagi perempuan sekolah:
1) Jambu, Kacak
2) Pemalu
3) Rambut bergaya
3) Pandai
4) Sekurang-kurangnya ada satu bakat (sukan atau seni)


Ciri-Ciri Lelaki idaman bagi perempuan di universiti/kolej
1) Tak kisah paras rupa
2) follower twitter lebih dari 1k
3) Kaya

Ciri-ciri Lelaki idaman bagi perempuan berkerjaya
1) Tak kisah paras rupa
2) kaya
3) kaya gila
4) kaya gila babi
5) kaya gila babi la sial

Saturday, January 28, 2012

Vote us : MELODISASTER

Salam semua.

Minta tolong semua rakan dan sahabat serta sedara mara ku. hihihi.
Untuk meringankan tulang mengklik kan download lagu band aku
"Wasted waste : MELODISASTER" sebagai satu point undi untuk kami
perform di Hard Rock Cafe.


Cara dia simple je. Yang penting kena ada facebook.

1) Masuk page Hard Rock dan klik like --> Hard rock Fanpage

2) dah klik like, pastu akan kuar camni




3) Pastu, nampak je nama band aku MELODISASTER
korang terus klik DOWNLOAD.

Download lagu kejap je dalam 30 saat kalau pakai Dial-up internet.


1 Download bersamaan dengan 1 Vote
Tapi mcm biasa la, 1 vote untuk 1 account sahaja. Terima kasih!



Tuesday, January 10, 2012

The KING is back !!

Salam semua!!

Ha ha ha! 2012 adalah sangat bermakna,
apabila idola bola sepak aku, join balik
team favorite aku pastu dia score dan jadi
man of the match.

hahaha!!!

THE KING IS BACK !!
ALL HAIL KING HENRY !!



Tapi, time dia score lawan dengan LEEDS united tu,
ramai pedengki - pedengki yang kata goal beliau offside!!?

Kepala otak kau! tak reti main bola jangan nak
mempersoalkan hal bola sepak la sengal.

Nah, tgk! offside ke tak?




THE KING IS BACK!