Entri di blog ini adalah 50% benar dan 50% tidak benar dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.

_______________________________________________




Tuesday, June 19, 2012

Logo Starbucks

Mesti ramai yang pernah dengar nama kedai "Starbucks Coffee" kan?
Dulu aku selalu gak beli ice blended kat situ. Tapi sejak ada isu ada
bahan makanan yang tidak diluluskan oleh Jakim, aku dah jarang
gi situ. Tapi kadang-kadang kalau sangap nak pekena ice blended aku gi beli gak.
Peduli apa aku nak minum ke tak, bukannye aku nak mabuk-mabuk todi pun.

Hari tu, aku ada lelepak dengan member aku kat mamak area sunway.
Pastu dekat seberang jalan ada kedai Starbucks. Aku saja je tengok logo
kedai tu. Pastu aku saja je tanya dengan member-member
aku pasal logo starbucks tu.

Ini sedikit info pasal Starbucks


1971, Howard Shultz pemilik kedai II Giornale telah mendapat
idea selepas melancong di Italy dengan membukakedai kopi
yang diberikan nama "Starbucks Coffee, Tea & Spices"
berdasarkan nama salah satu karakter dalam novel popular
"Moby Dick". Logo yang gunakan adalah watak mitos greek
SIREN iaitu ikan duyung yang menpunyai ekor berkembar
yang memakai mahkota.



Pada asalnya, aku ingatkan idea asal logo tu, ikan duyung atas buaian.
Tapi sebenarnya memang watak ikan duyung tu ada ekor berkembar 2.

Lepas tu member yang taksub dengan teori konspirasi dan illuminati
pun membuka cerita yang menarik untuk dibincangkan di mamak
pada hari tu. Sambil dia mengeluarkan ipad2 yang baru beli minggu lepas
dan try connect wifi mamak dengan jayanya. Maka, di google nya
segala maklumat tentang Starbucks dan logonya.




Seperti yang kita lihat diatas adalah revolusi logo starbucks dari
yang pertama hingga paling latest.




Ini adalah logo yang pertama, member aku cuba bgtahu
apa yang kitorang nampak dalam logo tu. Aku just nampak
ikan duyung la. pastu dia terbalikkan imej ikan duyung tu,



Adakah ini imej syaitan bertanduk atau imej kambing
yang sering dikaitkan dengan ilmu sihir dan pemujaan syaitan?
Dengan wajah yang serius, member aku menambah info




Jika kita lihat di atas logo Starbucks menyerupai dengan logo
the Ordo Baphomets yang sering dikaitkan dengan
Secret Society pemujaan syaitan.

Semua member-member aku yang lain ternganga bila diberitahu info camni.
Perghhh! Tak sangka Starbucks ni milik Freemason.
Terus takut aku nk beli Ice blended kat situ. Aku ingatkan Starbucks hanya
berdasarkan perniagaan semata-mata, tak sangka plak ia merupakan
salah satu startegi dalam new world order. Aku takde la nak fikir sampai
tahap member aku yg taksub dengan teori konspirasi.

Aku ingatkan logo starbucks tu cuma ikan duyung buat "peace" je. haha!



Rupa-Rupanya sangkaan aku meleset jauh, konspirasi dalam
air kopi starbucks tu. hahah! Member-member aku yang lain sibuk
dengan teori konspirasi, aku plak duk belek-belek google image kat
ipad2 member aku ni. Aku tertarik dengan satu gambar ni,
dimana gambar lain sibuk menceritakan tentang pandagan
dari depan logo tapi gambar ni pulak menunjukkan
situasi dibelakang logo plak. hahah!



Style kan? hahahah!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.