Entri di blog ini adalah 50% benar dan 50% tidak benar dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.

_______________________________________________




Tuesday, June 26, 2012

Malam Yang Mendebarkan

Pada suatu malam yang damai,
angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Sepasang suami isteri yang baru setahun berkahwin,
Ali dan Lina sedang syok tidur di bilik tidur mereka.

Tiba-tiba rumah mereka dimasuki Snuk si Banduan
yang telah terlepas dari penjara.
Dengan lengkap berpakaian banduan dan berbekalkan
sebilah parang tumpul, Snuk telah memeranjatkan
Ali dan Lina yang syok tido.

Snuk s Banduan terus menggertak pasangan tersebut dan bertanya
kepada Ali "Rumah korang ada pita pelekat tak?".
Ali membuka laci disebelah katil dan memberikan pita pelekat
kepada Snuk si Banduan.

Lalu Snuk si Banduan mengikat tangan dan kaki pasangan
dengan pita pelekat tersebut.

Kemudian Snuk si Banduan seperti menjilat-jilat pipi si Lina
dengan rakusnya. Ali tidak mampu membuat apa-apa dan cuma
berdoa agar dia dan isterinya tidak di bunuh.
Pada mulanya Lina menjerit ketakutan,
tiba-tiba terdiam terpaku seperti dipukau.

Seminit lepas itu, Snuk si Banduan terus masuk ke dalam toilet
seperti mencari sesuatu, mungkin barang-barang berharga.

Ali yang kelam kabut cuba berkomunikasi dengan isterinya,
walaupun dengan berbisik, tapi suaranya mampu didengari
isterinya yang terpisah 5 meter darinya.

"Sayang, Abang rasa penjahat ni seorang yang kejam.
Kalau la dia nak rogol sayang, sayang relakan je la.
takut kalau sayang melawan,
kita berdua kena bunuh pulak.
Abang tetap cintakan sayang
macamanapun" Kata Ali kepada isterinya.

Lina terus menjawab dengan wajah yang tenang,
"Abang, penjahat tadi tu bisik kat lina. Dia cakap dia gay.
Pastu dia kata abang hensem, bertuah lina jadi isteri abang.
Pastu dia tanya kat rumah ade Vaseline tak?"

Wajah Ali terus berubah, "Hah?!! Lina jawab apa?" tanya ali
terpinga-pinga.

"Lina cakap Vaseline kat toilet tu" Jawab Lina gaya dengan Slumber badak.

"Walau apa pun yang terjadi, Lina tetap sayangkan abang"
kata Lina kepada suaminya dengan mata yang penuh kasih sayang.




TAMMAT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.