Entri di blog ini adalah 50% benar dan 50% tidak benar dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.

_______________________________________________




Tuesday, June 19, 2012

Risiko Makan tanpa Jemputan

Hari itu aku tido kat satu hotel di area muar.
Masa tu hotel tu agak sibuk sikit, sebab ada
majlis perkahwinan. Tinggal bape bilik je yang kosong.
Nasib baik la aku dapat, kalau tidak tido tepi jalan la.

Nak dijadikan cerita, aku malas nak keluar makan.
Sebab leceh nak drive keluar dari kawasan hotel
nak cari restoran.

Tetiba aku dapat satu idea boleh tahan gak bangangnye.
Aku ingat nak makan je kat kenduri kahwin kat hotel ni.
Majlis kahwin tu kat dewan banquet kat tingkat 7.
Bilik aku plak dekat tingkat 6. Semua yang hadir
kebanyakannya pakai baju melayu. Memang ngam la aku ade
bawak baju melayu raya tahun lepas punya.

Apalagi terus salin baju la, dan terus masuk dewan banquet.
Style makan kat hotel korang tahu je la kan,
yang style meja bulat2 tu.
Aku cari meja yang ade tempat duduk
kosong kat hujung2 sudut dewan.

Yes, ade pun satu kerusi kat hujung sana. Pastu aku terus
duduk dan makan. Siap boleh borak2 lagi dengan pakcik2 setable.


Burpppp, Alhamdulillah. Dah kenyang ni.
Dah tiba masa untuk cabut.
Tetiba, tuan majlis datang salam kat setiap meja tetamu.
Ngam2 plak time aku nak cabut tu,
dia dah sebelah aku nak salam.

Aku senyum sopan terus berjabat tangan
gaya salam cucuk abang besar.


Tuan majlis ni, muka macam muda lagi,
ada la dalam awal 30-an.
Aku pun dah pelik dah,
mungkin sebab dia kahwin awal kot.
beza umur dengan anak 10 tahun je kot.
(Hipotesis aku yang pertama)


Tuan majlis : "Kawan dengan pengantin ke?
Aku : "Aah, kawan lama"
Tuan majlis: "tak tahu plak dia ada kawan muda2 camni?"

Aku dah pelik dengan ayat beliau. Untuk dapatkan kepastian,
aku cuba menyusun ayat soalan yang berunsurkan diplomatik.
Sempat aku mencapai buah tembikai susu di atas meja dan makan.

Aku: "Anak pakcik kawan dengan orang tua je ke?"

Tuan majlis plak buat muka pelik. Berkerut gak la dahi
beliau yang luas tu.

Tuan majlis : "Saya takda anak lagi, yang kahwin bapak saya".


HAAAAAhhhhh!!! Hampir tersembur gak la buah tembikai susu
yang aku kunyah. Muka aku tetiba rasa macam kebas,
mungkin itu adalah satu tindakbalas normal untuk orang
yang malu tahap gilababi. (Hipotesis aku yang kedua).

"Aku mula kaget,
terperangkap dalam situasi.
Fikiran ku mula kabur,
akibat kemaluan
melempang tepat di wajah maruahku.
Aku malu, sangat malu" - Dill Azahar 2012
(Dipetik dari novel "Cinta malu-malu kucing").


Nasib baik pakcik sebelah aku ni, kenal dengan tuan rumah.
Diorang pun berborak sakan, salam sambil berpelukan.
Dalam masa yang singkat itu, aku sempat berundur ke
belakang, menjarakkan diri dari meja itu.

Aku mula melakar laluan selamat ke arah pintu keluar masuk.
Masing-masing didalam dewan sibuk berborak dan bergambar.

"PECUT!!!!" Aku berjalan dengan tenang, tetapi perasaan aku
seperti aku sedang berlari pantas, sepantas pelari pecut dunia.

"Alhamdulillah" Itulah perkataan pertama yang aku sebut bila
aku dah keluar dari dewan itu. Bukan sebab aku dah berjaya
membawa diri, tapi time keluar tu aku sendawa.

Masuk bilik, aku terus baring. Dan terus Berdoa agar tuan majlis
tu menghalalkan makan minum aku. Amin.


-Catatan Dill Azahar (2012)


p/s: aku tahu korang tengah cuba mempertikaikan
petikan yang di ambil dari novel tu, berbaur lucah kan? eleh!
korang semua memang tahi!!!

2 comments:

  1. Dulu saya pernah buat kerja gila ni, tapi saya baru je difahamkan tentang perkara ini bulan lepas. Sila baca link di bawah:


    http://komuniti.iluvislam.com/topic/26823-kenduri-kahwin/

    ReplyDelete
  2. ok. terima kasih.

    Burppp, Alhamdulillah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.