Entri di blog ini adalah 50% benar dan 50% tidak benar dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.

_______________________________________________




Thursday, January 31, 2013

Kisah suhu dan tidur

Bangun pagi-pagi, aku dengar kawan aku "sroott-sreett-srooot-sreeett" (bunyi orang selsema) kat ruang tamu rumah sewa kitorang. Dan dengan slumber aku bertindak sebagai manusia tipikal yang bertanyakan soalan lazim yang betul-betul tipikal kepada kawan aku tu ,"Kau selsema ke?".

"Aah", jawab kawanku dengan muka monday blues beliau. "Malam tadi kau tido tak sejuk ke, dill? Aku semalam menggigil-gigil", sambungnya sambil menggosok-gosokkan bahunya."Semalam? Ok je, lena je", jawab aku dengan riak muka bersistemkan immuniti badan yang kuat. 

"Semalam lepas balik futsal, aku mandi pastu tido. Tapi malam semalam bahang plak. Aku bukak kipas nombor 2. Dah lama pastu, tetiba badan aku rasa sejuk menggigil. malas nak tutup kipas, jauh." itulah kisah yang kawan aku ceritakan punca kenapa dia selsema.

Kalau korang nak tahu, suhu badan ketika tidur secara auto-biological-matic akan menurun. Sebab apa? Haaa. Sebab time tidur ni kan kita berehat. Sama la macam organ, tisu, otot, dan sel-sel dalam badan kita.
Mereka semua pun berehat. Kalau time kita sedar, buat aktiviti, contohnya bersukan: sel, otot, organ dalam badan kita pun "bersukan" Sebab tu la ada proses perkumuhan kat badan kita, Yes, kite berpeluh. 

So, pasal member aku ni. Dia baru lepas main futsal. Memang dia dah abes main, tapi sel, otot dan organ dalaman dia masih belum ditahap rehat "resting phase". Waktu tu dalam proses nak slow down kan meta-activity. Macam kereta gak, kalau dah bawak berjalan -sampai rumah - parking - tutup enjin : Enjin masih lagi panaskan? dan ambil masa untuk sejuk. Macam tu la sistem badan kita.

Tips untuk elak jadi macam kes member aku ni, lepas main futsal. Rehat sat 5-10 min. Bagi peluh kering. Pastu balik mandi. Lepas mandi, jangan terus tidur. Buat la senaman ringkas, atau bergerak-gerak pusing dlm bilik, takpun seelok-eloknya, buat solat sunat (kalau dah buat yang wajib la). Pastu baru tidur. Set kipas or aircond pada suhu yang biasa digunakan. 

Selamat malam.


ZzzzzzZZZzzzzzz.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.